Jumaat, 30 November 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pas dicabar masukkan hudud dalam Buku Jingga

Posted: 30 Nov 2012 11:04 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 1 Dis. - Pas dicabar memasukkan hukum hudud sebagai sebagai salah satu manifesto dalam Buku Jingga pakatan pembangkang sekiranya parti itu tidak takut kepada DAP dan ikhlas mahu melaksanakan...

Penubuhan Majlis Ulama UMNO dicadang

Posted: 30 Nov 2012 11:02 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kepimpinan UMNO hari ini dicadang supaya menubuhkan Majlis Ulama UMNO dalam usaha memperjuangkan kepentingan agama Islam di negara ini. Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan...

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Generasi muda harap mandat BN dikekal

Posted: 30 Nov 2012 02:47 PM PST

Wakil kelab luar negara hargai jasa kerajaan

Kuala Lumpur: Generasi muda UMNO semalam melahirkan harapan besar supaya parti itu kekal memerintah agar terus dapat menjadi dahan tempat berpaut dan bergantung hidup golongan itu.

Wakil Kelab UMNO Luar Negara, Ariff Yasir Zulkafili menyebabkan perwakilan dan pemerhati di Dewan Merdeka sebak apabila membayangkan senario yang bakal berlaku jika tampuk pemerintahan beralih tangan.
Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan dan hak kita" Ariff Yasir Zulkafli, Pengerusi Kelab UMNO Tokyo

Beliau meminta mereka merenung sejenak dan memberikan contoh detik hitam yang akan menimpa penuntut Malaysia di luar negara jika kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas kepada pembangkang.

Lagu Warisan jadi simbolik

Menjadikan bait lagu Warisan sebagai simbolik senario itu, ketika membahaskan ucapan dasar Presiden beliau meminta semua ahli mempertahankan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa.

Beliau berusaha menyanyikan lagu berkenaan walaupun gagal mengingati beberapa rangkap lirik sehingga mendorong Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin serta perwakilan menyanyi bersamanya hingga rangkap terakhir.
"Pilihan raya umum datangnya bila-bila masa saja, menanti lampu hijau daripada ayahanda Presiden. Cuba bayangkan, tiada lagi anak-anak muda macam kami mengaji (menuntut) di luar negara. Kami kena panggil balik sebab dasar tidak lagi dipegang kerajaan UMNO dan BN yang menghantar kami.

"Anak-anak ayahanda bonda tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri. Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan dan hak kita," katanya anak muda wakil Kelab UMNO Tokyo itu, disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Ariff Yasir dengan nada sayu, merayu semua perwakilan melupakan segala sengketa bagi memastikan perpaduan sesama ahli parti terjalin utuh.

"Saya merayu sangat kepada ayahanda, kepada bonda, kepada kekanda, lupakanlah segala sengketa, janganlah ada sifat tamak jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, buangkan hasad dengki dan iri hati.

"Kita rapatkan saf, betulkan barisan, bersatu dan berpadu untuk sama-sama berjuang memastikan pada pilihan raya nanti, Putrajaya masih milik kita," katanya.

Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan Mohd Rafii berkata, sejak dari dulu sehingga kini UMNO secara tradisinya menjadi pelindung kepada generasi muda di negara ini.

UMNO perlu bergerak dengan lebih proaktif berdepan dengan dakyah pembangkang bagi memastikan generasi muda tidak terpedaya dengan helah yang akan merosakkan masa depan.

Lindungi generasi muda

"UMNO perlu melindungi generasi muda, tradisi sebagai pembela nasib rakyat perlu diteruskan parti dengan lebih proaktif lagi apatah kini kita berdepan dengan ancaman pembangkang.

Perwakilan dari bahagian Bachok, Kelantan, Che Shamsuzuha Che Noh mahu UMNO menjadi benteng terakhir bagi melindung golongan muda dari terus diperalatkan pembangkang.

Katanya, budaya politik jalanan yang diamalkan pembangkang tidak seharusnya menjadi model kepada golongan muda selaku pewaris kepemimpinan negara.

Tidak mahu mimpi buruk

Wakil Puteri UMNO Pahang, Hartini Othman pula berkata jika Putrajaya gagal dipertahankan ia akan menjadi satu mimpi buruk kepada generasi muda.

Dasar pembangkang yang hanya mementingkan agenda peribadi masing-masing katanya, tidak akan mampu membela nasib golongan muda, apatah lagi jika ia membabitkan masa depan pemimpin pelapis parti yang penuntut di luar negara.

Pendapat itu disokong Exco Puteri, Wan Zawiyah Wan Hashim yang menyifatkan perpindahan kuasa itu seolah-olah menjadikan anak muda negara 'yatim piatu' kerana kehilangan tempat bergantung.

"UMNO dan BN adalah teraju hidup kami, ibu dan bapa yang selama ini menjadi tempat kami bergantung hidup. Apabila ibu dan bapa ini tiada, di mana lagi kami mahu mengadu nasib?" katanya.

UMNO tak pinggir kaum lain

Posted: 30 Nov 2012 02:40 PM PST

Agenda pembangunan turut merangkumi minoriti di Sabah, Sarawak

Kuala Lumpur: UMNO yang komited memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Bumiputera tidak pernah meminggirkan kaum lain.

Malah, agenda pembangunan turut merangkumi semua kaum, termasuk kaum minoriti di Sabah dan Sarawak, kata pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN), semalam.

Menurut mereka UMNO yang menjadi parti tunjang BN sentiasa memastikan segala program bantuan dan pertolongan yang dilaksana kerajaan turut dinikmati semua kaum di negara ini.

Jaga kebajikan kaum

Naib Pengerusi MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan saja berusaha menggerakkan transformasi ekonomi semua kaum tetapi juga menjaga kebajikan dan kepentingan tanpa mengira kaum.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata ini termasuk pemberian pelbagai inisiatif kepada golongan berpendapatan rendah seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku kepada penuntut institusi pengajian tinggi bagi meringankan beban mereka.
"Setelah 55 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat semua kaum di negara ini mengecapi dan menikmati kemajuan di bawah kerajaan pimpinan BN," katanya.

Ahli Parlimen Kapit, Sarawak, Datuk Alexandar Nanta Linggi berkata walaupun di Sarawak tiada UMNO, BN di bawah kepimpinan Najib memberi peruntukan dan menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk dinikmati penduduk Sarawak termasuk di kawasan luar bandar.

Kerjasama majukan negara

"Perdana Menteri sentiasa mempergiatkan usaha untuk membangunkan Sarawak, khususnya di luar bandar termasuk pembinaan jalan, penyediaan bekalan air dan elektrik," katanya.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas pula berkata, UMNO walaupun sebuah parti yang ditubuh untuk memperjuangkan orang Melayu, tidak pernah meminggir atau mengabaikan nasib kaum lain.

"UMNO bekerjasama dengan kaum lain untuk bangunkan negara. Kita ada menteri Cina, India, Iban dan dari kaum-kaum lain di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof berkata masyarakat di Sarawak menikmati perubahan dan transformasi yang dibawa perdana menteri.

Timbalan Setiausaha Agung GERAKAN, Liang Teck Meng berkata Najib telah melaksanakan apa yang dijanjikan beliau dalam menjaga kepentingan semua kaum, terutama dalam membasmi kemiskinan di negara ini.

"Perdana Menteri sebagai pemimpin UMNO tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum walaupun partinya memperjuangkan kepentingan Melayu. Namun apa yang dapat kita lihat dalam ucapan dasar Presiden UMNO, kelmarin, beliau sekali lagi memberi jaminan parti itu sentiasa menjaga semua kaum di negara ini," katanya. - BERNAMA

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Pengurus tempat letak kereta dijel, guru bebas

Posted: 30 Nov 2012 09:53 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 30 Nov. - Seorang pengurus sebuah syarikat pengurusan tempat letak kereta dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang pelajar tingkatan...

Ejen insurans palsukan MyKad didenda

Posted: 30 Nov 2012 09:53 AM PST

[unable to retrieve full-text content]IPOH 30 Nov. - Seorang ejen insurans yang memalsukan kad pengenalannya sendiri dengan mengubah satu angka pada nombor MyKad miliknya hari ini didenda RM3,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret...

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pemerhati Umno meninggal dunia di depan hotel

Posted: 30 Nov 2012 02:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang pemerhati ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditemui meninggal dunia di hadapan Hotel Westin Seri Pasific di sini, petang ini.

Mayat pemerhati yang sedang dikenal pasti itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan mengetahui punca kematiannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30



Kemaluan disimbah asid

Posted: 30 Nov 2012 01:21 AM PST

GEORGETOWN: Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong, petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.

"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.


Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.


Nasir berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30



Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


NGO Islam tuntut Israel patuhi gencatan senjata

Posted: 30 Nov 2012 01:50 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebanyak 30 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kuala Lumpur hari ini menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi menuntut Israel berpegang kepada arahan...

Speaker berat sebelah: ADUN BN Selangor keluar dewan

Posted: 30 Nov 2012 01:25 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 30 Nov. - Seramai 13 Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) keluar dewan hari ini kerana membantah tindakan Speaker Datuk Teng Chang Kim, yang mereka anggap sebagai...

Felda teliti tindakan saman akhbar pembangkang

Posted: 30 Nov 2012 12:57 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai...

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Denda pembikin bah

Posted: 29 Nov 2012 01:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemaju yang melanggar syarat kerja tanah menyebabkan bencana alam termasuk banjir.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya tidak menolak masalah banjir di bandar raya ini turut berpunca daripada projek pembangunan yang mengabaikan sistem saliran air dan longkang.


"Jika didapati bersalah, mereka (pemaju) dikenakan tindakan termasuk kompaun tidak kurang RM1,000 bagi setiap kesalahan. Dalam masa sama, DBKL sudah mengenal pasti 38 kawasan lokasi panas yang kerap berlaku banjir seperti Jalan Kuching, Segambut dan Sungai Besi.

"Malah, kerja pembersihan longkang daripada tersumbat akibat sampah-sarap atau tanah sudah dilakukan bagi mengatasi masalah banjir di sini," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, DBKL turut menubuhkan unit khas penguat kuasa yang sentiasa bersedia mengawal lalu lintas ketika banjir.


"Di Kuala Lumpur, aliran trafik perlahan apabila hujan lebat berlaku. Oleh itu, setiap kali mendung, unit khas ini bersedia untuk bergerak ke lokasi yang dikenal pasti bagi mengawal lalu lintas.

"Selain itu, tahun depan, kami akan bekerjasama dengan Alam Flora dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberi perhatian lebih untuk menaik taraf semua saliran longkang bermasalah," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Amin Nordin Abd Aziz berkata, DBKL tidak membenarkan lori tanah melalui jalan raya di Pantai Dalam ke tapak projek pembangunan 71 banglo Bukit Gasing selama dua minggu, bermula kelmarin.

"Tindakan ini diambil selepas kontraktor lori itu tidak mematuhi peraturan kerana menyebabkan jalan raya menjadi kotor serta rosak selain menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30



Dua pengawal nafi sogok polis RM500

Posted: 29 Nov 2012 01:27 PM PST

SHAH ALAM: Dua pengawal keselamatan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memberi sogokan RM500 kepada seorang anggota polis bagi mengelak tindakan kerana menjual dadah di Hulu Langat, dekat sini, Ogos lalu.

Tertuduh, J Genash, 31, dan K Karithikeyan, 40, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin.


Dua sekawan itu didakwa memberi suapan wang tunai itu kepada Koperal Mohd Kamarulzaman Mohd Sukri dari cawangan pencegahan jenayah, Balai Polis Kajang di hadapan EGI Group, Lot 5290, Batu 19, Off Jalan Semenyih, Kajang, jam 5.30 petang, pada 24 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.


Akta itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya Yusliza Mohd Yusoff dari SPRM menawarkan jaminan RM10,000.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan tidak berkemampuan.


Asmadi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin.

Beliau juga memerintahkan Genash dan Karithikeyan masing-masing melapor diri ke pejabat SPRM pada Ahad pertama setiap bulan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/30



Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditangguh pagi esok

Posted: 30 Nov 2012 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditangguhkan sehingga jam 8.30 pagi esok selepas perbahasan usul ekonomi selesai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Pembahas terakhir usul berkenaan ialah wakil Selangor, Datuk Ramli Norani.

Sehubungan itu, wakil Kelantan, Mohd Afandi Yusoff akan menjadi pencadang bagi usul agama dan pendidikan manakala wakil Puteri, Hasrunizah Hassan sebagai penyokong.

Sementara itu, sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2012 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga naib presiden dijangka bermula jam 2 petang esok.

Sungai di Selangor, Johor dan NS lebihi paras amaran, bahaya

Posted: 30 Nov 2012 02:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meminta penduduk di kawasan sekitar Hulu Selangor di Selangor, Gemas di Negeri Sembilan dan Batu Pahat di Johor agar berwaspada kemungkinan banjir berikutan bacaan paras air sungai melebihi aras amaran dan bahaya.

Menurut portal JPS, setakat 3.45 petang tadi, bacaan Sungai Bernam di Jambatan SKC di Hulu Selangor mencatat 18.61 meter, Sungai Sembrong di Parit Karjo, Batu Pahat, 2.11 meter iaitu melebihi aras amaran manakala Sungai Muar di Pekan Rompin, Gemas mencatat 36.43 meter, iaitu melebihi aras bahaya.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan bilangan mangsa banjir di Selangor mencatat seramai 66 orang manakala jalan ke Sungai Lalang dari Semenyih ke Hulu Langat pula ditutup kepada semua kenderaan.

Dua buah pusat pemindahan dibuka iaitu di Surau Kampung Laksamana, Gombak dan Dewan Genting Sanyen, di Kuala Langat. - BERNAMA

Khamis, 29 November 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Panji "Gelombang Merah" selubungi kekuatan, jasa UMNO

Posted: 29 Nov 2012 11:42 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 30 Nov. Panji dan poster "Gelombang Merah" yang memenuhi segenap ruang Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bukan sahaja ?meniupkan" semangat UMNO kepada perwakilan, tetapi juga pengunjung...

Tubuh jawatankuasa khas selamatkan kampung Melayu

Posted: 29 Nov 2012 10:39 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 30 Nov. - Kerajaan Pusat diminta mempertimbangkan penubuhan satu jawatankuasa khas bagi menyelamatkan kampung Melayu di Pulau Pinang yang kian 'dihapuskan' oleh kerajaan negeri pimpinan...

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Ikrar Najib

Posted: 29 Nov 2012 04:38 PM PST

Maaf Atas kekhilafan
Saya selaku Presiden UMNO, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepemimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam" Sumpah pemimpin UMNOBumi mana tak ditimpa hujan, laut mana tidak bergelora, bahagian dunia manakah yang wujudnya orang atau pimpinan atau persyarikatan atau parti yang tidak pernah tersandung atau tersalah. Di atas segala-galanya, sebagai kepemimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan"
Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," Datuk Seri Najib Razak

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan bersama seluruh saf kepemimpinan UMNO untuk terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat orang Melayu serta membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.

UMNO tidak akan berundur "Walau apapun rintangan melanda, biar apapun cabaran menghalang, UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak mungkin berpatah jalan.

"UMNO takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun dalam," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, semalam.

Dalam ucapan bersemangat bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional', Perdana Menteri menegaskan UMNO dan BN akan menggunakan segala kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang demokratik.
"Kita percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

"Di sini, di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan.

"Di sinilah juga, dengan izin Allah SWT yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.

PRU13 titik penentuan

Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak bukanlah satu pilihan raya yang biasa.

"Ia merupakan titik penentu kepada destinasi rakyat dan negara. Pilihan raya inilah yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan kepada anak-anak kita.

"Antara sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan prejudis," katanya.

Perdana Menteri menegaskan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam jika rakyat terpedaya dengan fitnah dan janji palsu pembangkang.

"Sudah barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula.

"Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri," katanya.

Pemerhati luar kagum

Posted: 29 Nov 2012 04:38 PM PST

Ucapan bersemangat Presiden UMNO dapat perhatian perwakilan asing

Kuala Lumpur: Aura dan semangat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan dasar di hadapan perwakilan turut dirasai pemerhati luar negara, semalam.

Wakil Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Arthur Fong, berkata ucapan beliau amat bersemangat dan menerima respon memberangsangkan.
Saya menghargai kesudian UMNO menjemput wakil kami menyertai perhimpunan besar sebegini dan sangat berbangga dengan kejayaan negara Islam seperti Malaysia," Malahat Ibrahimgizi, Wakil Kerajaan Azerbaijan

"Ucapan berkenaan menyentuh semua lapisan masyarakat dan mempunyai perspektif yang luas, dalam masa sama, beliau (Najib) tidak lupa mengingatkan generasi muda mengenai jasa pemimpin terdahulu.

"Dalam ucapan dasarnya Najib turut menggambarkan bagaimana beliau sentiasa berusaha untuk rakyat malah disayangi rakyat," katanya ketika ditemui selepas mendengar ucapan dasar Presiden, semalam.

Wakil Kerajaan Azerbaijan, Malahat Ibrahimgizi, pula berkata perhimpunan kali ini amat teratur dan bersifat progresif.

"Saya menghargai kesudian UMNO menjemput wakil kami menyertai perhimpunan besar sebegini dan sangat berbangga dengan kejayaan negara Islam seperti Malaysia.
Negara Islam contoh

"Kami berbangga ada negara Islam seperti Malaysia bergerak maju dan berdoa yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) dan Malaysia," katanya.

Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh pula menyifatkan Malaysia adalah contoh terbaik bagi negara Islam yang mengamalkan konsep demokrasi.

"Malaysia mengamalkan model demokrasi yang unik dan diamalkan dengan baik di kalangan pelbagai etnik juga agama," katanya.

Ucapan bermaklumat

Wakil Parti Kongres Nasional Sudan, Ahmed Abdul berkata, ucapan Najib sangat berinformasi dan penuh dengan maklumat berkaitan dengan pembangunan dijalankan di bawah kerajaan BN.

"Kami berharap dapat mempelajari bagaimana mereka menjaga dan memerintah selama 55 tahun hingga menjadi negara yang sedang pesat membangun," katanya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan, berkata beliau percaya UMNO akan melaksanakan lebih banyak agenda yang memberi kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita harapkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berdasarkan pengorbanan serta sejarah UMNO menerajui negara ini, saya percaya UMNO akan melakukan lebih lagi untuk rakyatnya," katanya.

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Pemilik salon didakwa dera amah

Posted: 29 Nov 2012 11:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SUNGAI PETANI 29 Nov. - Nasib seorang pembantu rumah warga Indonesia yang cedera dipercayai akibat didera terbela apabila anak perempuan majikannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Rayuan bomoh dikembalikan ke Mahkamah Tinggi

Posted: 29 Nov 2012 01:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA 29 Nov. - Rayuan seorang bomoh terhadap hukuman penjara 31 tahun dan lima sebatan atas dua kesalahan merogol seorang pesakitnya yang mengalami gangguan makhluk halus, dikembalikan semula ke...

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Salur idea melalui COT

Posted: 29 Nov 2012 11:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 29 Nov. - Warga kota kini boleh menyalurkan idea atau cadangan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Menara Idea Pelanggan (COT) yang dilancarkan hari ini. Datuk Bandar Kuala Lumpur...

Kerja pembaikan jalan bermula Sabtu ini

Posted: 29 Nov 2012 11:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 29 Nov. - Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan di Jalan Ros, Bukit Sentosa 4, Bukit Beruntung bermula, Sabtu ini. Penolong Pegawai Penerangan Unit...

Penduduk tetap ditawar rumah

Posted: 28 Nov 2012 10:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 28 Nov. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menolak permintaan penduduk dan waris peneroka Kampung Railway di sini bagi mewartakan kampung berkenaan sebagai Kampung Warisan.

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Rampas jersi tiruan Harimau Malaya, Garuda

Posted: 28 Nov 2012 11:58 PM PST

KUALA LUMPUR: Sindiket jersi tiruan pasukan Harimau Malaya dan Garuda tidak sempat mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka dibanteras Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur di sebuah premis, di Gombak dekat sini, semalam.

Difahamkan 3,480 helai jersi itu yang dianggarkan bernilai RM73,080, akan dijual semasa perlawanan antara pasukan Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jersi itu akan dijual dengan harga RM35 sehelai berbanding jersi tulen yang berharga RM140 sehelai.

Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Abu Samah Shabudin berkata jersi itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dijual dalam pasaran tempatan.


"Saya ingin mengingatkan semua penyokong Harimau Malaya supaya tidak membeli barang-barang tiruan kerana ini boleh merugikan industri tekstil," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/29



Jalan depan Plaza Bukit Bintang ditutup 4 tahun

Posted: 28 Nov 2012 11:56 PM PST

KUALA LUMPUR: Laluan kenderaan di Jalan Bulan di hadapan Plaza Bukit Bintang akan ditutup selama empat tahun untuk projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) mulai Sabtu ini.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corporation Sdn Bhd, Amir Mahmood Razak, berkata berikutan itu orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Bulan 1, Lorong Bintang atau melalui Jalan Imbi.

Beliau berkata kerja-kerja pembinaan stesen itu adalah sebahagian daripada laluan bawah tanah di kawasan bandar raya yang sibuk.

"Oleh itu, kawasan kerja yang sesuai adalah terhad.


Kawasan kerja perlu berada dekat dengan tapak stesen atas sebab-sebab logistik dan keselamatan binaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Amir Mahmood berkata, pihaknya telah berbincang dengan pihak berkuasa berkaitan penutupan laluan itu dan papan tanda trafik akan diletakkan untuk membantu pengguna jalan raya.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengaktifkan pelan komunikasi dan notis awam bagi memaklumkan kepada semua penyewa pusat membeli-belah, hotel, tempat letak kereta, kedai runcit dan outlet berhampiran tentang laluan alternatif untuk ke tempat letak kereta.

"Kami bekerja rapat dengan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta pihak berkuasa lain untuk menyebarkan maklumat trafik melalui Sistem Pesanan Maklumat Berubah (VMS)," katanya.

Amir Mahmood turut menasihatkan para pemandu supaya berjaga-jaga dengan kerja-kerja yang dijalankan di kawasan tersebut dan mengikut arahan papan tanda untuk melalui Jalan Bulan.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumt trafik MRT terkini boleh melayari laman web MRT di www.mymrt.com.my atau maklumat kerja-kerja bawah tanah di www.mymrt-underground.com.my serta twitter di @MRTMalaysia atau @MyMRT Undergroud atau terus menghubungi Hotline MRT di 1-800-82-6868.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/29



Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Malaysia catat pertumbuhan KDNK sebenar 5.1 peratus: Bank Dunia

Posted: 29 Nov 2012 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar sebanyak 5.1 peratus pada 2012 dan 5.0 peratus pada 2013, demikian menurut satu laporan baru Bank Dunia.

Laporan itu, 'Pemantauan Ekonomi Malaysia', yang dilancarkan hari ini, berkata, dengan dorongan permintaan domestik, ekonomi mungkin berupaya mengharungi persekitaran global yang lemah dan berkembang dengan kukuh tahun depan.

Laporan itu juga berkata reformasi struktur ekonomi yang semakin mengukuh merupakan kunci ke arah memastikan momentum pertumbuhan positif berlanjutan dalam jangka sederhana.

Ia berkata memandangkan pelaburan telah meningkat dalam sektor-sektor berkaitan komoditi, maka penting dipertingkatkan produktiviti dalam bahagian-bahagian ekonomi yang lain, terutamanya perkhidmatan, yang menjana sebahagian besar pekerjaan.

"Untuk mencapai peningkatan produktiviti jangka panjang, Malaysia perlu mempercepat pelaksanaan reformasi seperti yang digariskan dalam Model Baharu Ekonomi kerajaan, untuk meningkatkan persaingan dan keupayaan dalam ekonomi," katanya.

Siri Pemantauan Ekonomi Malaysia memberikan perspektif analitis tentang cabaran-cabaran dasar yang dihadapi oleh Malaysia seiring dengan perkembangannya ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Siri ini juga merupakan usaha untuk mendekati khalayak yang lebih luas, termasuk pembuat dasar, pemimpin sektor swasta, peserta pasaran, masyarakat awam dan akademia.
Laporan ini boleh diakses melalui laman sesawang www.worldbank.org/malaysia. - BERNAMA

30 maut, 110 cedera serangan bom kereta di Baghdad

Posted: 29 Nov 2012 02:41 AM PST

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 30 maut manakala 110 lagi cedera dalam siri serangan bom kereta di dua bandar penduduk Syiah, di selatan Baghdad, awal hari ini.

Serangan itu berlaku di Bandar Hillah apabila penyerang meledakkan bahan letupan di sebuah kawasan komersial yang sibuk dengan 24 orang dilaporkan maut manakala 90 cedera.

Pegawai polis berkata, serangan itu bermula di jalan raya pinggir bandar berkenaan sebelum disusuli letupan bom kereta di zon komersial itu.

Sejam sebelum itu, satu serangan juga membabitkan bom kereta berdekatan Bandar Karbala dengan enam terbunuh, manakala 20 lagi cedera. - AP

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Hamas sambut baik "kedutaan pertama di Palestin"

Posted: 29 Nov 2012 02:24 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 29 Nov. - Hamas memberi respons positif kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Malaysia berhasrat menjadi negara pertama membuka sebuah kedutaan di ibu kota Palestin...

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia tiba di KLIA

Posted: 29 Nov 2012 02:23 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 29 Nov. - Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia seramai 351 orang termasuk 30 petugas Lembaga Tabung Haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini menerusi pesawat MH821.

Jersi tiruan Harimau Malaya, Garuda dirampas

Posted: 28 Nov 2012 11:31 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 29 Nov. - Sindiket jersi tiruan pasukan Harimau Malaya dan Garuda tidak sempat mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka dibanteras Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri...

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Cekup 2 lelaki sedut diesel

Posted: 28 Nov 2012 02:33 PM PST

PUTRAJAYA: Sepasukan penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) cawangan Sepang menggagalkan penyelewengan 6,000 liter diesel bersubsidi selepas melakukan pemeriksaan terhadap sebuah lori 10 tan di sebuah stesen minyak Bandar Baru Salak Tinggi, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Cawangan PDNKK Sepang, Abdul Wahab Satar berkata, dalam operasi pemantauan pada jam 11 malam itu penguat kuasa mendapati diesel bersubsidi dimuatkan di dalam sebuah tangki besar yang diubah suai pada lori terbabit.


"Pemeriksaan itu dilakukan selepas penguat kuasa melihat dua lelaki dengan sebuah lori di stesen minyak Bandar Baru Salak Tinggi dalam keadaan mencurigakan. "Ketika itu, dua lelaki terbabit sudah mengisi diesel RM500 di stesen minyak berkenaan. Diesel dipam masuk dalam tangki, kemudian disedut menggunakan alat pengepam ke dalam tangki diubah suai. Tangki itu dipercayai boleh menampung sehingga 8,000 liter diesel," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. Abdul Wahab berkata, lori dan diesel itu yang dianggarkan bernilai RM57,000 disita manakala dua lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1976 iaitu memiliki barangan kawalan (diesel bersubsidi) dengan tujuan melakukan kesalahan. Menurutnya, jika didapati bersalah suspek boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

"Tetapi, jika kesalahan kedua, dendanya sehingga RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," katanya.


Mengulas modus operandi pihak terbabit, katanya, mereka bergerak dari satu stesen ke stesen minyak lain menggunakan lori diubah suai untuk membuat pembelian diesel dalam kuantiti banyak pada harga subsidi RM1.80 seliter.


"Diesel dikumpulkan sebelum dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM2 hingga RM2.50 seliter," katanya. Sementara itu, katanya, sepanjang 11 bulan tahun ini pihaknya sudah menahan empat lori diubah suai atas kesalahan dan modus operandi sama dengan nilai rampasan berjumlah RM115, 000.

"Penyelewengan seperti ini memberi keuntungan lumayan kepada pihak terbabit dan satu kerugian besar kepada kerajaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/29



‘Turun padang sahkan kenyataan’

Posted: 28 Nov 2012 02:30 PM PST

CHERAS: Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (LKPJM) mencabar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu 'turun padang' bagi mengesahkan kenyataan dikeluarkannya ketika Sidang DUN Selangor yang mendakwa pihaknya membekukan pengeluaran lesen bagi rumah urut, pusat hiburan awam dan pusat siber di negeri itu sejak 2006.

Presidennya, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata, dalam pemantauan dibuat LKPJM di sekitar Selangor, pihaknya mendapati pusat hiburan dan rumah urut bagaikan tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan berdasarkan maklumat yang mereka peroleh menunjukkan kebanyakan mempunyai lesen yang diluluskan selepas 2008.


"LKPJM bukan pertubuhan politik, sebaliknya lebih kepada penggerak kepada kesedaran mengenai jenayah, oleh itu dakwaan Ronnie mengatakan tiada sebarang lesen pusat hiburan dan rumah urut dikeluarkan sejak 2006 itu amat bercanggah dengan realiti di negeri ini (Selangor).

"Hasil pemantauan kami, terdapat kawasan yang baru dibangunkan mempunyai lebih 10 premis pusat hiburan, rumah urut dan kafe siber, sekiranya tiada kelulusan diberikan, bagaimana pengusaha berani menjalankan perniagaan mereka secara terbuka?," katanya ketika sidang media di Pejabat Jabatan Presiden di Pusat Perniagaan Cheras, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/29