Kosmo Online - Negara |
Ariel Peterpan dipenjara, denda Posted: Ariel Peterpan dipenjara, dendaARIEL PETERPAN diiringi oleh polis keluar dari pekarangan Mahkamah Daerah Bandung selepas dijatuhi hukuman semalam. BANDUNG - Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda 250 juta rupiah (RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya dengan artis Luna Maya dan Cut Tari. Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu, Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan. Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup.
Mendengar keputusan itu, beberapa peminat wanita Ariel kelihatan menangis. Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Januari lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadap penyanyi itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Posted: 500 pelajar mula dipindahOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA dan MOHD. YUNUS YAKKUB KUALA LUMPUR - Seramai 500 pelajar Malaysia berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai semalam. Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Husaini Saleh berkata, arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan. "Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Januari lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter Posted: Harga petrol RON97 naik 10 sen seliterKUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti. Beliau berkata, kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada AS$105 setong minggu ini berbanding AS$100 sebelum ini. "Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekali gus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini. Zulkifli berkata, harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu. Pada 4 Januari lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen menjadikannya RM2.40 seliter. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan