Khamis, 31 Mei 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Mesra, bersih faktor pikat pelancong: PM

Posted: 31 May 2012 01:39 PM PDT

Nasional

SERDANG: Kemesraan pegawai imigresen, pemandu teksi yang tidak bermuram dan merungut ditambah dengan kemudahan tandas yang cukup bersih akan menjadi antara faktor penarik pelancong ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelancongan sangat berkait rapat dengan persepsi dan pengalaman manusia.

"Negara boleh melakukan pelbagai promosi dan pemasaran menarik tetapi mereka yang melalui pengalaman melawat sama ada untuk tujuan perniagaan atau berseronok haruslah merasai pengalaman indah mengenai Malaysia. "Tiada yang lebih teruk selain pelawat yang balik ke negara mereka dan merungut mengenai kita. Justeru, semua ekosistem meliputi penggiat pelancongan, kakitangan kerajaan dan semua rakyat perlu berada pada 'gear penuh' dan memberikan servis terbaik dalam sektor ini" katanya.

Semua ini katanya, akan menjadikan Malaysia pengeluar utama pelancongan global dan terus menjadi destinasi pelaburan, perdagangan dan percutian pilihan masyarakat luar.

Beliau berucap pada Pameran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITE) 2012 di sini, semalam. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Selain itu katanya, rakyat perlu memastikan negara bebas daripada sebarang perbuatan ganas dan menghormati undang-undang bagi menjaga kestabilan negara.
Terdahulu beliau berkata, penganjuran MITE 2012, diharap mampu menjadi pameran pelancongan terbaik di rantau ini dan dunia.

Katanya, melaluinya juga MITE mewujudkan landasan dan rangkaian kerjasama dari segi pembangunan perkhidmatan sokongan, tambah nilai dan perkongsian idea bagi menggalakkan sektor pelancongan.

MITE 2012 berlangsung empat hari menyasarkan 600,000 pengunjung dan menghimpunkan lebih 600 pempamer dari 33 negara serta 120 pembeli khusus dari seluruh dunia.


Kes Azmin disambung semula

Posted: 31 May 2012 01:38 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan siasatan dibuat terhadap Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali yang didakwa memiliki aset dan harta melebihi pendapatan penjawat awam, antara 1995 dan 1997.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, berkata arahan dikeluarkan berdasarkan kertas laporan siasatan yang dibuka pada 2009 terhadap bekas Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri itu.

"Kertas siasatan itu disambung semula berdasarkan maklumat tambahan yang terbaru dan ia disiasat untuk memastikan kebenaran dakwaan itu," katanya kepada pemberita di sini semalam. Beliau berkata, mereka yang terbabit dalam siasatan, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Katanya, cabaran utama untuk menyiasat kes itu adalah mencari bukti kukuh kerana kes berlaku pada 1995 dan sudah agak lama.

Pengendali portal MalaysiaToday, Raja Petra Kamaruddin mendakwa mendapat maklumat mengenai salah guna kuasa oleh Anwar untuk menghalang siasatan terhadap Azmin daripada seorang bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang menyerahkan dokumen sulit itu di London, bulan lalu.

Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen itu, BPR mempunyai bukti Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek.
Hadenan berkata, siasatan terhadap Azmin akan mengambil masa lama selain cabaran menentukan apakah seksyen yang bersesuaian untuk disiasat pada masa kini kerana ada perbezaan peruntukan undang-undang.

"Pada ketika ini adalah salah bagi penjawat awam yang memiliki aset melebihi pendapatan dan diragui punca hasilnya mengikut Seksyen 36 Akta Pencegahan Rasuah 2009," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kes itu berlaku pada 1995 dan pada ketika itu undang-undang terpakai adalah mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1961 yang tidak mempunyai peruntukan undang-undang sekarang.

Katanya, mengikut undang-undang 1961, kesalahan seperti itu hanya memperuntukkan tindakan tatatertib oleh jabatan.

Hadenan berkata, bagaimanapun panel penilaian mendapati adalah wajar satu siasatan dijalankan bagi memastikan kebenaran dalam dakwaan itu.

Beliau berkata, SPRM juga akan memanggil bekas Ketua Pengarah BPR (ketika itu), Datuk Shafee Yahaya, manakala pegawai penyiasat kes itu sudah meninggal dunia. – BERNAMA


Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Saham Felda cipta rekod

Posted:

Saham Felda cipta rekod

Saham Felda cipta rekod

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

ORANG ramai termasuk warga Felda mendengar ucapan Najib pada majlis pelancaran prospektus FGV di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) semalam melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) yang terbesar di Asia pada tahun ini dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook yang membabitkan 2.19 bilion saham.

Daripada jumlah itu, FGV selaku operator ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia akan menawarkan 1.92 bilion saham untuk langganan pelabur institusi termasuk 1.5 bilion kepada institusi dan pelabur terpilih tempatan serta asing.

Sebanyak 419.54 juta lagi saham kategori itu diperuntukkan untuk institusi Bumiputera dan pelabur terpilih yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Pada masa yang sama, sebanyak 273.6 juta saham atau 7.5 peratus akan dikhususkan kepada pelabur awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 273.61 juta saham untuk langganan pelabur awam itu, sebanyak 200.65 juta saham atau lebih 70 peratus bakal diagihkan kepada peneroka dan kakitangan Felda serta individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan syarikat itu.

Menurut beliau, baki 72.96 juta saham lagi ditawarkan kepada orang awam.

Katanya, peratus agihan yang tinggi itu membuktikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan menggunakan penyenaraian itu untuk memanipulasikan golongan peneroka sebagai tidak benar.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa apa yang kita lakukan ini adalah sebagai menepati amanah yang ditinggalkan oleh ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Isteri peneroka terima RM5,000 pada 7 Julai

Posted:

Isteri peneroka terima RM5,000 pada 7 Julai

Isteri peneroka terima RM5,000 pada 7 Julai

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian 'durian runtuh' pusingan kedua sebanyak RM5,000 kepada isteri peneroka Felda yang akan diagihkan pada 7 Julai ini.

Tarikh pengagihan itu dipilih sempena sambutan Hari Peneroka dan majlis perasmian Menara Felda di Jalan Stonor di sini.

"Untuk round (pusingan) pertama, ketua keluarga telah terima RM5,000, hari ini (semalam) saya ingin umumkan isteri peneroka atau isteri-isteri peneroka pula akan dapat RM5,000 pada 7 Julai ini," kata beliau ketika berucap melancarkan prospektus tawaran awam permulaan (IPO) Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) di Dewan Perdana Felda di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Shahrizat bebas skandal NFC

Posted:

Shahrizat bebas skandal NFC

Shahrizat bebas skandal NFC

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Panel Penilaian Operasi (PPO), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mengumumkan, pihaknya telah menutup siasatan pemberian pinjaman sebanyak RM250 juta kepada Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Keputusan tersebut dibuat setelah siasatan PPO SPRM mendapati tiada sebarang unsur salah guna kuasa oleh bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu terhadap syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya itu.

Pengerusi PPO, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, siasatan terhadap NFC terbahagi kepada dua aspek iaitu siasatan polis dan pembabitan Shahrizat dalam proses pinjaman RM250 juta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


FELDA mula tawar saham

Posted: 30 May 2012 09:18 AM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Bermula jam 10 pagi, orang ramai boleh melanggan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan prospektusnya di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini, hari ini.

Prospektus itu dilancarkan sempena tawaran awam permulaan (IPO) FGVH bagi membolehkannya disenaraikan di Bursa Malaysia.

"Selepas berbuat demikian, pemohon boleh mula mengisi borang langganan saham FGVH di mana-mana institusi perbankan yang dilantik anak syarikat FELDA itu atau menerusi agensi pembrokeran," katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi, semalam. Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

Kosmo Online

Kosmo Online


Edar dadah: Lelaki selamat hukuman gantung

Posted:

Edar dadah: Lelaki selamat hukuman gantung

Edar dadah: Lelaki selamat hukuman gantung

31/05/2012 7:24pm

SHAH ALAM — Seorang bekas pemandu sebuah syarikat dikenakan hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan dari mengedar kepada memiliki dadah seberat 85.1 gram, 12 tahun lepas.

Bagaimanapun, Ng Chong Wan, 55, mengaku bersalah atas tuduhan pilihan itu sebelum perbicaraan bermula dan Hakim Datuk Siti Matiah Ahmad menjatuhkan hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 9 Mac, 2004.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ng atas tuduhan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Ng kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut tetapi rayuannya ditolak.

Tertuduh kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pada 13 Dis 2011, Mahkamah Persekutuan memutuskan supaya tertuduh dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi atas tuduhan pilihan iaitu memiliki dadah.— BERNAMA

Cubaan bunuh anggota polis: 3 lelaki dicari

Posted:

Cubaan bunuh anggota polis: 3 lelaki dicari

Cubaan bunuh anggota polis: 3 lelaki dicari

31/05/2012 7:18pm

BUKIT MERTAJAM — Tiga lelaki dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes cubaan membunuh seorang anggota polis 2 Mei lepas, yang dipercayai bermotifkan dendam kerana pernah menahan mereka.

Mereka ialah N.Santhiramogan, 39, beralamat terakhir di No 6044, Pokok Machang, Tasek Gelugor dan M.Kartik Raj, 21, beralamat di No 1357, Pokok Sena serta B.Vijendren, 28, alamat terakhir di 67, Lorong 2/2, Taman Kijang, Lunas, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata, dalam kejadian itu, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim diserang lima lelaki ketika menuju ke keretanya selepas keluar dari sebuah premis dekat Perai.

"Mangsa ditetak dengan parang di kepala dan perut, anggota polis itu masih berehat di rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Hasan Mohamad Salih di talian 019-4642952.— BERNAMA

Cuai punca kemalangan bas ragut nyawa jemaah tabligh

Posted:

Cuai punca kemalangan bas ragut nyawa jemaah tabligh

Cuai punca kemalangan bas ragut nyawa jemaah tabligh

31/05/2012 6:51pm

GEORGE TOWN — Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan bas yang meragut dua nyawa jemaah tabligh warga Myanmar di Jalan Tun Sardon di sini, Jumaat lepas, berpunca akibat kecuaian pemandu bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt. Hatta Md. Zin berkata, ia berikutan laporan awal Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mendapati bas berkenaan termasuk sistem breknya berada dalam keadaan baik.

"Mungkin pemandu bas itu belum biasa membawa kenderaan itu...beliau masih dalam keadaan koma dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan penuh berhubung kejadian itu hanya akan diperolehi minggu depan.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, bas tersebut yang membawa 44 jemaah tabligh warga Myanmar itu hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Seorang penumpang, Abdul Jatba, 47, maut di tempat kejadian manakala Soe Myint, 26, yang menerima rawatan di HPP, meninggal dunia pada malam Sabtu dan penumpang lain mengalami kecederaan.— BERNAMA

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


SSM perkenal insentif baharu kurangkan beban peniaga

Posted: 31 May 2012 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperkenalkan pakej baharu, Pakej Insentif Pendaftaran dan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan SSM 2012, untuk mengurangkan beban kos pendaftaran yang dihadapi oleh peniaga kecil dan penjaja.

Perlaksanaan pakej itu melibatkan pengurangan fi bagi pendaftaran perniagaan baharu, pembaharuan pendaftaran perniagaan dan diskaun kompaun yang dikenakan bagi pendaftaran baharu lewat dan pembaharuan pendaftaran lewat yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).

"Bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan tahunan pendaftaran untuk pemilik tunggal dan perkongsian dikenakan bayaran RM50 untuk tempoh pendaftaran selama 5 tahun secara sekali gus berbanding dengan jumlah fi RM150 atau RM300 yang dikenakan sekarang.

"Bayaran kompaun semua bagi pendaftaran lewat dan pembaharuan pendaftaran lewat dikurangkan sebanyak 50 peratus. Perlaksanaan pakej ini akan berkuat kuasa bagi tempoh 1 Jun sehingga 31 Disember tahun ini," kata SSM dalam kenyataannya hari ini.


SMM berkata pakej insentif itu tidak termasuk bayaran RM10 yang dikenakan bagi maklumat perniagaan yang dibekalkan selepas proses pendaftaran perniagaan selesai.


Pakej insentif itu akan memberi faedah kepada seramai 1.2 juta pemilik perniagaan, peniaga kecil dan penjaja.

"Atas sebab-sebab teknikal, bagi menikmati pakej insentif ini, pemohon hanya boleh melakukan urusan pendaftaran perniagaan dan pembaharuan pendaftaran serta pembayaran kompaun di mana-mana kaunter SSM di seluruh negara," kata SSM. - Bernama




Lelaki nyaris maut kereta terjunam dari jalan bertingkat

Posted: 31 May 2012 04:09 AM PDT

GEORGE TOWN: Seorang lelaki nyaris maut apabila pacuan empat roda yang dipandunya terjunam dari jalan bertingkat berhampiran bulatan Tunku Kudin menghala ke Bayan Lepas, di sini hari ini.

Jurucakap bahagian trafik negeri berkata, dalam kejadian jam 2.40 petang, pemandu berusia 20-an itu gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh besi pembahagi jalan sebelum terjunam ke laluan bawah Jalan Sultan Azlan Shah.

"Semasa kejadian, hujan renyai dan lelaki itu pula memandu laju, mujurlah tiada kenderaan lain yang melalui jalan tersebut ketika itu," katanya kepada pemberita.

Sebuah jentera bomba turut dikejarkan ke tempat kejadian dan anggota penyelamat terpaksa memotong sebahagian kereta berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama




Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Seramai 16,000 petugas Kemas berusia 58 tahun disambung kontrak

Posted: 31 May 2012 03:46 AM PDT

Mutakhir

KUALA LIPIS: Seramai 16,000 pegawai dan petugas kontrak Kemas berusia 58 tahun, disambung perkhidmatan mereka untuk dua tahun lagi, berkuatkuasa serta merta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan kontrak itu melalui surat yang dihantar kepada kementerian dua hari lalu.

Katanya, KKLW membuat permohonan kepada JPA dua bulan lalu dan ia meluluskannya berdasarkan Skim Saraan Malaysia (SSM). "Mereka yang disambung perkhidmatannya adalah dalam kalangan yang lama berkhidmat dengan Kemas dan mempunyai pengalaman dalam memajukan anak bangsa, masyarakat dan menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

"Penyambungan kontrak kakitangan terbabit adalah wajar dan bukan dibuat kerana politik atau pilihan raya seperti dakwaan pembangkang," katannya kepada pemberita selepas majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Gahai, Lipis di sini hari ini.

Shafie berkata, Kemas memainkan peranan penting bukan sahaja mendidik anak-anak di bawah umur, malah ia secara tidak langsung membantu kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan penduduk di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, walaupun sebahagian besar guru dan petugas Kelas Taman Bimbingan Kanak Kanak (Tabika) Kemas berkelulusan tingkatan 5 dan 6, tetapi kerajaan berusaha meningkatkan tahap pendidikan.
Hingga kini, katanya, terdapat 3,000 petugas dan guru Kemas berkelulusan Diploma dan mereka digalakkan meningkatkan kelulusan itu untuk jaminan masa depan apabila berhenti berkhidmat dengan Kemas.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu bahawa kerajaan memperuntuk RM18 juta bagi sumbangan dan mengenang jasa khidmat bakti kira-kira 6,000 bekas petugas Kemas di seluruh negara.

Pada majlis itu, Shafie turut meluluskan peruntukan hampir RM1 juta bagi pembinaan sebuah masjid di Kampung Gahai, menaik taraf jalan luar bandar Kampung Rabak ke Kampung Bertang, dewan orang ramai Kampung Bukit Kota, 10 buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin dan jambatan di Kampung Tengka Jeram ke Beletik. - BERNAMA


Lelaki nyaris maut kereta terjunam dari jalan bertingkat

Posted: 31 May 2012 03:23 AM PDT

Mutakhir

GEORGETOWN: Seorang lelaki nyaris maut apabila pacuan empat roda yang dipandunya terjunam dari jalan bertingkat berhampiran bulatan Tunku Kudin menghala ke Bayan Lepas, di sini hari ini.

Jurucakap bahagian trafik negeri berkata, dalam kejadian 2.40 petang itu, pemandu berusia 20-an berkenaan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh besi pembahagi jalan sebelum terjunam ke laluan bawah Jalan Sultan Azlan Shah.

"Semasa kejadian, hujan renyai dan lelaki itu pula memandu laju, mujurlah tiada kenderaan lain yang melalui jalan itu ketika itu," katanya kepada pemberita. Sebuah jentera bomba turut dikejarkan ke tempat kejadian dan anggota penyelamat terpaksa memotong sebahagian kereta berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. - BERNAMA


Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Gadis urut rebah

Posted: 30 May 2012 11:29 AM PDT

SUBANG JAYA: Seorang tukang urut wanita warga China tiba-tiba pengsan menyebabkan enam rakan sekerjanya panik dan menjerit ketika pusat urut aromaterapi tempat mereka bekerja di Pusat Perniagaan Regalia, USJ1, di sini, diserbu polis selepas premis itu dikesan menjalankan kegiatan pelacuran, kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam oleh Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), wanita terbabit yang duduk ketika premis itu diperiksa tiba-tiba rebah.


Wanita itu yang tidak sedarkan diri cuba dikejutkan, namun tidak memberi tindak balas menyebabkan rakannya menjerit kerana menyangkakan dia mengalami serangan jantung.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, wanita terbabit diberikan rawatan kecemasan dan pulih sebelum dia dan rakannya terdiri daripada tiga warga China serta tiga warga Thailand dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.


Katanya, seorang lelaki warga Bangladesh yang juga penjaga premis itu dan seorang pelanggan rakyat tempatan berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan pusat urut aromaterapi itu yang menawarkan khidmat seks dan sudah beroperasi dua bulan.


"Ketujuh-tujuh wanita terbabit berusia 20 hingga 30-an menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelacur.

"Ini berikutan penemuan beberapa kotak kondom dan jus penambah tenaga di meja kaunter. Malah, premis itu didapati dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.


Beliau berkata, polis merampas beberapa barang seperti kondom, minyak urut, tuala, tisu dan buku tunai dipercayai untuk kegiatan persundalan dalam bilik bercirikan ketimuran di premis itu.

"Semua pelacur yang ditahan tinggal di premis itu dan berdasarkan siasatan awal mereka menyediakan khidmat urut dengan bayaran RM37 hingga RM74 dan menyediakan tips lain jika pelanggan mahukan khidmat tambahan," katanya.


Yahaya berkata, pasukan sama turut menyerbu dua pusat urut refleksologi yang beroperasi secara haram dan sebuah pusat hiburan berlesen di USJ9 dan SS15 dan menahan tujuh wanita warga China dan Vietnam serta lapan pelanggan rakyat tempatan.


"Serbuan dilakukan bagi membendung kegiatan tidak bermoral di Subang Jaya. Polis tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dan sentiasa memandang serius kegiatan maksiat serta menjalankan serbuan dari semasa ke semasa jika mempunyai maklumat," katanya.





Lelaki baru kahwin diburu ratah adik angkat

Posted: 30 May 2012 11:27 AM PDT

SUBANG JAYA: Seorang lelaki tergamak meratah tubuh adik angkatnya yang masih di bawah umur sehingga gadis terbabit yang masih bersekolah hamil lapan bulan menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, gadis berusia 14 tahun itu dirogol suspek berusia 25 tahun pada Ogos tahun lalu di rumahnya di Kampung Tengah, Batu 14, Puchong, dekat sini.


Menurutnya, siasatan mendapati walaupun kejadian berlaku sekali, tetapi gadis terbabit hamil. Mangsa tidak memberitahu perkara itu kepada sesiapa termasuk keluarganya kerana bimbang dimarahi.

"Suspek yang tinggal di Batu 13, Puchong, anak angkat kepada keluarga mangsa dan dia sering datang ke rumah mangsa termasuk bermalam di situ.


"Ini menyebabkan keluarga mangsa tidak mengesyaki perbuatan terkutuk dilakukan lelaki terbabit dan suspek merogol mangsa pada waktu malam ketika tiada sesiapa di rumah," katanya.


Katanya, kejadian disedari keluarga mangsa selepas melihat perut gadis itu yang semakin membesar di samping perubahan sikapnya.

"Mangsa menceritakan kejadian rogol itu selepas dia tidak dapat berselindung dan keluarganya membuat laporan polis.


"Suspek terbabit yang baru melangsungkan perkahwinan dua bulan lalu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.




Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Lembik disambar karan

Posted: 30 May 2012 11:44 AM PDT

MELAKA: "Melihat tubuhnya lembik dengan air liur meleleh, saya mengerah kudrat mengangkatnya keluar dari situ (takungan air) biarpun pada awalnya saya juga tidak bermaya kerana turut disambar renjatan (elektrik) sebelum memangkunya di atas jalan."

Begitu cerita Massari Muhammad, 35, bapa Mariam Najwa, 9, yang meninggal dunia dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai berkenaan bersama adiknya, Muiz Asyraf, 3, bermain di tempat air bertakung itu sebelum rebah dipercayai terkena renjatan elektrik.

Massari berkata, dia mengetahui insiden malang menimpa anak perempuan tunggalnya itu selepas dimaklumkan jiran yang melihat anaknya terbaring dalam air.


Katanya, sebelum itu dia berada di dalam rumah didatangi Muiz yang berlari mengadu sakit kaki sebelum menyapu ubat di kakinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Guru miang melampau

Posted: 30 May 2012 11:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

"Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.


"Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Rabu, 30 Mei 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


‘PM lebih tahu masa sesuai’

Posted: 30 May 2012 09:14 AM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan UMNO yakin Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri lebih mengetahui masa paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Najib mendapat maklum balas daripada pelbagai sumber dan sudah tentu beliau akan mengambil kira semua pandangan itu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Perdana Menteri lebih mengetahui. Bagaimanapun, ahli parti dinasihatkan membuat persiapan akhir seperti Parlimen akan dibubarkan esok," katanya kepada Berita Harian. Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini

85,435 layak ikuti kursus vokasional, kemahiran

Posted: 30 May 2012 09:13 AM PDT

Nasional

PUTRAJAYA: Seramai 85,435 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dipilih mengikuti kursus peringkat sijil dan diploma Institusi Pendidikan Teknikal serta Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), tahun ini.

Jumlah ini peningkatan 8.4 peratus berbanding 78,780 pelajar ditawarkan ke TEVT dan ILKA pada sesi 2011/2012.

Pelajar termasuk orang kelainan upaya (OKU), Orang Asli, atlet dan pelajar cemerlang akan mengikuti program berkenaan di 11 TEVT dan ILKA di seluruh negara. Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata pelajar boleh menyemak status permohonan masing-masing menerusi lawan web TEVT dan ILKA mulai jam 12 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, semakan juga boleh dibuat menerusi laman web http://upu.mohe.gov.my; talian hotline 03-88706767; talian helpline 03-8870677 dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU TEVTILKA (no. MyKad) dan SMS ke 15888.

"Unit Pusat Universiti (UPU) menerima 87,730 permohonan daripada lepasan SPM, SKM dan setaraf untuk mengikuti program sijil serta diploma di TEVT dan ILKA tahun ini.

"Seramai 87,263 atau 99.5 peratus calon mencapai kelayakan minimum serta memenuhi syarat am permohonan ke TEVT dan ILKA yang bermakna hanya 67 pemohon saja tidak layak," katanya, di sini, semalam.
Tarikh pendaftaran pelajar baru ke TEVT dan ILKA bermula pada 25 Jun hingga 9 Julai bergantung kepada institusi terbabit.

Mereka yang tidak berjaya boleh terus mengemukakan rayuan kepada TEVT dan ILKA dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi diumumkan.

Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan adalah berasaskan meritokrasi mengguna pakai 75 peratus markah akademik, 10 markah kokurikulum dan 15 peratus markah sosioekonomi (pendapatan keluarga dan lokaliti) untuk menentukan nilai merit seseorang calon.

Rujhan berkata, dari segi jantina, 43,672 atau 51.1 peratus calon lelaki, manakala selebihnya iaitu 48.9 peratus atau 41,763 lagi wanita.

"Daripada aspek pendapatan keluarga, 70,625 atau 83.5 peratus berasal daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000 sebulan kerana kita memang sentiasa mengutamakan mereka yang berasal dari luar bandar," katanya.

Selaras dasar kerajaan meningkatkan akses dan ekuiti dalam pengajian tinggi, kementerian juga menawarkan 1,093 tempat kepada OKU, Orang Asli dan atlet untuk mengikuti kursus diploma serta sijil di TEVT dan ILKA di seluruh negara.

Difahamkan, 10 kursus paling popular menjadi pilihan lepasan SPM dan SKM ialah diploma pengurusan perhotelan dan katering; pengurusan pelancongan; kewangan dan perbankan; perakaunan; pengajian perniagaan; kejuruteraan elektrik; automotif, pengurusan sistem maklumat (IT); kejuruteraan awam dan diploma sains kesetiausahaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pegawai bank gagal saman PTPTN

Posted:

Pegawai bank gagal saman PTPTN

Pegawai bank gagal saman PTPTN

BANGUNAN yang menempatkan pejabat PTPTN di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Seorang peminjam yang disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pengajiannya gagal dalam samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hakim Mahkamah Sesyen, Unaizah Mohd. semalam menolak dengan kos saman pegawai bank Mandeep Singh terhadap PTPTN.

Dalam keputusannya, Unaizah berkata, selepas mendengar keterangan daripada saksi-saksi dan hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah mendapati plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.

Mandeep, 27, memfailkan saman terhadap PTPTN di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada 20 September lalu atas tuduhan memfitnah dan menahan secara salah selepas dia disenarai hitam atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pelajaran.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan tempat dia bekerja.

Mandeep berkata, di bawah perjanjian pinjaman pelajaran bertarikh 9 November 2006, PTPTN telah bersetuju meminjamkan RM48,000 kepadanya.

Mandeep menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dia mendakwa telah ditahan pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas ketika mahu berlepas untuk bercuti di Guangzhao, China.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Siasat di bawah Akta Hasutan

Posted:

Siasat di bawah Akta Hasutan

Siasat di bawah Akta Hasutan

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU – Polis sedang menyiasat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berhubung kenyataannya bahawa kejayaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membuat bidaan untuk nombor berpendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 dengan menggunakan wang rakyat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan mengikut Akta Hasutan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima lapan laporan berhubung perkara itu.

"Satu pasukan khas yang diketuai oleh saya sendiri telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.

"Sehubungan itu, saya meminta mana-mana pihak agar menghormati undang-undang dan jangan membuat kenyataan sesuka hati," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Mohammad Nizar kelmarin didakwa telah mengkritik Sultan Ibrahim ekoran kejayaan baginda membida nombor plat tersebut.

Beliau mendakwa, wang berjumlah RM520,000 yang digunakan untuk bidaan tersebut lebih baik digunakan untuk membantu rakyat Johor yang masih miskin.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Fadil Muskon melabel Mohamad Nizar sebagai biadab dan kurang ajar kerana mencemar institusi diraja Johor dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, beliau menuntut agar pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan keras terhadap Mohammad Nizar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Blogger pertikai 16 plat istimewa era Nizar di Perak

Posted:

Blogger pertikai 16 plat istimewa era Nizar di Perak

Blogger pertikai 16 plat istimewa era Nizar di Perak


SALAH sebuah kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor pendaftaran istimewa ketika Mohammad Nizar menjadi Menteri Besar Perak pada 2009.


KUALA LUMPUR - Seorang blogger semalam mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Panjang di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai talam dua muka kerana mempertikaikan tindakan Sultan Johor membeli nombor pendaftaran WWW 1 sedangkan kerajaan negeri Perak yang pernah dipimpinnya satu masa dahulu turut banyak menggunakan kenderaan rasmi dengan nombor plat istimewa.

Penulis blog parpukari.blogspot.com menarik perhatian mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu pada tahun 2009 membeli 16 buah kereta Toyota Camry yang menggunakan nombor plat AGS10, AFD11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333, AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 dan AEU 606.

Beliau menimbulkan persoalan sama ada kos pembelian kesemua nombor pendaftaran itu yang didaftarkan pada 9 Januari 2009 ditanggung oleh wakil rakyat Pas itu sendiri atau menggunakan wang kerajaan.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Raja Petra dedah lagi

Posted: 29 May 2012 03:13 PM PDT

MukaDepan

SALINAN dokumen didakwa membabitkan kes rasuah Azmin.

SALINAN dokumen didakwa membabitkan kes rasuah Azmin.

KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamaruddin mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Setiausaha Sulitnya, Mohamed Azmin Ali ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pengarang portal Malaysia Today itu mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu bil tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya.

Raja Petra berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu. Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung pendedahan dokumen rahsia itu, di Balai Polis Putrajaya, petang semalam.

Beliau yang enggan mengulas lanjut dakwaan berkenaan, berkata, jika benar dakwaan Raja Petra itu, siasatan akan dilakukan kerana siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu sudah berlalu.

Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isteri, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek," katanya yang turut menyiarkan dokumen itu menerusi portal beliau semalam.

Semua urus niaga yang disah dan diperakui bank adalah antara beratus-ratus fail dokumen yang diserahkan pegawai SPRM itu selain laporan polis dan siasatan, penyata akaun dan bank, salinan cek, baucer dan nota kontrak.
"Saya mesti nyatakan bahawa kandungan fail yang tebal itu mengambil masa cukup lama untuk dibaca dan difahami, bukan saja sangat menarik tetapi memberi kesan yang sangat buruk kepada Anwar dan Mohamed Azmin.

"Dalam fail itu juga menyatakan Mohamed Azmin menerima RM15,000 sebulan daripada seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri dan perkara itu masih berlaku.

"Paling penting adalah bagaimana Anwar meminta kes itu ditutup sedangkan BPR mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwa Mohamed Azmin," katanya.
Pendedahan terbaru itu antara beberapa siri pendedahan beliau mengenai kepincangan dan rasuah yang berlaku membabitkan kepemimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Raja Petra berkata, sumber beliau itu adalah antara pegawai antirasuah yang mahu dunia tahu ada juga pegawai SPRM yang korup sama seperti orang yang siasatnya. Dia menyifatkan mereka seperti meletakkan musang dalam reban ayam.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

joko

salam nusantara, wak lihat sangat hairan benda benda maca ne kalau kawan baik tak salah, kalau dah jadi musuh semuanya keluar jadi macam tak ada integeriti langsong, wak tabik kepada pak ungku aziz, ungku terus bercerita apa yang tak betul.

SAGATEMIN

NEGARA AKAN HURU HARA ANDAIKATA MANUSIA TAK DAPAT BERFIKIR SECARA LOGIK .

TOLONGLAH SELAMATKAN NEGARA KERANA KINI AKAL FIKIRAN MASIH TERJAJAH WALAUPUN DAH SEPARUH ABAD MERDEKA. GO ON BONGKAR YANG MUNGKAR

ad

perkara ini mesti diambil tindakan semula oleh sprm. dan org yg bertanggungjawab hendaklah dituduh. sayangi malaysia tercinta ini.

kapak

ENTAHLAHH LABUUUUUUU !!!!!!!

SAAYA BIN ABU BAKAR

DSAI dan konco-konconya akan berkata...... ini adalah satu lagi komplot dan agenda politik UMNO......

hj azman

bila dah jadi musang.. mudah nak kenalpasti musang yang berbulu ayam!

zorro

JOM KITA MENUJU KE ARAH MALAYSIA MAJU DAN HARMONI. SAPA LAGI YANG BOLEH JAMIN KALAU BUKAN PEMERINTAH YANG ADA LA NI.

zamsebtakir

Sampai bila asyik nak salahkan orang lain. Bertaubatlah selagi masih ada nafas dikandung badan.

Suhaimi

Bahaya kalau perangai org yg berangan jd PM begini,dah jd PM nanti semua kesalahan org yg disukai akan di lindungi dan akan menjadi alasan utk pihak lain untuk menutup keslahan mereka,bahaya org begini,jgn harap lah mahu menang pilihanraya ke 13 ni,macam-macam perangai buruk timbul.Ingat rakyat semua jgn menyesal kemudian hari,tiada guna nya

tembung

kat dunia boleh lari, kat akhirat boleh ke nak hapuskan bukti? nanti kat sane ade screen besar, kite same2 tengok sape yg bersalah..

dikna

inilah orang kuat pakatan... Anda nilai sendiri, inikah yang rakyat mahu untuk memimpin negara bertuah ini?...

atika

kenapa pendadahan begini mesti dibuat bila dah dekat2 nak pilihanraya? Ini menyebabkan pembaca secara automatik tak percaya langsung dgn pendedahan tersebut.

salleh ajmad

Dialog lama, Ini semua salah UMNO dan BN

wam

apa fungsi RPK dalam pendedahan ini? kenapa dulu takanak dedah? kenapa baru sekarang? benarkah apa yg nak didedahkan tu? saya sangsi dalam perkara ini..sudah-sudahlah tu..sesama Islam tak baik memfitnah, nanti tak masuk syurga....

jiddin

pemimpin dan pegawai tinggi yang mempunyai banyak kuasa, jika tidak dididik nafsu mereka, mempunyai ruang-ruang yang banyak untuk terjebak dalam rasuah seperti kata pepatah 'kuasa itu rasuah, kuasa mutlak rasuah secara mutlak (tidak terbatas)' tidak terkecuali pemimpin dan pegawai mana sekalipun, dahulu ke sekarang.

mahmood bin mohd mustahed

Allah maha mengetahui, kebenaran pasti akan memadamkan kepalsuan, orang yang selama ini mendakwa pemimpin kerajaan adalah golongan perasuah kini terbukti, dirinya sendiri pelopor kepada jenayah tersebut. Insaflah pintu taubat masih terbuka.