Sabtu, 29 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Terengganu FM dalam dunia persaingan

Posted:

Terengganu FM dalam dunia persaingan

Terengganu FM dalam dunia persaingan

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


DEEJAY Azmi Mamat atau Pak Da (lima dari kanan) bersama Penerbit Rancangan Selamat Pagi Terengganu, Rizallimi Mohamed (enam dari kanan) bersama rakan setugas dan pendengar terpilih ketika di Konti Terengganu FM (TFM) di Bukit Pak Apil, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 28 Jan. - Ketika stesen-stesen radio komersial lain bersaing untuk menarik perhatian pendengar dan meningkatkan 'rating' mereka, di mana pula kedudukan stesen radio tempatan seperti Radio Malaysia Terengganu FM?

Stesen-stesen radio komersial ini yang sebilangannya dipancarkan ke seluruh negara kebanyakan menggunakan artis-artis popular sebagai penyiar untuk menarik perhatian pendengar.

Pelbagai pendekatan kreatif dilakukan agar slot yang dikendalikan menjadi tumpuan terutama pada waktu puncak manakala petugas dan stesen mereka terus dijenamakan dengan promosi meluas dan berterusan melalui pelbagai saluran media.

Biarpun tanpa tarikan artis ternama dan terbatas sebagai radio tempatan yang sudah berdekad bertapak membawa bersama wadah kerajaan dan tanggungjawab sosial, Terengganu FM ternyata masih mempunyai kelompok pendengar yang setia.

Sememangnya ia tidak boleh dibandingkan dengan stesen swasta yang lebih menumpukan kelompok sasaran pendengar yang khusus, berkonsepkan hiburan semata-mata dan terarah kepada mengejar keuntungan dalam perniagaan.

Arah tujunya berbeza dan Terengganu FM yang berslogan Santai Ceria, mengimbangi peranan radio dengan penyaluran maklumat berkaitan negeri, kerajaan dan masyarakat selain memperdengarkan lagu-lagu.

Seperti radio tempatan yang lain, ia juga menyemarakkan seni warisan menyentuh kegiatan-kegiatan setempat yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan mereka yang berkunjung ke negeri ini.

Kata Pengarah Penyiaran Kawasan Timur, Dr. Nawiyah Che Lah, dalam persaingan itu, jumlah pendengar Terengganu FM di negeri ini masih pada tahap yang membanggakannya.

Beliau bagaimanapun tentunya menyedari betapa perlunya penyesuaian dilakukan dalam persaingan yang sengit itu bagi memenuhi selera pelbagai lapisan dan terus 'merakyat' stesen ini.

''Kami mempunyai kekuatan sendiri melalui segmen-segmen yang wujud dengan mengambil kira perubahan masa dan keadaan dengan membawakan pembaharuan.

''Kita mahu terus kekal sebagai stesen yang dekat dengan masyarakatnya dan menjadi medium penghubung," katanya.

Beliau menarik perhatian antara segmen yang kian popular adalah Selamat Pagi Terengganu dari pukul 6 hingga 9 pagi, Guano Gamok Orang Kite (3 petang hingga 5.30 petang) yang dekat dengan jiwa masyarakat.

''Rating Selamat Pagi Terengganu juga telah meningkat hasil beberapa perubahan menceriakan keadaan dan kita juga berjaya menarik ramai pendengar baru yang beralih ke Terengganu FM pada sebelah petang.

''Semakin mendapat perhatian juga ialah segmen Muzik Ekspres (9-10 pagi) yang mengetengahkan lagu-lagu popular terkini manakala pukul 2 hingga 3 petang menampil lagu-lagu popular era tertentu.

Katanya, slot agama setiap hari dari 7 hingga 8.30 malam juga merupakan kekuatan tersendiri dengan rancangan Suara Dari Masjid hasil kerjasama Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

''Kita mengusahakan pendekatan kerjasama dengan pelbagai pihak agar peranan sebagai saluran maklumat lebih meluas dalam lingkaran masyarakat.

''Sementara itu, pada bulan depan, kami akan memperkenalkan slot Bersama Yang Berhormat bagi membolehkan pendengar mengemukakan pendapat dan permasalahan setempat," katanya.

Beliau menyasarkan Terengganu FM berada sekurang-kurangnya pada kedudukan kedua selepas Kelantan dalam kalangan stesen radio tempatan seluruh negara.

Barangkali untuk ke arah itu, stesen itu perlu sentiasa peka dengan pandangan, kerana dalam dunia persaingan 'syok sendiri' perlu dikikis, perlu sentiasa proaktif, menyajikan yang sesuatu yang segar dan menarik di samping baik pemilihan lagu-lagu untuk di keudarakan.

Sesekali mungkin diselitkan info-info ringkas yang cukup berguna dalam kehidupan seharian atau sesekali ciptakan kejutan yang mungkin boleh difikirkan.

Sebagai salah satu saluran maklumat, pendengar ingin mengetahui kejadian apa yang sedang terjadi dalam situasi semasa dan Terengganu FM boleh juga memainkan peranan.

Namun ia memerlukan penyiar yang benar-benar dapat membuat liputan secara langsung dengan menarik dan berkesan.

Komentar-komentar dan ngomelan penyiar harus lebih bermutu dan jangan dibiarkan tanpa arah yang memudahkan pendengar menyimpang ke stesen lain.

Seorang penyiar menulis, ''Ciptakan ikatan emosional yang kuat dengan pendengar, buat mereka selalu tergerak untuk terus mendengarkan siaran kita dengan acuan tersendiri yang tidak kedengaran di stesen lain."

Inilah yang mungkin ada dalam pemikiran Dr.Nawiyah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Harap tidak timbul spekulasi'

Posted:

'Harap tidak timbul spekulasi'

'Harap tidak timbul spekulasi'

Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 28 Jan. - Perubahan dan rombakan kecil dalam Badan Perhubungan UMNO Terengganu merupakan satu gandingan mantap muka baru dan lama bagi memastikan UMNO negeri terus kukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Saiful Bahri Baharudin berkata, pihaknya mengalu-alukan perubahan itu dengan mengharapkan kombinasi padu itu membantu jentera parti untuk lebih bersiap sedia menghadapi PRU nanti.

Beliau bagaimanapun berharap supaya tidak timbul sebarang spekulasi di sebalik rombakan kecil membabitkan jawatan Ketua Penerangan dan Bendahari badan perhubungan itu demi perpaduan dan perjuangan UMNO Terengganu.

"Kita harap tak akan timbul apa jua spekulasi atau cakap-cakap di kedai kopi mengenai perubahan dalam badan perhubungan seperti mana diumumkan Datuk Seri Ahmad Said (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri) tempoh hari.

"Malah kita percaya semua ahli dan pemimpin UMNO sedia ada dapat terima hakikat itu dan perubahan yang dilakukan itu adalah perkara biasa dalam memantapkan lagi parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perubahan dalam kepimpinan UMNO Terengganu membabitkan jawatan Ketua Penerangan dan Bendahari selain diwujudkan Pengarah Strategik sebagai satu jawatan baru.

Rabu lalu, Ahmad yang juga Menteri Besar mengumumkan Exco Kerajaan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Ketua Penerangan menggantikan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Bendahari pula dipegang oleh ADUN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd. Adib yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun menggantikan Datuk Abdul Rahin Mohd. Said yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan pula dilantik sebagai Pengarah Strategi badan perhubungan itu.

Saiful Bahri berkata, perubahan itu juga membuktikan komitmen tinggi Ahmad selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru untuk memperkasakan lagi jentera parti.

Justeru itu, jelas beliau, Pemuda UMNO Terengganu sentiasa menyokong barisan kepimpinan sekarang dengan bersedia melakukan yang terbaik termasuk menjayakan program gerak kerja Pemuda dalam usaha mendekati golongan remaja di negeri ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Doktor cuti, berkhusus perlu diganti - Rahman

Posted:

Doktor cuti, berkhusus perlu diganti - Rahman

Doktor cuti, berkhusus perlu diganti - Rahman

BESUT 28 Jan. - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu perlu melaksanakan kaedah penggantian doktor di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini ekoran kekurangan doktor sehingga menimbulkan kesulitan kepada pesakit dan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kaedah itu perlu dilakukan berikutan ketiadaan doktor kerana bercuti atau berkursus.

Menurut beliau, hampir kesemua hospital daerah di negeri ini mengalami masalah kekurangan doktor dan perkara itu akan dipanjangkan semula kepada Kementerian Kesihatan untuk diambil tindakan segera.

"Sebelum ini pun kita menghadapi kekurangan doktor hampir di semua hospital kerana dalam satu hari seorang doktor hanya mampu memeriksa 50 pesakit sahaja dan apabila melebihi jumlah itu akan menyebabkan mereka lambat dirawat

''Doktor dari hospital atau klinik kesihatan lain perlu dihantar segera untuk menggantikan sementara kekosongan yang berlaku bagi memastikan setiap pesakit mendapat perkhidmatan terbaik.

"Contohnya, masalah yang berlaku di Hospital Besut boleh diatasi jika doktor dari hospital atau klinik lain dihantar segera untuk membantu pesakit, bukan seorang doktor saja dibiarkan bertugas," katanya.

Beliau menjelaskan demikian berhubung rungutan pesakit dan orang ramai ekoran kaunter pendaftaran unit pesakit luar Hospital Besut di sini ditutup awal.

Penutupan kaunter seawal pukul 9.30 pagi itu menimbulkan kesulitan terutama warga emas yang datang dari jauh selain pesakit yang mempunyai temu janji untuk mendapatkan rawatan.

Pesakit mendakwa penutupan kaunter unit pesakit luar itu dibuat tanpa mengira waktu selain tiada penjelasan lanjut dibuat oleh pihak hospital dan tindakan tersebut turut mendatangkan banyak masalah kepada orang ramai.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut berkata, sebarang memo kepada pesakit sebagaimana kes di Hospital Besut itu sepatutnya disertakan dengan penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan.

A. Rahman berkata, Hospital Besut sepatutnya mempunyai 13 doktor tetapi hanya 10 sahaja termasuk seorang pengarah dengan lima orang bertugas untuk enam wad, tiga ditempatkan di unit pesakit luar manakala seorang di unit kecemasan.

Namun hari tersebut, ujarnya mengikut laporan, daripada tiga doktor di unit pesakit luar, hanya seorang saja yang bertugas kerana seorang lagi bercuti manakala seorang lagi mengiringi pesakit ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan