Isnin, 31 Januari 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


BN menang besar

Posted:

BN menang besar

BN menang besar


MUHYIDDIN Yassin mengangkat tangan Mohd. Azahar Ibrahim setelah diumumkan sebagai pemenang kerusi DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, malam tadi. - Utusan/ISHAK RAHMAD


LABIS 30 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.

Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.

Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.

"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.

Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.

Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.

Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.

Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.

Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.

"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.

"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kemenangan jadi perangsang - PM

Posted:

Kemenangan jadi perangsang - PM

Kemenangan jadi perangsang - PM

ABU DHABI 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini meneruskan momentum kejayaan parti itu dalam pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi, Perdana Menteri berkata, momentum kejayaan yang ditunjukkan di DUN Tenang berterusan selepas BN mencapai kemenangan di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah pada November lalu.

''Ia membuktikan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata tetapi mampu diterjemahkan di tiga buah negeri yang berasingan.

''Semua ini menunjukkan trend peningkatan sokongan kepada BN termasuk sebelumnya di Parlimen Hulu Selangor boleh dikatakan semakin menyeluruh dan mantap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia, di sini hari ini.

Najib mengulas kejayaan calon BN di DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim yang menewaskan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi pada pengundian yang dijalankan hari ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun peratusan keluar mengundi menurun berikutan banjir yang melanda namun beliau berharap kejayaan tersebut dijadikan dorongan merangsangkan BN di negeri-negeri lain bagi membuat persediaan untuk membolehkan kejayaan lebih besar dicapai.

''Walaupun kita menghadapi tentangan agak hebat di DUN Tenang daripada jentera pembangkang tetapi segala isu yang dilemparkan oleh mereka tidak diterima oleh pengundi.

''Sebaliknya pengundi membuat keputusan yang bijak dan matang bahawa apa yang mereka penting ialah masa depan kawasan dan negara pada keseluruhan, ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka kepada BN semakin kukuh dan meningkat.

''Ia memberikan kita semangat untuk bekerja lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat. Saya selalu menekankan bahawa apa yang kita lakukan mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, mereka akan membalas balik usaha berkenaan dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN," katanya.

Beliau berkata, BN akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di DUN Tenang termasuk undi-undi yang telah diperolehi sama ada di peti undi pengundi Melayu, Cina dan India.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin dan jentera BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sayap-sayap UMNO dan sahabat BN seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Makkal Sakhti dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu kejayaan BN. - utusan

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kemenangan tanda penerimaan rakyat - TPM

Posted:

Kemenangan tanda penerimaan rakyat - TPM

Kemenangan tanda penerimaan rakyat - TPM

LABIS 30 Jan. - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti undi lebih besar berbanding 2008 membuktikan gagasan 1Malaysia semakin diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat termasuk pengundi Cina.

Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan itu juga adalah satu manifestasi penolakan rakyat Johor terhadap Pas yang dilihat semakin tersasar daripada perjuangan asal mereka.

"Kemenangan ini adalah cerminan keyakinan pengundi pelbagai kaum terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan kepimpinan BN di peringkat negeri.

"Ia membuktikan dasar-dasar yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri disambut baik oleh semua kaum dan kemenangan ini sangat signifikan kepada kami kerana ia meneruskan momentum kemenangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi.

Kemenangan itu menyaksikan BN memperoleh peningkatan majoriti sebanyak 1,215 sekali gus mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, selepas penyandang sebelum ini, Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia pada 17 Disember lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun jumlah majoriti itu tidak mencapai sasaran awal sebanyak 5,000 undi tetapi beliau tetap berbangga kerana pola sokongan rakyat semua kaum kini kembali kepada BN.

Katanya, ia terbukti apabila BN berjaya menawan kembali dua daripada tiga kawasan pengundi majoriti Cina yang kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, selain sokongan pengundi India juga positif.

"BN akan berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk meningkatkan lagi keyakinan rakyat walaupun kali ini kita menang dua daripada tiga kawasan majoriti Cina yang melambangkan sokongan kaum itu sudah kembali kepada kerajaan," katanya.

Mengenai sasaran 5,000 yang gagal dicapai, Muhyiddin berkata, ia hanya strategi dan pendekatan untuk memastikan jentera BN di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman bekerja keras.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan