Khamis, 27 Januari 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Kes penyelewengan, salahguna kuasa menantu Nik Aziz belum selesai, kata SPRM

Posted: 27 Jan 2011 01:05 AM PST

KOTA BAHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan berkata kes membabitkan penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap menantu Menteri Besar Kelantan masih belum selesai.

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor berkata kes membabitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, masih disiasat.


Katanya, SPRM kini sedang mendapatkan beberapa lagi maklumat dan dokumen bagi memantapkan lagi siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Sebelum ini ibu pejabat SPRM hanya mengumumkan penutupan kes mengenai pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO di dalam PMBK, yang menimbulkan kontroversi kerana pelantikan keluarga terdekat dan bukannya kes membabitkan penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan menantu Menteri Besar itu. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Beberapa jalan di sekitar KL ditutup Sabtu ini

Posted: 26 Jan 2011 11:21 PM PST

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup Sabtu ini sempena sambutan Hari Wilayah.

Jalan-jalan yang akan ditutup mulai 6 pagi hingga 12 tengah hari membabitkan Jalan Raja, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja/Jalan Cenderasari/Jalan Lembah, Jalan Perdana/Jalan Damansara/Bulatan Hishamuddin.


Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman, Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Tun Perak/Lencongan Jalan Raja/Jalan Raja Laut dan Lencongan Bulatan Dato'' Onn/Jalan Parlimen dari arah pusat bandar.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata pengguna jalan raya boleh merujuk kepada Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) sebagai panduan tentang penutupan jalan pada hari berkenaan.


Orang ramai yang ingin memasuki kawasan ibu kota hari ini terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas ekoran mereka tidak menyedari tentang penutupan jalan-jalan bagi memberi laluan kepada upacara raptai sambutan Hari Wilayah di Dataran Merdeka. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan