Ahad, 30 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Dua pelajar timba pengalaman di Jepun

Posted:

Dua pelajar timba pengalaman di Jepun

Dua pelajar timba pengalaman di Jepun


SITI Nor Syadini Sani Effendi (depan, dua dari kanan ) memakai Kimono di Pulau Kyushu, Jepun, baru-baru ini.


KOTA BHARU 29 Jan. - Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab 1, berpeluang mempelajari budaya masyarakat Jepun selepas terpilih menyertai program pertukaran pelajar (JENESYS) ke negara matahari terbit itu baru-baru ini.

Pelajar terbabit ialah Siti Nor Syadini Sani Effendi yang berpeluang mengunjungi Pulau Kyushu dari 15 hingga 24 November, sementara Nurul Shabiha Zulkapeli pula ke Pulau Osaka pada 4 hingga 15 Disember lalu.

Siti Nor Syadini yang juga Ketua Pelajar SMK Zainab 1 berkata, dia tidak mungkin melupakan pengalaman tinggal bersama keluarga angkatnya sepanjang menyertai program tersebut.

Katanya, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat, Hotomi dan Sotoyaki Inuzuka, yang merupakan ahli perniagaan barangan kelengkapan tandas.

"Saya ditunjukkan pelbagai kelengkapan peralatan rumah yang rata-ratanya barangan elektrik canggih," katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, sepanjang tinggal dengan keluarga angkatnya itu, dia sempat memasak nasi goreng dan jemput pisang untuk disajikan kepada mereka yang kemudian mengajarnya menyediakan teh Jepun dan kuih lempeng takoyaki.

Katanya, sepanjang tujuh hari berada di bandar Imatsu, Ishikawa, dia turut dibawa melawat Sekolah Rendah Araya untuk melihatkan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah berkenaan.

"Paling menarik, sebelum menamatkan persekolahan, semua pelajar membersihkan kelas masing-masing termasuk mengelap cermin tingkap dan kerja-kerja itu dilakukan tanpa paksaan," katanya yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Jepun suatu hari nanti.

Siti Nor Syadini berkata, dia juga dibawa melawat Institut Lanjutan Sains dan Teknologi Jepun selain diberi penerangan mengenai pelbagai kemajuan teknologi terkini yang dibangunkan oleh negara berkenaan.

Nurul Shabiha pula berkata, sepanjang berada di negara itu dia berpeluang melihat bagaimana masyarakat Jepun amat menekankan budaya membaca walau di mana jua mereka berada.

"Budaya membaca dilakukan di mana-mana sahaja, sama ada semasa menunggu kereta api atau semasa di dalam kenderaan untuk ke tempat kerja," katanya.

Jelasnya, dia juga cukup kagum dengan budaya masyarakat Jepun yang menghormati orang lebih tua dengan mendahulukan mereka dalam setiap aktiviti.

"Banyak pengalaman lain yang boleh dikongsi bersama rakan -rakan di sekolah supaya mereka juga mendapat manfaat daripada penglibatan saya dalam program tersebut," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

250 bomba digerakkan

Posted:

250 bomba digerakkan

250 bomba digerakkan

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Jan. - Pasukan Bomba dan Penyelamat Kelantan akan menggerakkan seramai 250 pegawai dan anggota bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang cuti Tahun Baru Cina ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Osman berkata, semua pegawai dan anggota itu akan bertugas secara bergilir-gilir bagi menjalankan tugas menyelamat dan bantuan berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut semua pegawai kanan dan ketua balai di setiap daerah tidak dibenarkan keluar dari kawasan masing-masing sebagai langkah persediaan.

"Sepanjang Tahun Baru Cina ini, tugas anggota meliputi rondaan, bantuan kecemasan dan sebagainya. Kita mahu jabatan ini sentiasa bersedia lebih awal untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Kenderaan utiliti dan jentera yang ada akan digunakan untuk melakukan rondaan di kawasan jalan utama dan laluan berisiko menghadapi kemalangan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya akan melaksanakan tugas sepanjang tempoh berkenaan bagi memberi bantuan untuk melancarkan perjalanan pengguna jalan raya ketika musim cuti.

Azmi memberitahu, sekiranya berlaku kemalangan pihaknya juga tidak terkecuali memberikan perkhidmatan rawatan kecemasan kepada pengguna jalan raya yang terlibat.

"Untuk tahun ini kita akan gerakkan seramai 25 anggota untuk perkhidmatan penyelamat dan paramedik (EMRS).

"Mereka akan ditempatkan di kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan iaitu di Kota Bharu, Gua Musang dan Kuala Krai bagi memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dihantar ke hospital berdekatan,'' katanya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ryisah dinobat Ratu Kebaya

Posted:

Ryisah dinobat Ratu Kebaya

Ryisah dinobat Ratu Kebaya


DARI kiri: Hazwani Mat Zain, Ryisah Sumi dan Hartini Jusoh di Kuala Terengganu, malam semalam.


KUALA TERENGGANU 29 Jan. - Sebelas penyertaan diterima pada Pertandingan Ratu Kebaya yang dianjurkan buat kali pertama oleh Salon Rambut dan Kecantikan Mimiey (MHSB) di sini, malam tadi.

Penyertaan itu dari ketiga-tiga negeri sebelah Pantai Timur dengan tuan rumah, Terengganu menghantar sembilan penyertaan manakala masing-masing satu penyertaan dari Kelantan dan Pahang.

Pemilik MHSB, Mimi Zahaida Muda, 36, berkata, pertandingan itu bertujuan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam bidang peragaan terutama di kalangan gadis serta ibu-ibu muda yang berpotensi.

Katanya, bagi tujuan publisiti, pihaknya menggunakan saluran radio Terengganu FM (TFM) untuk menghebahkan mengenai pertandingan itu.

"Saya bersyukur kerana ia (pertandingan ratu kebaya) mendapat sambutan yang baik daripada semua pihak," katanya di sini, malam tadi.

Turut hadir penyanyi Farawahida.

Pertandingan tersebut dimenangi oleh Ryisah Sumi, 19, yang menerima seutas rantai emas, sejumlah wang tunai dan hamper sumbangan MHSB manakala tempat kedua dimenangi Hartini Jusoh, 27.

Hazwani Mat Zain, 24, pula menduduki tempat ketiga yang turut menerima sejumlah wang tunai dan hamper sumbangan MHSB.

Dalam pada itu, Mimi memberitahu, salon yang terletak di Chendering itu turut menawarkan bengkel kecantikan yang terhad kepada 30 wanita terdiri daripada gadis dan ibu-ibu tunggal yang tinggal di kawasan berdekatan.

"Bengkel ini melibatkan latihan seperti rawatan spa, kosmetik dan pengenalan kepada butik pengantin. Saya juga kini dalam perancangan untuk memperluaskan lagi perniagaan dengan menghasilkan produk sendiri untuk digunakan oleh wanita," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan