Kosmo Online |
- Kasanova perdaya wanita, lelaki, kaut RM60,000
- Kandungan SMS Beng Hock didedah
- Bapa fail notis mohon bedah siasat kedua
Kasanova perdaya wanita, lelaki, kaut RM60,000 Posted: Kasanova perdaya wanita, lelaki, kaut RM60,00022/02/2011 5:48pm KUALA LUMPUR - Bermodalkan rupa paras menarik dan ayat-ayat yang meruntun jiwa, seorang lelaki berjaya mengaut RM60,000 daripada lima wanita dan seorang lelaki lain sejak Julai tahun lepas sehingga awal tahun ini. Kesemua mangsa yang membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA di sini mendakwa berkenalan dengan lelaki yang dikenali Ken Isaac itu menerusi laman sosial sebelum menjalin perhubungan dan persahabatan. Ketua Biro Datuk Michael Chong ketika mendedahkan taktik lelaki itu kepada pemberita, di sini berkata, secara umum lelaki tersebut akan menagih bantuan kewangan daripada mangsa selepas tiga bulan menjalin perhubungan. Selain itu kasanova ini yang mendakwa bekerja dalam industri pengiklanan dan mempunyai perniagaan sendiri turut menuntut hubungan seks daripada mangsa wanita, katanya. Chong berkata, kasanova itu menggunakan modus operandi serupa ke atas semua mangsa dan akan menghilangkan diri selepas memperolehi sejumlah wang. - Bernama |
Kandungan SMS Beng Hock didedah Posted: Kandungan SMS Beng Hock didedah22/02/2011 5:45pm KUALA LUMPUR - Suruhanjaya siasatan untuk kematian Teoh Beng Hock hari ini mendedahkan beberapa isi kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) dari telefon bimbit milik setiausaha politik Exco Selangor itu. Jurubahasa Mandarin menterjemah beberapa SMS tersebut dan antara yang menarik perhatian adalah SMS yang diterima pada hari kematian Beng Hock 16 Julai 2009) daripada seseorang yang bimbang dengan keadaannya. Ia tertulis "Beng Hock awak sudah popular, awak macam mana, kami bimbangkan awak, sudah keluar nanti jangan lupa hubungi kami yang awak selamat" dan "Beng Hock apa khabar, tadi ada orang mengatakan awak mati terjun bangunan, saya sangat takut buat saya terkejut. Selepas itu ada orang kata awak tak apa-apa, baru senang hati, harap awak tidak apa-apa, kak Lan" Kedua-dua SMS tersebut dibuka dari "inbox" telefon bimbit mendiang oleh seseorang yang masih tidak diketahui dan terdapat juga SMS yang menyatakan kehadiran pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan mereka memeriksa komputer. Pada inkues lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, pihak yang terlibat tidak pernah menyoal mengenai maklumat di dalam telefon ini. - Bernama |
Bapa fail notis mohon bedah siasat kedua Posted: RuangEksperimen redup NazriCAHAYA kuning yang tersebar hasil refleksi dua lampu gantung dengan rekaan klasik seolah-olah mendominasi penataan cahaya di ruang tamu kediaman ini. Lagi... InfinitiRujukan resipi alam mayaKELAZATAN sesuatu juadah bukan sahaja terletak pada aromanya yang menusuk deria hidu. Ia juga disumbangkan oleh teknik penyediaan, pemilihan bahan dan ramuan serta cara persembahannya di atas pinggan. Lagi... KesihatanPitam mandi saunaSAUNA mungkin menjadi tarikan utama pengunjung di hotel, spa atau pusat kesihatan yang dahagakan sensasi kenikmatan bersifat menenang dan mendamaikan jiwa. Lagi... |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan