Selasa, 25 Januari 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Terlanggar tiang elak dicekup

Posted: 24 Jan 2011 10:22 AM PST

SERDANG: Beberapa pendatang tanpa izin yang leka menonton televisyen di luar rumah kongsi di sebuah tapak pembinaan perumahan di Serdang, di sini lari bertempiaran hingga ada yang terlanggar tiang rumah ketika diserbu anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang, awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 1 pagi ketika kebanyakan buruh asing terbabit tidur nyenyak sementara sebahagiannya sedang menonton televisyen.


Ketua Polis Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, operasi Ops Rantau Bersepadu Cegah Jenayah itu dijalankan dengan kerjasama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Imigresen.

Menurutnya, kes jenayah yang semakin menjadi-jadi di daerah ini yang dilakukan warga asing memaksa polis menyerbu kawasan penempatan mereka bagi membanteras kegiatan jenayah itu.


"Hasil serbuan ini, 52 warga asing diperiksa. Daripada jumlah itu, 19 orang termasuk dua wanita ditahan. Kebanyakan yang ditahan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Vietnam," katanya.


Abd Razak berkata, mereka yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa disiasat mengikut Seksyen 15 (1) Akta Imigresen manakala yang tiada dokumen perjalanan sah disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen.

"Kita turut menyita empat motosikal yang ditinggalkan Pati ketika melarikan diri bagi siasatan lanjut," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Perlu peka atasi risiko

Posted: 24 Jan 2011 10:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Langkah menempatkan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) mengikuti proses pembelajaran bersama pelajar normal mampu mendatangkan risiko sekiranya penuntut istimewa itu gagal dikawal.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, walaupun pelajar terbabit menunjukkan tahap kepintaran tinggi, dia tak wajar 'disatukan' jika tahap kesihatannya kurang baik.


"Pihak sekolah sepatutnya peka mengenai isu ini kerana kita tak mahu apabila pelajar OKU ditempatkan bersama pelajar normal akan menimbulkan perkara tidak diingini terutama jika pelajar berkenaan mengamuk atau masalah lain lagi.

"Walaupun kes seperti ini mungkin terpencil, ia tetap tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak terutama kementerian bertanggungjawab perlu melakukan sesuatu untuk menanganinya.


"Seperti terjadi kepada pelajar tingkatan dua itu (dihempap meja), pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kena siasat secara menyeluruh," katanya.


Beliau mengulas mengenai kejadian menimpa seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Ampang dekat sini yang dihempap meja dipercayai dibaling dari tingkat empat bangunan sekolahnya.

Akhbar semalam melaporkan kejadian Rabu lalu itu menyebabkan Asyraf Sabiq Samad, 14, cedera di beberapa bahagian badan dan menerima empat jahitan di dahi, manakala hidungnya turut tercedera.


Laporan menyebut ibunya, Mariam Kamarudin, 42, sebagai berkata, dia diberitahu pengetua sekolah perbuatan terbabit dilakukan seorang pelajar OKU yang dikatakan mengganas selepas gagal mendapatkan bekalan ubatnya, malah pelajar berkenaan ditempatkan dalam kelas normal bukannya kelas khas.

Bagaimanapun, katanya pihak sekolah menghubungi suaminya (Samad Masaan, 58) memaklumkan kejadian itu tidak disebabkan pelajar OKU terbabit, namun dia dikenakan tindakan gantung sekolah.


Berikutan kekeliruan itu dan kejadian menimpa anaknya, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pandan Indah.


Mengulas lebih lanjut, Mohamad Ali berkata, selain siasatan, semua pihak juga perlu bertenang dan mengadakan perbincangan secara bersemuka bagi membolehkan masalah diketahui dengan jelas.


"Kita tak mahu ada kisah saman menyaman, sebab itu perkara ini perlu siasatan rapi dan menyeluruh termasuk menilai tahap kesihatan pelajar yang menjadi mangsa dihempap meja, juga pelajar OKU yang dikatakan tidak mendapat ubat hingga dia bertindak ganas.


"PPD kena mengadili kes ini sebaiknya dan pihak berkuasa itu jugalah yang perlu temukan keluarga pelajar (mangsa), pelajar OKU dan pihak sekolah untuk berbincang," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan