Berita Harian: Mutakhir |
PKR ibarat 'Parti Kian Runtuh': Muhyiddin Posted: 29 Jan 2011 03:05 AM PST Mutakhir LABIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) ibarat 'Parti Kian Runtuh' apabila seorang demi seorang pemimpin pengasas parti itu keluar dan meninggalkannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, kebanjiran keluar pemimpin parti itu daripada PKR membuktikan kepercayaan kepimpinan dan masyarakat terhadap parti itu semakin menurun. "PKR itu adalah Parti Kian Runtuh, semua pemimpin utama yang mengasaskannya telah keluar. Itu petanda perjuangan PKR tidak didukung bukan sahaja oleh pemimpinnya tetapi juga rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan di Majlis Pekan Ayer Panas hari ini. Beliau berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dapat mengambil pengajaran daripada keruntuhan PKR, kerana PAS bersekongkol dengan PKR di bawah bendera pakatan pembangkang. Muhyiddin ditanya tentang keputusan Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan, yang hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta. Gobalakrishnan, 50, mengumumkan keputusan itu pada sidang media yang diadakan di pejabatnya di Paya Besar Lunas, dekat Kulim, Kedah. Dengan keputusannya itu, beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai. Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menjangkakan lebih ramai pemimpin PKR akan meninggal parti pembangkang itu tidak lama lagi. -- BERNAMA |
Kim Clijsters juara wanita Terbuka Australia Posted: 29 Jan 2011 02:54 AM PST [unable to retrieve full-text content]MELBOURNE: Kim Clijsters dari Belgium menjuarai perseorangan wanita tenis Terbuka Australia menewaskan pemain China 3-6,6-3,6-l sebentar tadi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan