Rabu, 26 Januari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Kolam terbiar punca pelajar SMK Seri Sepang dirasuk?

Posted:

Kolam terbiar punca pelajar SMK Seri Sepang dirasuk?

Kolam terbiar punca pelajar SMK Seri Sepang dirasuk?

SEPANG 25 Jan. - Beberapa siri serangan histeria yang dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi dekat sini mencetuskan kebimbangan dan ketakutan di kalangan pelajar dan guru sekolah terbabit.

Dikatakan kewujudan sebuah kolam terbiar dalam kawasan sekolah yang telah ditimbus kira-kira dua tahun lepas sebagai punca berlakunya dua kes kerasukan berturut-turut melibatkan pelajar.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah itu tengah hari ini menemui seorang pelajar perempuan tingkatan satu sesi petang yang tiba-tiba menangis kerana takutkan sesuatu.

Dia mendakwa melihat kelibat mengerikan sedang berlegar-legar di kawasan sekolah tersebut.

Seorang guru di sekolah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, kejadian seperti itu bukan pertama kali berlaku malah sejak akhir-akhir ini semakin kerap terjadi hingga terdapat kejadian pelajar perempuan yang cuba membunuh diri.

Menurutnya, pelajar perempuan yang kerasukan itu meracau dan menghemburkan kata-kata kesat serta menuduh salah seorang pelajar sekolah itu memijak dan membunuh anaknya.

"Kejadian pada Jumaat lepas berlaku kira-kira jam 9 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga tiba-tiba berlari dan memanjat bangunan sekolah serta cuba melompat dari tingkat tiga sebelum berjaya dipujuk dan diselamatkan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

"Tetapi kejadian yang berlaku pagi Jumaat itu tidak berhenti di situ saja. Semalam sahaja, seramai 10 pelajar sesi petang sekolah ini pula telah dirasuk hingga menyebabkan waktu tamat sesi persekolahan terpaksa diawalkan bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk," katanya.

Tambahnya, pihak sekolah juga telah berusaha untuk menghalau makhluk halus terbabit dengan memanggil beberapa pengamal perubatan Islam dan alternatif.

Namun sehingga petang ini masih belum terdapat tanda-tanda positif.

"Kami sudah memanggil beberapa orang yang mahir untuk menghalau makhluk halus ini tapi sampai sekarang belum ada tanda-tanda berjaya.

"Tetapi apa yang dimaklumkan kepada kami ialah tempat ini memang kawasan 'mereka', jadi memang tidak boleh dibuat apa-apa," ujarnya.

Sementara itu, pengetua sekolah, Faridah Che Hussein enggan memberi komen tentang kejadian itu dan meminta isu tersebut diulas oleh Pengarah Pelajaran.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Malaysia atasi AS, duduki ranking ke-27 Indeks Globalisasi Ernst & Young 2010

Posted:

Malaysia atasi AS, duduki ranking ke-27 Indeks Globalisasi Ernst & Young 2010

Malaysia atasi AS, duduki ranking ke-27 Indeks Globalisasi Ernst & Young 2010

SINGAPURA 25 Jan. - Malaysia meningkatkan kedudukan globalnya dalam Indeks Globalisasi Ernst & Young 2010 apabila menduduki tempat ke-27, di belakang Australia namun mengatasi Amerika Syarikat.

Dalam Indeks 2009, Malaysia berada di tangga ke-33.

Indeks itu mengukur 60 ekonomi terbesar mengikut tahap globalisasi yang berkaitan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masing-masing.

Indeks Globalisasi yang meliputi tempoh 1995 hingga 2014, mempunyai lima kriteria melibatkan keterbukaan perdagangan, pergerakan modal, pertukaran teknologi dan idea, pergerakan buruh dan integrasi budaya.

Malaysia, walaupun menduduki tempat ke-27, mempunyai skor komposit keseluruhan 4.43, angka yang sama dengan Australia, yang menduduki tempat ke-26, manakala Amerika Syarikat yang menduduki kedudukan ke-28, memperoleh skor 4.41.

Pada 2009, skor komposit Malaysia ialah 3.89.

Indeks yang disiarkan oleh Ernst & Young hari ini menunjukkan Malaysia, dalam skor satu hingga 10, memperoleh 6.2 bagi keterbukaan perdagangan dan 5.04 untuk pergerakan modal.

Ia mencatat 4.13 untuk integrasi kebudayaan namun bagi pergerakan buruh, angkanya hanya 3.37 dan 3.16 untuk pertukaran teknologi dan idea.

Singapura (6.78) menduduki tempat ketiga selepas Hong Kong (7.48) dan Ireland (7.34).

Thailand pula menduduki tempat ke-37 dengan memperoleh skor 3.37, Filipina tempat ke-38 dengan 3.74, dan Indonesia di tangga ke-56 dengan 3.0.

Ernst & Young juga berkata, 60 ekonomi itu akan terus berkembang kukuh di peringkat global antara sekarang dan 2014, dipacu oleh pemulihan ekonomi dunia yang berterusan, inovasi teknologi serta kemunculan pasaran membangun. - BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lihat kenyataan secara positif - Zam

Posted:

Lihat kenyataan secara positif - Zam

Lihat kenyataan secara positif - Zam

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sebenarnya dilihat mencabar komuniti Islam khususnya Melayu Singapura supaya tidak memilih jalan yang akhirnya menyebabkan mereka terasing dan terpinggir dari arus perdana negara itu.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, Singapura memerlukan penduduk Islam yang moden, berkualiti global, dinamik dan memahami Islam sebagai agama yang sesuai sepanjang zaman.

Justeru beliau yang juga Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, orang Melayu dan Islam tidak seharusnya melenting dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Singapura itu supaya mereka tidak terlalu berpegang kepada ajaran Islam.

''Pandangan yang terus terang dari Kuan Yew ini harus dilihat dari sudut positif terhadap keperluan kepada komuniti Melayu dan Islam yang progresif dan dinamik dalam masyarakat kosmopolitan dan kompetitif negara maju Singapura," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainuddin mengulas kenyataan Kuan Yew menerusi buku Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang menggesa umat Islam di republik itu supaya tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi.

Zainuddin menambah, kenyataan Kuan Yew itu merupakan permintaan beliau kepada orang Melayu Singapura supaya tidak menerima ajaran Islam secara membuta tuli.

Sebaliknya kata beliau, Kuan Yew mahu orang Melayu Singapura menolak ajaran yang bersifat jumud, karut dan terlalu keras dan tidak bersifat pengajaran serta tuntutan Islam sebenar.

Katanya lagi, sikap itu seperti ditegaskan Kuan Yew timbul selepas berlakunya kebangkitan Islam yang juga telah mempengaruhi sikap parti politik Islam dan sesetengah pelajar Islam di Malaysia.

Sehinggakan pada satu masa tambah beliau, keadaan itu menyukarkan mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat lain dan sesama Islam.

''Antaranya seperti tidak boleh berjabat tangan antara lelaki dan perempuan, doktor wanita tidak boleh memegang pesakit lelaki dan sebagainya.

''Malah, pada suatu masa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menolak hiburan," kata beliau.

Zainuddin menambah, masyarakat Melayu Islam seperti itu juga wujud di Singapura hari ini dan mereka amat mudah menerima ajaran Islam yang bersifat tahyul.

Antaranya kata beliau, mereka yang percaya memakan kismis yang dijampi untuk penerang hati, membaca buku agama yang dogmatik, memakan ubat-ubatan dan memakai perubatan yang tidak saintifik.

Malah katanya, mereka juga mudah menerima pensyarah agama dari Malaysia dan Indonesia yang bersifat retorik dan dogmatik.

''Semua ini menampakkan sikap penyerahan diri, malas berusaha dan tidak sanggup bersaing yang amat merbahaya terutama kepada masyarakat Islam yang terpaksa hidup tanpa "perlindungan dan keistimewaan" dalam masyarakat moden Singapura yang mengutamakan pelajaran tinggi dan kualiti cemerlang dari anggota masyarakatnya," jelas beliau.

Katanya lagi, kesilapan Kuan Yew yang tidak pernah mempedulikan sensitiviti semua orang termasuk kaumnya sendiri ialah kerana berterus terang dan terus kepada maksudnya yang menimbulkan salam faham.

Ini juga tambah beliau, pernah disuarakan oleh pemimpin pemimpin Islam Malaysia yang mendapat pendidikan Barat seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Keadaan itu tambah Zainuddin, menyebabkan mereka dimusuhi dan ditolak oleh golongan Islam yang jumud dan kolot di Malaysia, dikafirkan dan dianggap tidak Islamik, sesat, berkepala Barat dan pelbagai lagi.

''Oleh kerana proses kemajuan akhirnya sikap golongan jumud ini dilihat sebagai talam dua muka (dwi standard), hipokrasi dan sebagainya apabila mereka yang melarang orang perempuan bertanding dalam pilihan raya atau berjabat dengan bukan muhrim telah menjilat ludah sendiri kerana kepentingan duniawi," kata beliau.

Zainuddin turut menjelaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempromosikan "Kesederhanaan Dalam Islam" mungkin dapat membantu rakan sejawatnya atau pemimpin-pemimpin muda Singapura menerusi mekanisme kerajaan bagi membentuk generasi Islam Singapura yang berfikiran terbuka dan mengutamakan pelajaran.

Ini ujar beliau, bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan kepada integrasi dan pembangunan Singapura.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan