Utusan Online - Muka Hadapan |
| Sidang khas hanya gimik politik PKR Posted: Sidang khas hanya gimik politik PKR
LABIS 23 Jan. - Tindakan kerajaan Selangor yang kononnya mahu memberi semula kuasa kepada Sultan Selangor melalui sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat tidak lebih daripada gimik politik semata-mata dan hanya untuk mengaburi mata rakyat. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, cara mengadakan sidang tersebut sudah pun menampakkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diterajui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim itu membelakangkan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Jika mahu menjunjung kasih, kerajaan negeri sepatutnya bertanyakan tarikh yang sesuai untuk mengadakan sidang tergempar tersebut kepada Sultan terlebih dulu. Ini tidak, notis sudah keluar baru nak dapat perkenan Sultan Selangor. "Apa yang dilakukan ini hanyalah gimik politik semata-mata dan rakyat dapat menilai sendiri bagaimana keingkaran dilakukan oleh pakatan pembangkang untuk mendapatkan perkenan sidang tersebut," katanya. Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ditemui selepas majlis bersama rakyat dan menandatangani perjanjian jual-beli hasil pengeluaran peserta ladang kontrak MOA Inc. dengan FAMA di Padang Awam Felda Labis dekat sini semalam. Noh memberitahu, walaupun kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional akan menghadiri sidang DUN yang diadakan khas untuk tujuan itu esok ia tidak bermakna mereka menyokong pindaan berkenaan. "Bagi BN, perlembagaan sedia ada sudah tiada masalah dan ia tidak membelakangi kuasa sultan. Bagaimanapun, kita tetap akan menyertai perbahasan yang akan diadakan pada sidang tergempar DUN itu nanti," katanya. | ||
| Posted: Terserah kepada Badrul - SPROleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA KUALA LUMPUR 23 Jan. - Terserah kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah sama ada mahu hadir atau tidak ke persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor esok. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia kerana, perkara itu adalah melibatkan antara Badrul Hisham dan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim. Beliau bagaimanapun berkata, SPR hanya akan membuat keputusan berhubung kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam satu mesyuarat khas yang akan diadakan selepas urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau, Melaka selesai. "SPR telah menerima notis rasmi daripada Chang Khim berhubung kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Kita belum sempat menelitinya kerana sibuk dengan urusan di PRK DUN Tenang. "Kita akan mengadakan mesyuarat khas untuk melihat perkembangan kes ini kerana wakil rakyat berkenaan (Badrul Hisham) menafikan (dakwaan Chang Khim) dan menegaskan ada menghantar surat sakit berhubung ketidakhadiran beliau pada sidang Dewan. "Setakat ini ia masih lagi isu peribadi antara Speaker (Chang Khim) dan Badrul Hisham. SPR juga tiada hak menentukan Badrul Hisham boleh hadir atau tidak ke sidang DUN esok, ia terpulang kepadanya dan Chang Khim," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Rabu lalu, Chang Khim mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang yang disandang Badrul Hisham kosong kerana kegagalannya menghadiri persidangan Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah. Badrul Hisham bagaimanapun, menolak alasan yang dinyatakan Chang Khim bahawa beliau gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah sehingga menyebabkan kerusinya itu diisytiharkan kosong. Sidang tergempar DUN tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr. Shamrahayu A. Aziz pula berkata, keputusan sama ada kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong atau tidak, terletak pada Speaker sekiranya bukti mengenai ketidakhadiran Badrul Hisham lengkap. Beliau bagaimanapun berkata, Badrul Hisham mempunyai hak untuk mencabar keputusan menggugurkannya sebagai wakil rakyat di mahkamah. "Sekiranya ikut perundangan, kuasa memutuskan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau tidak adalah terletak pada Speaker. Tetapi, wakil rakyat boleh mencabar keputusan itu di mahkamah sekiranya mendapati alasan kekosongan yang diumumkan Speaker tidak benar," katanya. | ||
| Posted: Wajib asing sampah pada 2013
DEWAN Rakyat sebelum ini pernah diberitahu sisa pepejal atau sampah yang dibuang oleh penduduk negara ini hanya akan mencecah 30,000 tan sehari menjelang 2020. Malangnya berdasarkan maklumat terkini, ia telah pun berlaku hari ini. Antara penyumbang peningkatan mendadak sampah sarap ini dikaitkan dengan kebanjiran kira-kira tiga juta pendatang asing di negara ini. Keadaan menjadi semakin mendesak apabila kempen-kempen kitar semula dianjurkan oleh kerajaan sehingga kini masih belum boleh dibanggakan, walaupun tahap kesedaran terhadap aspek tersebut menampakkan kesan. Di sebalik kekalutan tersebut, wujud golongan tertentu yang menjadikan ia sebagai punca pendapatan. Bahagian kedua laporan khas oleh wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar, ABDUL NAZIR MOHAMED menyingkap tahap kesedaran rakyat Malaysia dan kaitannya kepada kepentingan negara. KUALA LUMPUR 23 Jan. – Kerajaan bakal mewajibkan isi rumah di negara ini untuk mengasingkan sampah kepada dua kategori iaitu bahan yang boleh dikitar semula dan sisa pepejal sebelum ia dikutip oleh pihak berkuasa pada 2013 nanti. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, sebelum langkah itu dikuatkuasakan, satu siri kempen bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk mengasingkan sampah-sarap akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun ini. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan