Sabtu, 30 Jun 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Saya sedih khidmat ditamat lebih awal'

Posted: 30 Jun 2012 02:30 PM PDT

Abu Bakar hanya dimaklum menerusi surat

Putrajaya: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, mengesahkan beliau tidak bersara tetapi perkhidmatannya dalam kerajaan ditamatkan. Ikuti laporan lanjut dalam akhbar BH Ahad atau BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/

Ibu tunggal tak kekok

Posted: 30 Jun 2012 01:56 PM PDT

Tak mahu lepas peluang sertai Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi

Langkawi: Seorang ibu tunggal dari Kuala Lumpur sanggup menaiki bas seorang diri untuk menyertai kira-kira 200 peserta Pertandingan Memancing Antarabangsa Langkawi (LIFT 2012) yang berlangsung di pulau pelancongan di sini. Ani Mohammad, 44, ibu kepada seorang anak itu tiba di Jeti Kuah kira-kira jam 9 pagi semalam, selepas mengharungi perjalanan kira-kira 450 kilometer dari Ibu negara untuk menyertai pertandingan yang lazimnya dimonopoli pemancing lelaki.
Katanya, minat mendalam menyertai aktiviti memancing sejak kecil membuatkannya tidak kekok untuk menceburi hobi yang kebiasaan dikaitkan dengan pemancing lelaki itu.

"Bagi saya pertandingan memancing ini terbuka kepada sesiapa saja dan tidak timbul soal diskriminasi jantina dalam aktiviti ini. Yang penting, dengan minat dan kesungguhan, insya-Allah kita boleh capai kejayaan dalam apa juga kegiatan yang kita sertai," kata pekerja swasta itu.

Hadiah juara RM20,000

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelepasan peserta LIFT 2012 Kategori Dalam di Jeti Awana Porto Malai, di sini, semalam, yang disempurnakan Pengarah Eksekutif Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib.
Hadir sama Ketua Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Azmil Munif Mohd Bukhari; Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah; Pengurus Besar Baktisan Pertama Sdn Bhd (Adabi), Jaafar Abd Ghani dan Pengurus Pemasaran TCE Sports, Low Ban Sun.

LIFT yang julung kali dianjurkan Berita Harian dengan kerjasama LADA, disertai kira-kira 200 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Singapura, Indonesia dan Thailand.

Konsep pertandingan mensyaratkan peserta memancing ikan terberat di tiga lokasi ditetapkan seperti Pulau Pelita, Tanjung Cincin dan Tanjung Buluh yang terletak 15 batu nautika dari Pantai Cenang. LIFT yang dijangka tamat jam 2 petang ini, akan membolehkan juaranya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, tempat kedua RM8,000 dan ketiga RM4,000.

LIFT amat dinantikan

Ani turut berpendapat penganjuran LIFT amat dinantikan pemancing yang inginkan aktiviti memancing sambil melancong.

"Pulau Langkawi adalah lokasi paling sesuai untuk aktiviti seumpama itu. Sambil memancing, peserta boleh melancong bersama keluarga di tempat menarik di Pulau Lagenda ini," katanya.

Sementara itu, dalam Kategori Pantai yang diadakan di Jeti Star Cruise, di sini, pagi semalam, peserta dari Pendang, Kedah, Mohd Alang Jibran Abdullah, 27, muncul juara selepas menaikkan siakap seberat 1.65 kilogram (kg).

Kejayaan itu membolehkan juruteknik terbabit membawa pulang wang tunai RM2,000 dan hadiah iringan penaja.

Naib johan disandang Aliff Ibrahim, 23, dari Kelantan yang berjaya menaikkan kuku batu seberat 1.34kg untuk meraih wang tunai RM800 dan hadiah iringan.

Mohd Latif Man, 24, dari Kedah pula menduduki tempat ketiga dengan tangkapan kuku batu seberat 1.31kg dan membawa pulang wang tunai RM500 dan hadiah iringan penaja.

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Lima tahun jadi tebusan ibu tiri

Posted:

Lima tahun jadi tebusan ibu tiri

MOHD. KHAIRUN memeluk Nurmasyita Amiera (kiri) dan Nurul Safiza sambil
diperhatikan oleh Nordi dan Muhammad Nurhan (kanan) di KLIA, Sepang semalam.


SEPANG - "Kami hanya diberi makanan dua senduk nasi sehari, dipaksa masuk ke hutan dari pagi hingga ke petang dan mencari hasil hutan untuk dijual sebelum duit jualan dibahagikan kepada ibu tiri kami.

"Kalau kami buat salah walaupun kecil, kami akan dipukul," kata seorang daripada tiga kanak-kanak rakyat Malaysia yang 'diselamatkan' Pemuda UMNO selepas hidup bersama ibu tiri mereka di Lampung, Sumatera untuk dijadikan tebusan bagi memeras ugut bapa kandung tiga beradik itu.

Nurul Safiza Fitri, 11, anak kedua daripada empat adik-beradik itu mengadu, sejak tinggal dengan ibu tiri, Kasini Kaslam, 25, mereka dipaksa bekerja dan selalu dipukul walaupun atas kesalahan kecil, selain tidak dibenarkan bersekolah.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Khairun Aseh berkata, kejayaan misi membawa pulang Nurul Safiza serta dua adiknya, Muhammad Nurhan, 9, dan Nurmasyita Amiera, 8, adalah berkat kerja keras kakitangan biro itu yang bertolak ke Lampung pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun, kakak mereka, Siti Norzana, 12, gagal dibawa pulang kerana tinggal dengan saudara Kasini di Temusuci, Jawa Timur.

"Walaupun pelbagai halangan yang perlu ditempuhi pegawai kami dalam misi membawa pulang tiga beradik itu di sana, termasuk memandu hampir tujuh jam, namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mengeluarkan adik-beradik itu daripada kehidupan yang daif di sana.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kedutaan kita di Indonesia dan pihak berkuasa republik itu kerana telah membantu dalam proses membawa pulang kanak-kanak itu," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan tiga beradik itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Mohd. Khairun berkata, rentetan masalah itu bermula apabila ibu kandung kanak-kanak terbabit, Mohaina Asmad, 34, yang berasal dari Sabah, meninggalkan mereka dan suaminya, Nordi Adi, 57, pada 2005.

Nordi kemudian berkahwin dengan Kasini yang kerap membantunya dalam menguruskan perniagaan baja pertanian semasa di Pontian, Johor pada tahun 2007.

Dia kemudian membawa keempat-empat anaknya itu berhijrah ke Lampung, Sumatera untuk memulakan hidup baharu bersama keluarga Kasini di Lampung.

Namun setahun kemudian, Nordi pulang ke Malaysia seorang diri untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.

"Dia (Nordi) pernah berhasrat membawa pulang anak-anak tetapi isterinya menghalang.

"Kasini juga mengugut supaya diberikan wang sebagai syarat untuk Nordi membawa pulang keempat-empat anaknya," kata Mohd. Khairun.

Kosmo! pada 26 Jun lalu melaporkan dakwaan Nordi bahawa dia telah mengeluarkan RM27,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang itu kemudian diberikan kepada Kasini.

Namun tindakan itu nyata sia-sia kerana wanita tersebut didakwa tetap berkeras untuk tidak membenarkan empat beradik terbabit dibawa pulang.

"Nordi kemudian meminta bantuan kami dan syukurlah usaha kita berjaya," katanya.

Menceritakan pengalamannya dalam misi itu, Penolong Pegawai Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Zuhairi Selamat, 39, berkata, pelbagai halangan terpaksa ditempuhi beliau dan rakannya, termasuk berdepan masyarakat kampung yang tidak memahami situasi sebenar semasa proses rundingan dilakukan.

"Kita terpaksa berdepan masalah dengan pihak Imigresen kerana kanak-kanak tersebut memasuki Indonesia secara tidak sah. Mereka tidak mempunyai dokumen ketika memasuki republik itu. Namun hasil perbincangan kedua-dua pihak, akhirnya mereka dibenarkan berlepas ke negara ini," katanya.

Sementara itu, Nordi tidak dapat membayangkan keadaan anak-anaknya jika tidak dibawa pulang ke Malaysia.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sudi membawa pulang anak-anak saya. Tanpa bantuan mereka, mungkin saya tidak dapat lagi bertemu dengan mereka," katanya sambil menambah isteri keduanya itu telah diceraikan kelmarin dengan talak satu.

Jumpa anak selepas tujuh tahun dilarikan isteri

Posted:

Jumpa anak selepas tujuh tahun dilarikan isteri

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my



KUALA LUMPUR - Seorang bapa, Hanafi Salleh, 36, tidak mampu menahan air mata kegembiraan setelah dipertemukan semula dengan dua anak lelakinya yang didakwa dilarikan ke New Zealand oleh isterinya tujuh tahun lalu.

Dia yang ditemani Setiausaha Agung Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Abdul Khalid Chairul sempat beramah mesra dengan dua anaknya, Muhammad Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, di sebuah taman permainan di Nelson City, New Zealand semalam.

Menurut Abdul Khalid, pertemuan yang turut dipantau wakil Kementerian Pembangunan Masyarakat New Zealand iaitu Nelson Site Child Youth and Family (CYF) bakal menentukan keputusan permohonan membawa pulang dua kanak-kanak itu ke Malaysia.

"Dua kanak-kanak tersebut gembira berjumpa Hanafi dan teruja untuk mengetahui lebih lanjut kehidupan di Malaysia.

"CYF amat mementingkan kebajikan kanak-kanak tersebut. Jika respon positif, mereka akan dibawa pulang hujung minggu ini," ujarnya ketika dihubungi.

Kosmo! pada 15 Jun lalu memaparkan kesedihan yang terpaksa ditanggung Hanafi apabila dua anaknya itu dilarikan isterinya ke New Zealand sejak tujuh tahun lalu.

108,650 pelajar terlibat salah laku

Posted:

108,650 pelajar terlibat salah laku

KUALA LUMPUR - Sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, daripada jumlah tersebut, isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku disiplin iaitu 18,550 pelajar.

Katanya, kes-kes disiplin lain yang dicatatkan oleh kementerian ialah memukul, bergaduh dan kekemasan diri.

"Walaupun jumlah pelajar yang melakukan kesalahan disiplin hanyalah sedikit, sekiranya tidak diberi perhatian serius, ia boleh menjadi masalah yang parah," katanya pada majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam mengatasi masalah disiplin melibatkan pelajar sekolah, kementerian telah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah menjalankan satu kajian terperinci mengenai punca sebenar berlakunya gejala ponteng sekolah tahun ini.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Diberhenti kerja dapat RM3,600

Posted: 29 Jun 2012 12:27 PM PDT

MukaDepan

Bekas pekerja diberi elaun sara hidup RM600 selama enam bulan

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mewujudkan Tabung Kebajikan Pekerja dengan peruntukan awal RM80 juta untuk membiayai sara hidup pekerja yang diberhentikan.

Apabila dilaksanakan, pekerja yang diberhentikan akan diberi elaunbulanan RM600 selama enam bulan untuk sara hidup sementara mencari pekerjaan baru.

Tabung itu adalah bantuan kebajikan sementara sehingga Skim Insurans Pengangguran dapat dilaksanakan. Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia yang dibentangkan pada mesyuarat itu, seramai 8,400 pekerja diberhentikan kerja setakat ini. - Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Sumber Manusia


Bagaimanapun, pekerja yang diberhentikan kerja kerana masalah disiplin atau berhenti melalui skim pemberhentian sukarela (VSS), tidak layak memohon elaun berkenaan. Menurut sumber, tabung itu adalah bantuan kebajikan sementara bagi membantu pekerja yang diberhentikan sehingga kerajaan melaksanakan Skim Insurans Pengangguran yang kini di peringkat kajian.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Berkaitan Tabung Bantuan Kehilangan Pekerjaan oleh Kementerian Sumber Manusia bersama kepemimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), di Putrajaya semalam.

"Tabung itu adalah bantuan kebajikan sementara sehingga Skim Insurans Pengangguran dapat dilaksanakan. Mengikut statistik Kementerian Sumber Manusia yang dibentangkan pada mesyuarat itu, seramai 8,400 pekerja diberhentikan kerja setakat ini," katanya kepada Berita Harian semalam.
Selasa lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata pihaknya sedang mengkaji mewujudkan satu mekanisme bagi membela nasib pekerja diberhentikan, termasuk bantuan kewangan sementara dalam tempoh pengangguran seperti amalan negara maju.

Subramaniam berkata, antara aspek dikaji adalah dari segi perundangan yang menjurus kepada melindungi pekerja dan bukan mempertahankan pekerjaan mereka.

Sumber itu berkata, pemberian elaun bulanan akan dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan MTUC secara dasarnya bersetuju dengan kewujudan tabung berkenaan.

MTUC juga dikatakan akan membincangkan secara terperinci mekanisme pelaksanaan serta syarat tambahan lain sebelum kembali bermesyuarat dengan kementerian.

Selain itu, kementerian difahamkan akan menghantar satu memorandum mengenai tabung itu kepada Jemaah Menteri sebelum keputusan susulan dibuat, antaranya tarikh pelaksanaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

khaled

mana satu RM3,600 ke RM600

Jusmy Akula

Salam 1Malaysia,
Anak2 muda sekarang ramai sangat yang memilih kerja, lebih kecewa lagi mengharapkan gaji yang tidak setimpal dengan bidang tugas yang bakal diberikan. Datang kerja lewat, balik pula awal. Bila disuruh overtime sekejap, mulalah nak berkira, nak elaun lah, nak cuti lah...Ingatlah wahai anak2 muda, tidak ada jalan mudah untuk berjaya dalam hidup. Tempuhilah segala dugaan yang mendatang dengan hati yang tabah. Sekadar luahan pendapat. Sekian...

zackmnr

Inibukti kerajaan perihatin dengan rakyat

EFFENDI BIN AWANG

jangan lah tutup periuk nasi kami...sy merayu kpd kerajaan memudahkan anak muda bekerja kerajaan....x kira keje ape pn...janji keje kerajaan..kesian kn anak kami


Pelajar kita pelari obor Olimpik

Posted: 29 Jun 2012 12:24 PM PDT

MukaDepan

AHMAD Aiman membawa obor Sukan Olimpik 2012 di Nottingham, semalam.

AHMAD Aiman membawa obor Sukan Olimpik 2012 di Nottingham, semalam.

NOTTINGHAM: Semalam adalah hari bersejarah bagi Ahmad Aiman Asmayatim, pelajar Tingkatan Empat Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, ketika menyambut obor dalam larian obor Sukan Olimpik 2012 di sini.

Dia antara 20 anak muda dari 20 negara yang dipilih dalam larian berkenaan dengan kumpulannya adalah yang kedua membuat larian di sepanjang jalan di Nottingham menuju pusat bandar.

Orang ramai berkumpul di sepanjang jalan memberi tepukan dan sorakan dalam suasana karnival serta berakhir dengan persembahan di pusat bandar ini. Kumpulan Aiman termasuk wakil dari Pakistan, Azerbaijan, Zambia dan Brazil.

Saya tak pernah bayangkan akan terbabit dalam acara Olimpik ini. - Ahmad Aiman Asmayatim, Pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman


"Perasaan seronok, tak tahu apa nak kata. Seperti sudah berada di puncak. Saya tak pernah bayangkan akan terbabit dalam acara Olimpik ini," kata Aiman selepas larian itu.

Aiman, 16, dipilih sebagai pembawa obor Olimpik menerusi Program International Inspiration berikutan pembabitan aktifnya dalam program kepemimpinan sukan di sekolah.

Namun, tidak mudah baginya untuk menjadi pelari pembawa obor. Dia terpaksa melalui beberapa peringkat tapisan dan ditemuduga oleh British Council, di Malaysia sebelum dipilih.
Teing Tai Chee, guru Sekolah Menengah (J) Kebangsaan Shing Chung yang menjadi pengiring Aiman, berkata sifat kepemimpinan pelajar itu memang terserlah, bijak berkomunikasi serta kelihatan sangat matang.

Aiman yang bercita-cita menjadi penyiasat adalah penolong kapten pasukan bahas Bahasa Melayu sekolahnya. Dia mempunyai cara pemikiran kritikal dan analitikal yang membantu kejayaan pasukannya.

Aiman akan pulang membawa seribu kenangan yang akan memberi dorongan kepadanya untuk terbabit dalam aktiviti memupuk perpaduan antara kaum di seluruh dunia.
"Saya tak tahu apa perasaan ibu bapa, tetapi nenek kata saya membanggakan keluarga dengan pembabitan dalam Olimpik ini," katanya.

Walaupun Aiman hanya akan mengikuti acara Olimpik menerusi televisyen, dia mendoakan kejayaan atlit Malaysia kelak. "Berjuanglah bersungguh-sungguh demi negara dan harap kita bawa balik pingat tahun ini," katanya yang berlepas pulang, malam tadi.


Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


200 terputus bekalan air

Posted: 29 Jun 2012 02:21 PM PDT

KANGAR: Lebih 200 penduduk Taman Hijrah mendakwa hidup dalam kegelisahan berikutan sering terputus bekalan air berikutan tekanan rendah akibat kerja penggantian paip hampir dua minggu lalu.

Lebih mengecewakan apabila pihak berkuasa berkaitan didakwa gagal memaklumkan perkara itu menerusi notis awal bagi membolehkan penduduk menadah air untuk kegunaan harian.


Seorang penduduk, Syed Farid Syed Mustafa, 25, berkata, dia kecewa dengan masalah itu kerana terpaksa berdepan dengan kesulitan akibat terputus bekalan air, sekali gus menyukarkannya melakukan aktiviti harian.

Menurutnya, masalah itu bermula sejak dua minggu lalu dan menjadi bertambah pada Isnin lalu apabila tekanan air rendah.


"Air hanya keluar dari paip sinki dapur menyebabkan saya bersama isteri terpaksa menadah air sepanjang hari.


"Setiap hari saya terpaksa membuang masa hingga mengganggu kerja kerana menadah air. Kami menadah air pada waktu malam kerana tekanan air agak kuat berbanding siang hari," katanya, semalam.

Penduduk lain hanya dikenali sebagai Zulkhairi, 26, berkata, pada mulanya dia menyangka bekalan air di rumahnya dipotong.


Sementara itu, Harian Metro cuba menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapat maklum balas tetapi gagal.


Pengunjung buang sampah di bangku awam

Posted: 29 Jun 2012 02:21 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di bangku tempat duduk awam di Pasar Besar Kedai Payang, mencemarkan pemandangan kawasan tumpuan pelancong itu.

Lebih mengecewakan apabila ada peniaga menyalahgunakan kemudahan itu dengan meletakkan barangan jualan mereka di tempat duduk terbabit.


Tinjauan Harian Metro mendapati ramai pengunjung yang duduk di tiga bangku disediakan itu kebanyakannya membuang bekas minuman serta plastik selepas menggunakannya.

Seorang kakitangan swasta, Mohd Syahir Ismail, 24, mendakwa jijik untuk menggunakan bangku di luar pasar terbabit kerana kebanyakannya dikotori dengan pelbagai sampah-sarap.


Menurutnya, ramai pengunjung yang membeli minuman dan makanan ringan membuang sampah di kawasan bangku itu.


"Banyak tong sampah disediakan, tetapi pengunjung lebih rela mengambil jalan mudah dengan membuang sampah merata-rata sehingga mengotorkan bangku itu.

''Mereka tidak sedar kepentingan menjaga kebersihan terutama di tempat tumpuan awam," katanya ketika ditemui di pasar berkenaan, semalam.


Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh yang dihubungi turut kesal dengan sikap pengunjung tidak bertanggungjawab mencemarkan kebersihan Pasar Besar Kedai Payang.

Menurutnya, MBKT menyediakan beberapa tong sampah berhampiran bangku berkenaan untuk memudahkan pengunjung menjaga kebersihan persekitaran kawasan itu.


Kosmo Online

Kosmo Online


Teknikal, vokasional kerjaya penting

Posted:

Teknikal, vokasional kerjaya penting

30/06/2012 3:18pm

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, pemikiran mengenai kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional yang sering menjadi pilihan terakhir oleh graduan perlu diubah.

Beliau berkata, menjelang tahun 2020, negara akan menjana 3.3 juta peluang pekerjaan dengan 40 peratus daripadanya adalah dalam bidang teknikal dan vokasional.

Katanya, bidang berkenaan yang sentiasa diberi penambahbaikan oleh kerajaan seiring dengan perkembangan teknologi tidak sepatutnya dianggap kurang penting hanya kerana dilabel sebagai kerjaya tidak terkenal.

"Cabaran kini adalah untuk mengubah corak berfikir rakyat Malaysia yang masih meletakkan bidang kemahiran ini sebagai pilihan terakhir untuk anak-anak mereka.

"Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sedang berusaha menarik minat graduan untuk menceburi kerjaya dalam bidang teknikal dan vokasional," katanya ketika berucap merasmikan pameran kerjaya "Graduan Aspire 2012" di sini hari ini.

Pameran dua hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu dijangka menarik lebih 15,000 graduan di seluruh negara. - BERNAMA

Raja Permaisuri Agong rasmi Floria 2012

Posted:

Raja Permaisuri Agong rasmi Floria 2012

30/06/2012 3:01pm

PUTRAJAYA - Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyempurnakan majlis perasmian Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2012.

Baginda turut meluangkan masa kira-kira sejam setengah untuk melawat kawasan pameran termasuk taman-taman pameran yang dikendalikan oleh kementerian dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Perbadanan Putrajaya.

Lawatan baginda berakhir di kawasan pavilion yang menempatkan pameran pelbagai gubahan bunga yang menarik dan berwarna-warni yang disertai oleh peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari China, Hong Kong, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, festival bertemakan Bunga Kertas-Tetap Menawan itu dijadualkan berlangsung di Persisiran Tasik Presint 2 di sini selama sembilan hari.

Lebih 400,000 pokok dari pelbagai spesis dan kultivar bunga-bungaan dan tanaman hiasan dari kawasan tropika dan sub-tropika dihimpunkan sepanjang tempoh pameran. - BERNAMA

Ditipu RM20,000 kerana mahu bebaskan abang

Posted:

Ditipu RM20,000 kerana mahu bebaskan abang

30/06/2012 2:58pm

IPOH - Seorang wanita mendakwa membayar wang ikat jamin RM20,000 kepada seorang pegawai polis bagi membebaskan abangnya yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kerana disyaki terbabit dalam kes dadah.

T.Rajani, 26, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di sini mendakwa, beliau diarah oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai 'Inspektor Faiz' supaya memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun yang dikatakan milik seorang anggota polis dikenali sebagai 'Subramaniam'.

"Bagaimanapun selepas memasukkan wang ke akaun berkenaan, abang saya tidak dibebaskan sebaliknya dihantar ke Penjara Taiping dan 'Inspektor' berkenaan gagal dihubungi selepas itu," katanya.

Menceritakan kejadian itu, Rajani mendakwa pada 18 Jun beliau dihubungi seorang lelaki yang hanya di kenali sebagai 'Inspektor Faiz' yang memintanya hadir ke balai polis Ipoh dan membawa wang tunai untuk bayaran wang jamin, 10 paket milo dan pakaian bagi membebaskan abangnya yang berusia 29 tahun. - BERNAMA

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Gunakan tempoh mandat untuk yakinkan rakyat kebolehan BN: Tun M

Posted: 30 Jun 2012 01:51 AM PDT

Mutakhir

TAIPING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menggunakan tempoh mandat yang ada untuk memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kebolehan serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya terhadap rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata keputusan Najib yang menghormati mandat lima tahun diberi rakyat untuk mentadbir negara sebelum mengadakan pilihan raya umum adalah sesuatu yang lebih baik.

"Tetapi ada kemungkinan pula, jika kerajaan beri masa yang panjang (sebelum mengadakan pilihan raya umum), desakan dan tuntutan yang bukan-bukan terhadap kerajaan akan bertambah dan mereka akan mengugut kerajaan, jika tidak bagi ini, mereka tidak akan sokong," katanya. Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) kebangsaan kali ke-51 di sini hari ini.

Semalam, Najib berkata tidak timbul soal BN kurang yakin menghadapi pilihan raya umum akan datang berikutan dakwaan pembangkang yang beliau sengaja melambatkan tarikh pilihan raya.

Presiden Umno merangkap Pengerusi BN itu menegaskan, BN diberi mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun bagi memperlihatkan kemampuan memimpin dan mentadbir negara serta membawa kemajuan dan membela untung nasib rakyat.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata pandangannya mengenai kemenangan calon BN ditentukan oleh pengundi Cina dibuat berdasarkan kebenaran, bukan sentimen atau faktor lain.
"Dulu kita dapat sokongan daripada pengundi Cina yang menyebakan kita (BN) menang. Apabila orang Melayu berpecah dua, yang menentukan siapa menang adalah orang Cina. Apabila orang Cina berpecah dua, yang tentukan siapa menang adalah orang Melayu.

"Jadi dalam bandar yang mana jumlah orang Cina ramai dan mereka berpecah dua, maka orang Melayi yang akan tentukan. Di kawasan orang Melayu ramai dan berpecah, sekarang ini berpecah tiga, jadi undi orang Cina yang tentukan siapa menang," katanya.

Mengenai dakwaan bahawa BN menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan sokongan rakyat, Dr Mahathir berkata kos hidup rakyat semakin meningkat dan ini menjejaskan terutama kepada kehidupan golongan miskin.

Bagaimanapun, katanya bantuan wang tunai yang diberi oleh kerajaan BN bagi menyokong kehidupan rakyat untuk membeli seperti keperluan harian dan buku, sampai terus kepada rakyat yang benar-benar memerlukan dan tidak sewajarnya dianggap sebagai cubaan merasuah rakyat.

Menjawab soalan tentang dakwaan bantuan kerajaan menerusi pemberian wang kepada rakyat itu boleh membawa negara kepada muflis, Dr Mahathir yakin Najib mempunyai penasihat kewangan dalam menyalurkan bantuan itu. - BERNAMA


SUHAKAM mula siasatan awam terhadap perhimpunan Bersih 3.0 Khamis ini

Posted: 30 Jun 2012 01:48 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memulakan siasatan awam Khamis ini terhadap insiden semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul, berkata terma rujukan untuk siasatan awam itu ialah bagi menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan berkenaan.

"Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, siasatan awam akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut serta individu atau agensi yang bertanggungjawab. "Selain itu siasatan awam akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran itu tidak berulang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehingga 21 Jun lalu, Suhakam telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang diterima daripada orang awam dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video serta telah mengenal pasti saksi-saksi, katanya.

Rodziah berkata Suhakam juga sedang menunggu maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menemu bual anggotanya yang bertugas semasa perhimpunan berkenaan.

"Keputusan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa semasa dan selepas perhimpunan dibuat selepas mengambil kira pemantauan suruhanjaya dan beberapa faktor lain yang berkaitan.
"Ini termasuk penyerahan aduan, laporan dan memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional serta kumpulan masyarakat sivil yang lain kepada suruhanjaya yang menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan," katanya.

Panel siasatan itu akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee, katanya. - BERNAMA


Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


‘Hanya fikir anak yatim’

Posted: 29 Jun 2012 02:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Sebaik ternampak asap hitam berkepul dari bangunan sekolah, saya segera berlari ke tempat kejadian kerana risau memikirkan keselamatan anak-anak yatim yang sedang mengikuti pembelajaran ketika itu," kata Pengetua Pusat Jagaan Lambaian Kasih (PJLK), Ismail Abdul Rahman, menceritakan detik cemas kebakaran membabitkan pusat jagaan itu di Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, 70 anak yatim berusia enam hingga 12 tahun serta lima guru wanita nyaris maut apabila bangunan sekolah berusia lebih 10 tahun dan menempatkan lapan kelas, pantri, surau serta pejabat hangus terbakar.


Menurut Ismail, ketika kejadian dia di pejabat asrama perempuan kira-kira 300 meter dari bangunan sekolah yang terbakar apabila ternampak asap hitam sebelum bergegas lari.

"Tanpa berlengah, saya terus berlari ke tempat kejadian kerana bimbang memikirkan nasib 70 anak yatim berkenaan sama ada mereka selamat atau terperangkap dalam kebakaran.


"Ini kerana, pusat jagaan sama pernah terbakar kira-kira empat tahun lalu sehingga menyebabkan dua anak yatim terkorban," katanya.


"Saya cuba memadam api dengan menyembur air dengan salur getah. Namun, tidak berhasil berikutan tekanan air rendah sebelum jentera bomba dan penyelamat tiba.

"Api semakin marak membakar bangunan sekolah diperbuat daripada papan, menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan barangan seperti komputer dan buku teks pelajar serta dokumen penting," katanya.


"Kami hanya mampu melihat api membakar bangunan tanpa dapat berbuat apa-apa, manakala anak-anak yatim pula menangis ketakutan," katanya.

Menurut Ismail, walaupun menanggung kerugian, dia bersyukur semua anak yatim berkenaan termasuk guru mereka selamat.


"Kerugian dianggarkan kira-kira RM200,000 dan disebabkan kejadian ini mereka hilang tempat menimba ilmu," katanya.


Sehubungan itu, Ismail merayu orang ramai yang bersimpati dengan nasib anak yatim berkenaan supaya menghulur sumbangan dengan menghubungi talian 016-2090205 atau layari laman web www.lambaiankasih.com. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Armdan Mahat berkata, tiga jentera termasuk dari Sri Hartamas dan Damansara dengan 22 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.25 petang.


Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, api marak dengan 80 peratus bangunan sekolah itu terbakar sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.


"Kebakaran berlaku ketika anak yatim berkenaan sedang bergerak ke surau berhampiran untuk menunaikan solat Asar apabila mereka ternampak percikan api dan asap keluar dari satu daripada empat kelas di tingkat dua bangunan sekolah itu," katanya.


‘Hanya fikir anak yatim’

Posted: 29 Jun 2012 02:14 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Sebaik ternampak asap hitam berkepul dari bangunan sekolah, saya segera berlari ke tempat kejadian kerana risau memikirkan keselamatan anak-anak yatim yang sedang mengikuti pembelajaran ketika itu," kata Pengetua Pusat Jagaan Lambaian Kasih (PJLK), Ismail Abdul Rahman, menceritakan detik cemas kebakaran membabitkan pusat jagaan itu di Kampung Sungai Penchala, Jalan Damansara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, 70 anak yatim berusia enam hingga 12 tahun serta lima guru wanita nyaris maut apabila bangunan sekolah berusia lebih 10 tahun dan menempatkan lapan kelas, pantri, surau serta pejabat hangus terbakar.


Menurut Ismail, ketika kejadian dia di pejabat asrama perempuan kira-kira 300 meter dari bangunan sekolah yang terbakar apabila ternampak asap hitam sebelum bergegas lari.

"Tanpa berlengah, saya terus berlari ke tempat kejadian kerana bimbang memikirkan nasib 70 anak yatim berkenaan sama ada mereka selamat atau terperangkap dalam kebakaran.


"Ini kerana, pusat jagaan sama pernah terbakar kira-kira empat tahun lalu sehingga menyebabkan dua anak yatim terkorban," katanya.


"Saya cuba memadam api dengan menyembur air dengan salur getah. Namun, tidak berhasil berikutan tekanan air rendah sebelum jentera bomba dan penyelamat tiba.

"Api semakin marak membakar bangunan sekolah diperbuat daripada papan, menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan barangan seperti komputer dan buku teks pelajar serta dokumen penting," katanya.


"Kami hanya mampu melihat api membakar bangunan tanpa dapat berbuat apa-apa, manakala anak-anak yatim pula menangis ketakutan," katanya.

Menurut Ismail, walaupun menanggung kerugian, dia bersyukur semua anak yatim berkenaan termasuk guru mereka selamat.


"Kerugian dianggarkan kira-kira RM200,000 dan disebabkan kejadian ini mereka hilang tempat menimba ilmu," katanya.


Sehubungan itu, Ismail merayu orang ramai yang bersimpati dengan nasib anak yatim berkenaan supaya menghulur sumbangan dengan menghubungi talian 016-2090205 atau layari laman web www.lambaiankasih.com. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Armdan Mahat berkata, tiga jentera termasuk dari Sri Hartamas dan Damansara dengan 22 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.25 petang.


Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, api marak dengan 80 peratus bangunan sekolah itu terbakar sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam.


"Kebakaran berlaku ketika anak yatim berkenaan sedang bergerak ke surau berhampiran untuk menunaikan solat Asar apabila mereka ternampak percikan api dan asap keluar dari satu daripada empat kelas di tingkat dua bangunan sekolah itu," katanya.


Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Bahana bisnes dosa

Posted: 29 Jun 2012 02:47 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya kini ibarat sebatang kara selepas ditinggalkan ibu di rumah anak yatim manakala dua abang terpaksa bersembunyi di Seremban dan Kajang mendapatkan perlindungan sejurus dua ceti haram memburu kami sekeluarga.

"Semua kejadian berpunca daripada kegagalan ibu melangsaikan pinjaman ceti sebanyak RM50,000 selepas membuka perniagaan rumah urut.

"Kesannya, hidup saya kini terumbang-ambing tanpa arah tuju selain terpaksa mengorbankan alam persekolahan," kata remaja, Musliha, 16, yang menjadi mangsa buruan ceti haram bersama dua lagi abangnya berusia 20 dan 18 tahun.

Mendedahkan perkara itu, Musliha berkata, pada 2010, ibunya yang berusia 40 tahun dan berpengalaman selama 15 tahun sebagai tukang urut merancang membuka perniagaan pusat urut bersama ibu saudaranya dengan meminjam wang daripada ceti sebanyak RM30,000.


Katanya, selepas pinjaman dilulus, pusat urut diimpikan akhirnya ditubuhkan di sebuah kawasan di Kajang, namun tidak sampai dua bulan beroperasi, ia diserbu pihak berkuasa dan ditutup.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ditakdir bercinta

Posted: 29 Jun 2012 02:47 PM PDT

PUTRAJAYA: Pertemuan singkat di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah pada 14 Februari lalu adalah petanda jodoh antara pengacara dan pelakon jelita, Irma Hasmie Ibrahim, 30, bersama jejaka pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan, 31.

Pasangan merpati dua sejoli itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad di dewan persidangan Perbadanan Putrajaya tepat jam 4.55 petang di sini, semalam.


Tampan dan cantik menggayakan busana berwarna putih, dengan sekali lafaz Irma menjadi milik Redza. Pada majlis pernikahan yang berlangsung serba meriah itu, Redza turut membawa 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang daripada pengantin perempuan.

Ketika ditemui selepas majlis selesai, Irma berkata dia dan Redza ditakdirkan bercinta selepas mereka disatukan sebagai suami dan isteri. Katanya, dia tidak pernah menyangka jodohnya sepantas ini. Apatah lagi, pertemuan dia dan Redza pula berlaku di tempat baik dan ketika mengerjakan umrah.


"Perasaan saya sekarang sangat gembira kerana ditentukan Allah bertemu jodoh dengan Redza. Saya akui sangat teruja melalui percintaan selepas kahwin.


"Redza berjaya menawan hati saya dengan sikapnya yang penyayang, bertanggungjawab dan amat disenangi. Saya berasa sangat selesa sepanjang berada di sisinya kerana dia seorang yang tenang," katanya.

Menurut Irma, kini jadual hidupnya sudah berubah dan dia akan berusaha menjadi isteri yang baik buat Redza. Malah, katanya, biarpun suami masih memberi kebebasan padanya untuk terus bekerja, tetapi keluarga adalah perkara utama. Sementara itu, Redza berkata, dia memang sudah mengenali Irma sebagai seorang artis. Namun, pertemuan di Tanah Suci itu sudah cukup membuat hatinya terbuka untuk menjadikan Irma sebagai teman hidup. Katanya, Irma seorang wanita yang baik, bertanggungjawab dan penyayang.


"Malah, saya juga tertawan dengan Irma kerana sikapnya yang menghormati orang tua. Hubungan dia dengan keluarga juga sangat rapat dan membuatkan saya yakin untuk memperisterikannya.

"Saya percaya dia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, saya takkan menghalang Irma daripada meneruskan karier seni diceburinya. Saya akan sentiasa memberikan sokongan kepadanya," katanya.


Di majlis bersejarah itu, Irma turut menerima cincin perkahwinan, wang hantaran sebanyak RM33,333,33 serta mas kahwin RM2,200. Majlis resepsi akan dilangsungkan esok di dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).


Jumaat, 29 Jun 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


FOMCA sedia manifesto kepada parti politik

Posted: 29 Jun 2012 02:44 PM PDT

Nasional

N Marimuthu, Presiden FOMCA

N Marimuthu, Presiden FOMCA

Persatuan tuntut hak pengguna terus dilindungi

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), semalam melancarkan Manifesto Tuntutan Pengguna mengandungi lapan perkara kepada semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Lapan tuntutan yang turut ditujukan kepada bakal Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri itu adalah meminta pihak berkenaan memastikan perlindungan bersepadu dan menyeluruh mengenai kepentingan pengguna.

Tuntutan itu mewakili suara pengguna bagi memastikan bakal wakil rakyat memperjuangkan isu dan masalah yang dihadapi masyarakat ketika ini. - N Marimuthu, Presiden FOMCA

Tuntutan berkenaan adalah hak mendapat keperluan asas, hak mendapat keselamatan, hak mendapat pilihan, hak mendapat maklumat, hak bersuara, hak mendapat ganti rugi, hak mendapat pendidikan pengguna dan hak mendapat hidup dalam alam sekitar yang sihat serta selamat.

Presidennya, Datuk N Marimuthu, berkata tuntutan itu mewakili suara pengguna bagi memastikan bakal wakil rakyat memperjuangkan isu dan masalah yang dihadapi masyarakat ketika ini.

Semua tuntutan itu sejajar dengan Garis Panduan Perlindungan Pengguna Bangsa-Bangsa Bersatu, 1985 yang dikenal pasti masyarakat dunia dan pergerakan pengguna. Manifesto itu hasil kajian FOMCA pada 2009 hingga 2010 yang membawa kepada lapan hak pengguna yang menjadi tumpuan utama rakyat.

"Antara tuntutan di bawah hak mendapat keperluan asas adalah mengenai kenaikan harga barang. Bagi menanganinya, FOMCA mencadangkan kerajaan memperuntukkan pelaburan lebih tinggi dalam sektor pertanian.
"Mengenai pengangkutan awam yang diletakkan di bawah hak keperluan asas, kerajaan diminta lebih serius menambah baik sistem pengangkutan awam bukan saja di Lembah Klang, malah ke seluruh negara," katanya.

Selain itu, Marimuthu berkata, satu jabatan kepenggunaan perlu diwujudkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memastikan pendekatan serta tumpuan menyeluruh diberikan berhubung isu pengguna.

"Pada masa ini, isu pengguna diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tetapi ia tidak memadai. Ia perlu diletakkan di bawah seliaan Perdana Menteri sendiri kerana banyak isu pengguna ada kaitan dengan perkara asas masyarakat serta mencakupi pelbagai kementerian," katanya.


Kaji graduan tidak dapat kerja setimpal

Posted: 29 Jun 2012 02:42 PM PDT

Nasional

MOHAMED Khaled beramah mesra dengan pengunjung di tapak pameran Media Prima Berhad pada Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

MOHAMED Khaled beramah mesra dengan pengunjung di tapak pameran Media Prima Berhad pada Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji isu graduan yang tidak mendapat pekerjaan setaraf dengan kelulusan mereka.

Kajian itu juga untuk mengetahui sama ada graduan memperoleh pendapatan setimpal dengan kursus dipelajari ketika menuntut di institut pengajian tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata melalui kajian itu, pihaknya boleh mengetahui berapa peratus graduan yang memperoleh pekerjaan sesuai dengan kelulusan mereka. "Kita mahu tahu adakah graduan bekerja berdasarkan kelulusan yang diperoleh. Selain itu, kita juga mahu tahu sejauh mana syarikat akan menawarkan pekerjaan kepada graduan selepas mereka menjalani latihan praktikal.

"Apakah penyelesaian kepada semua masalah ini hanya akan diketahui apabila kajian disiapkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr Hou Kok Chung dan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ab Rahim Md Noor.

Karnival anjuran KPT dengan kerjasama Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM) dan Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad (KOSISMA) itu disertai 150 pempamer daripada agensi kerajaan dan sektor swasta menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dan keusahawanan.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, usaha perlu diambil untuk meningkatkan penyertaan graduan dalam bidang keusahawanan kerana ketika ini hanya satu peratus atau 1,034 graduan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), politeknik dan kolej komuniti daripada 180,000 yang menamatkan pengajian tahun lalu menceburi bidang perniagaan.

"Mereka perlu memilih bidang ini kerana ia bukan saja mengurangkan kadar pengangguran, malah membantu kita (kerajaan) mewujudkan peluang pekerjaan," katanya menggesa IPTA menerapkan nilai keusahawanan di kalangan pelajar yang menunjukkan minat dalam perniagaan.

Ditanya mengenai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan penggantungan pengajiannya selama tiga semester, Mohamed Khaled berkata, ia terpulang kepada mahkamah untuk menentukan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Rayuan Tatatertib UPSI.


Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Dibunuh angkara tolak lamaran

Posted:

Dibunuh angkara tolak lamaran

Oleh NOR SHAFAWATI YUP dan FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
berita@kosmo.com.my

MAYAT Yoga ditutup dengan plastik di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Selangor selepas dibakar malam kelmarin.


AMPANG JAYA - Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin.

Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus.

Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api.

"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bahana Euro 2012

Posted:

Bahana Euro 2012

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

ORANG ramai berkumpul di sebuah restoran di Kuching, Sarawak yang menyediakan skrin besar yang menayangkan salah satu siaran langsung Euro 2012 - Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR - Simptom yang dikaitkan dengan Euro 2012 amat ketara dengan meningkatnya desakan untuk bertaruh dan berjudi, lebih banyak cuti sakit, ponteng dan ramai yang lewat ke tempat kerja.

JobStreet.com dalam kenyataan yang dibuatnya berdasarkan satu penyelidikan memberitahu, banyak aktiviti telah dapat dikesan di pejabat sepanjang musim demam bola sepak, yang akan berakhir hujung minggu ini.

Antara yang paling menonjol - judi dan pertaruhan membabitkan wang ringgit.

"Tiga syarikat telah dapat mengesan aktiviti perjudian di kalangan pekerja," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Saham FGV naik lagi dua sen

Posted:

Saham FGV naik lagi dua sen

KUALA LUMPUR - Harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) ditutup pada harga RM5.32 semalam, melonjak lagi dua sen berbanding harga semasa dibuka pada sebelah pagi.

Saham FGV juga tersenarai sebagai antara saham paling aktif di Bursa Malaysia dengan 381,876 unit saham didagangkan semalam.

Sementara itu, Ketua Inter-Pacific Research, Pong Teng Siew berkata, dagangan menyaksikan saham FGV turun dua sen pada sebelah pagi berikutan pengambilan untung berlaku selepas dagangan sulung yang memberangsangkan kelmarin.

"Sesetengah pelabur akan berharapkan pada jangkaan keuntungan segera selepas penyenaraian yang membawa kepada pengambilan untung dan itulah apa yang kami lihat semalam," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Nilai Felda Global melonjak

Posted: 28 Jun 2012 03:29 PM PDT

MukaDepan

SEBAHAGIAN peneroka FELDA Ulu Tebrau melihat kenaikan premium selepas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menerusi dalam talian di pejabat FELDA Ulu Tebrau, semalam.

SEBAHAGIAN peneroka FELDA Ulu Tebrau melihat kenaikan premium selepas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia menerusi dalam talian di pejabat FELDA Ulu Tebrau, semalam.

Saham FGV paling aktif, untung dengan RM1.4 bilion urus niaga hari pertama

KUALA LUMPUR: Hari pertama penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia, semalam menyaksikan nilai syarikat komersial FELDA itu melonjak RM2.73 bilion.

Ini sekali gus membuktikan kejayaan usaha kerajaan meningkatkan nilai aset FELDA, skim yang ditubuhkan lebih 50 tahun lalu bagi menaikkan taraf hidup rakyat miskin luar bandar.

Berdasarkan harga penutup RM5.30 sesaham semalam, nilai modal pasaran FGV adalah RM19.3 bilion. Ini berbanding RM16.6 bilion berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 sesaham. Ia meletakkan syarikat itu di kalangan 15 syarikat senaraian awam terbesar negara dari segi nilai modal pasaran yang kini diterajui Malayan Banking Bhd (RM64.9 bilion) dan Sime Darby Bhd (RM57.7 bilion). IPO FGV yang meraih RM10.4 bilion adalah yang ketiga terbesar di Malaysia setakat ini dan kedua terbesar di dunia bagi tahun ini selepas Facebook.

Di sebalik beberapa berita negatif yang menyelubungi FGV menjelang penyenaraiannya, saham syarikat itu membuat kemunculan sulung memberangsangkan apabila dibuka pada RM5.39 sesaham, naik 84 sen atau 18.46 peratus daripada harga IPO.

Dalam 30 minit pertama urus niaga, harga sahamnya mencecah paras tertinggi RM5.46, dan kekal melebihi RM5 sesaham pada sesi dagangan petang, sebelum ditutup pada RM5.30, naik 75 sen atau 16 peratus.

FGV juga muncul kaunter paling aktif dan paling untung di Bursa Malaysia dengan sejumlah 2.615 juta saham bernilai RM1.4 bilion diurusniagakan.
Penganalisis yang dihubungi yakin saham FGV akan terus mendapat sokongan pelabur walaupun pasaran global ketika ini masih tidak menentu, kesan daripada krisis hutang di negara Kesatuan Eropah.

Ketua Penyelidik Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata kenaikan 84 sen FGV pada minit pertama dagangan sahamnya adalah isyarat jelas pelabur sama sekali tidak teragak-agak untuk melabur dalam syarikat itu.

Prospek harga saham FGV amat cerah. Kami menjangkakan ia mudah untuk mencecah RM5.53 sesaham dan seterusnya melonjak ke paras RM6 sesaham sebelum akhir tahun ini, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Abdul Samad, berkata penyenaraian FGV menandakan permulaan kepada transformasi syarikat daripada jaguh kampung kepada konglomerat multinasional terkemuka.

Justeru, bersandarkan prospek pengembangan perniagaan dalam dan luar negara, saya nasihatkan peneroka tidak menjual saham mereka. Sebaliknya, jika ada duit lebih, beli dan tambah lagi, katanya selepas majlis penyenaraian FGV.

Presiden Kumpulan FGV, Datuk Sabri Ahmad pula menyifatkan harga pembukaan berkenaan adalah dalam jangkaan berdasarkan permintaan kukuh serta jumlah lebihan langganan saham yang diterima syarikat itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab menjaga FELDA, berkata kejayaan penyenaraian FGV secara tidak langsung memperlihatkan daya tahan bursa saham tempatan, sekali gus membuktikan pasaran IPO di negara ini kekal kukuh.

Permulaan yang baik ini juga menunjukkan keteguhan ekonomi ASEAN berbanding bahagian dunia yang lain, katanya.

Beliau berkata, penyenaraian FGV bukan saja memberikan sumber pendapatan baru untuk peneroka, malah peluang kepada semua kumpulan masyarakat untuk terbabit dalam perniagaannya serta menikmati pulangan daripadanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Warong Pok Kob Balok

syukur lah peneroka felda... gunalah duit untung sebaik mungkin

sri siantan

wow! kelas gitu.


Jurulatih pertama kena penjara rasuah bola sepak

Posted: 28 Jun 2012 03:25 PM PDT

MukaDepan

Yusarman Yusof

Yusarman Yusof

SEREMBAN: Bekas pengendali skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof, menjadi jurulatih pertama di negara ini dipenjara selepas didapati bersalah mengatur perlawanan, tahun lalu.

Dia dihukum penjara 15 bulan dan denda RM200,000 selepas disabitkan kesalahan terhadap 20 daripada 21 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Datin Nursinah Adzmi mengarahkan tertuduh dihukum penjara 15 bulan dan denda RM10,000 bagi setiap 20 pertuduhan dengan semua hukuman penjara berjalan serentak. Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan Yusarman, 36, tidak bersalah bagi pertuduhan ke-10 kerana wang yang diberinya kepada seorang pemain dianggap sebagai pinjaman.

Nursinah berkata, hukuman dijatuhkan selepas mahkamah menimbangkan rayuan peguam bela dan mengambil kira jasa tertuduh dalam sukan bola sepak negara.

Tertuduh berjasa kepada negara kerana pembabitannya dalam sukan bola sepak, selain ia kesalahan pertama. Bagaimanapun, kesalahannya jelas dan mahkamah perlu mematuhi undang-undang, katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya P Sevan meminta mahkamah mengenakan hukuman berat, sekurang-kurang dua tahun penjara dan denda. Bagaimanapun, Raftfizi Zainal Abidin yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengurangkan denda kerana anak guamnya mempunyai anak dan tiada pekerjaan tetap.

Hakim membenarkan hukuman ditangguhkan hingga rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi dan mengekalkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Yusarman ketika dihubungi berkata, beliau akan merayu di Mahkamah Tinggi.

Yusarman yang digantung seumur hidup daripada terbabit dalam bidang bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Februari lalu, mengaku hanya mempunyai kemahiran dalam bidang berkaitan bola sepak. Beliau kini mencari rezeki dengan menoreh getah di kampung.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen