Isnin, 21 Februari 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Suruhanjata Diraja bawa Pornthip, Vanezis

Posted: 21 Feb 2011 06:57 PM PST

Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian pembantu politik Teoh Beng Hock akan mengutus surat kepada Kedutaan Thailand bagi mendapatkan bantuan pakar patologi negara itu, Dr Pornthip Rojanasunand untuk memberi keterangan.

Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong berkata pihaknya telah menulis kepada kedua-dua Pornthip and Dr Peter Vanezis melaui surat dan juga e-mail, tetapi masih belum mendapatkan jawapan.

azlanKatanya, setiausaha suruhanjaya itu, Saripuddin Kasim hanya berjaya menghubungi setiausaha Pornthip melaui telefon.

"Ia tidak berakhir setakat itu... Kita akan menulis kepada Kedutaan Thailand dan minta Pornthip beri keterangan," katanya sambil menambah perkara yang sama dilakukan bagi mendapatkan Vanezis.

Penyiasat persendirian

Pornthip dan Vanezis adalah pakar patologi yang dibawa memberi keteranagn pada inkues bagi menentukan punca kematian pembantu politik DAP itu.

Porrnthip mengejutkan negara apabila beliau berkata Teoh kemungkinan dicekik dan kematiannya bukan akibat jatuh dari sebuah tingkap pada tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.

NONEMayatnya dijumpai pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat 5. Koroner membuat penghakiman terbuka dengan memutuskan kematiannya bukan kerana bunuh diri ataupun dibunuh.

Foong juga mengumumkan suruhanjaya berkenaan akan melantik penyiasat persendirian menjelang esok bagi menyemak bukti-bukti yang dikemukakan.

Namun, beliau tidak menamakan identiti penyiasat persendirian itu.

SMS didedah

Mengenai perkara yang sama, Chris Leong, yaang bertindak bagi pihak Majlis Peguam memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa mereka telah menghubungi polis hong Kong bagi memohon bantuan mereka sebagai penyiasat persendirian.

NONEMengenai data yang diperolehi dari telefon Teoh, Foong (kiri) berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama syarikat telekomunikasi, Digi bagi membekalkan rekod penuh termasuk panggilan dan SMS yang telah dipadamkan dari akaunnya.

Seorang jurubahasa Cina juga dibawa hari ini bagi menterjemahkan mesej yang dijumpai pada telefon Teoh.

Suruhanjaya hari ini juga dimaklumkan kandungan lebih kurang 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik Teoh tidak pernah diterjemah atau disoal balas dalam inkues sebelum ini.

Siasatan akan bersambung dengan Leong meneruskan soalannya ke atas saksi kelapan, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan, yang membina laporan data yang diperolehi daripada telefon Teoh.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilihan raya kampus: UM kesal campur tangan luar

Posted: 21 Feb 2011 06:08 PM PST

Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Ghauth Jasmon kesal dengan tindakan Mariam Abdul Rashid, ibu calon Pro-Mahasiswa Masturah Abu Bakar, yang bersolat hajat dan berceramah untuk membantu kempen anaknya di kampus itu Ahad lalu.

NONEBeliau berkata pihak universiti tidak membenarkan orang luar membantu kempen pelajar UM kerana pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) adalah khusus untuk pelajar.

"Kita mahu pelajar belajar bagaimana menjelaskan misi dan matlamat mereka kepada orang ramai melalui pemilihan ini, dan belajar bagaimana menjadi pemimpin, sebab itulah tiada pihak luar dibenarkan melibatkan diri dalam kempen," katanya pada sidang akhbar di Kolej Kediaman Ketujuh di UM hari ini.

Beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak keselamatan untuk mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku kerana tindakan Mariam dilihat sebagai membelakangkan pihak universiti.

NONEAhad lalu, Mariam (kiri) dilihat menunaikan solat hajat di dalam kampus universiti itu sebelum memberi ceramah berunsur kempen.

Mengenai kehilangan Masturah, Ghauth berkata beliau masih tidak mendapat gambaran jelas berhubung perkara itu kerana hanya dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh pembantu khasnya pada pagi Ahad.

Beliau berkata usaha untuk bertemu keluarga Masturah dan pelajar itu juga gagal.

NONE"Saya arahkan Timbalan Naib Canselor Profesor Datuk Rohana Yusof menghubungi keluarga Masturah, dan menurut beliau, keluarganya kedengaran biasa tanpa sebarang emosi sedih atau risau atas kehilangan itu," katanya.

Masturah, 22, penuntut jurusan Sains Politik Syariah Islam di Akademi Pengajian Islam UM, hilang sejak Jumaat selepas keluar membeli kad tambah nilai prabayar di Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam di Kuala Lumpur ketika berkempen untuk pemilihan itu.

Beliau, yang bertanding merebut kerusi umum pada pemilihan itu bersama 19 calon lain, ditemui di Masjid Teras Jernang, Bangi tengah malam Ahad selepas ditinggalkan di tepi jalan.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan