Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 27 Jan 2011 09:13 AM PST MukaDepan Isu Interlok sebagai teks KOMSAS Tingkatan Lima selesaiKUALA LUMPUR: Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataannya menjelaskan kata sepakat bagi menyelesaikan isu novel itu dicapai setelah beliau, Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam. Berikut ialah kenyataan penuh Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran:"Saya telah mengadakan perbincangan dengan YB Senator Datuk G Palanivel, Presiden MIC dan YB Datuk S Subramaniam, Timbalan Presiden MIC semalam (kelmarin) mengenai isu penggunaan novel Interlok sebagai teks komponen sastera (KOMSAS) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 5. Pagi ini (semalam), saya, YB Senator Datuk G Palanivel dan YB Datuk S Subramaniam telah mengadakan perbincangan dengan YAB Perdana Menteri untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan isu ini. Dalam semangat muafakat Barisan Nasional, kita telah bersetuju bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan 5 di Zon 2, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Untuk itu, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. Panel ini akan dianggotai oleh pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India. Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat. Sementara pindaan ini disiapkan, Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid. Novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedar ke sekolah-sekolah. Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membuat pindaan secara teliti supaya tidak timbul lagi sebarang pertikaian mengenai novel Interlok selepas ini. Saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini diambil dengan mengambil kira pandangan semua pihak bahawa novel Interlok adalah sebuah karya yang amat baik demi memupuk dan memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Oleh itu, keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Pada masa yang sama, kita akan memastikan sebarang pindaan yang dibuat pada novel ini tidak akan menjejaskan jalan cerita dan juga mesej murni yang ingin disampaikan oleh Sasterawan Negara, Y Bhg Datuk Abdullah Hussain melalui karyanya." Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenrohana bt taib kenapa dari awal ,tidak di ambil tindakan.dah guna, baru sekarang sedar ada kesilapan.cubalah ubah yang terbaik, belum terlambat. shinosuke nohara kenapa semasa novel ini ditulis tidak disuruh tukar? kenapa dari dulu lagi tak diubah?kenapa baru sekarang? daripada diubah adalah lebih baik ditarik balik dan digantikan dengan buu lain. kerana perubahan yang kecil itu umpama mengubah cetusan sejarah. kita sebagai rakyat malaysia kena sentiasa ingat asal usul kita...saya tidak pernah malu dengan asal usul saya. yang penting sebagai generasi baru, kita perlu mengambil iktibar daripada pengalaman lepas. jadikannya sebagai pendorong untuk terus memajukan negara dan menyatukan rakyat negara ini. renung-renungkan..:) rossa v 1 malaysia...mic positif la sikit...tak kan sejarah nak diubah...macamana generasi muda nak tahu sejarah yang sebenar...kalu benar kenapa takut... Milam Hashim Jika dipinda 'Interlok' sudah tidak asli lagi,kesannya satu persoalan berlegar diminda pelajar hingga bila-bila. ramzamanap Penggunaan interlok dalam kompenen sastara Kpm diteruskan dengan beberapa pindaan. Tetapi hairanjuga perkataan paria dalam novel itu tidak sebanyak mana?. Apa pula yang dipertikaikan novel sememangnya punyai dilai sejarah dan kebetulannya yang tepat. sekiranya ada ketidak betulan apa yang ditulis, penulis menghadpai risiko kena saman. Serupa juga dengan Dpb yang telah disama kerana terjemahan air pasang keling dalam kamusnya. Macam manana kalau ia jadi sensitif arang lain tidak pulak?.Adakah mereka mangamalkan kasta dimalaysia ini? hanya orang india sahaja yang tahu?waulahualam. zmie Sekali lagi "sejarah" telah ditulis semula.Tidakakah ini menceroboh HAK mutlak penulis Novel Interlok.Novel Interlok tidak seharusnya menjadi mangsa.Ia harus berdiri diatas sifatnya sendiri.Apakah demi "kesepakatan" BN karya Sasterawan Negara harus dirobek. Sungguh "MEMUALKAN". siti mariam bt hasan intipati dlm interlok adalah yag terbaik.....itulah perkataan yang paling sesuai.... jaafar Kalau perkara betul,buat apa nak pinda.Nampak sangat menaku salah padahal ianya tak salah. |
400,000 buku teks BI ditarik balik Posted: 27 Jan 2011 09:06 AM PST MukaDepan KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) English Year 1 Sekolah Kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.Berikutan itu, kerajaan dipercayai menanggung kerugian jutaan ringgit berdasarkan harga buku teks itu RM8.20 sebuah, namun tiada tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak kerana perkara itu disifatkan sebagai kesilapan manusia. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata sementara menunggu buku teks cetakan baru siap, guru dinasihatkan terus menggunakan buku teks berkenaan. "Kementerian Pelajaran kesal kesalahan dalam buku teks itu dan sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa penyemakan semula bagi melakukan pembetulan. Buku teks itu akan digantikan dengan buku teks cetakan baru mulai Mac depan," katanya.Berita Harian 5 Januari lalu melaporkan Kementerian Pelajaran mengarahkan Bahagian Buku Teks (BBT) meneliti dakwaan buku teks itu dicemari banyak kesalahan tatabahasa, kosa kata dan struktur ayat, sekali gus segera mengambil tindakan susulan. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, dipetik berkata, sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran murid lancar. Sebelum itu, akhbar New Straits Times dalam ruangan surat pembaca menyiarkan dakwaan seorang pembaca buku teks Bahasa Inggeris Tahun Satu 2011 mengandungi banyak kesalahan tatabahasa, kosa kata dan struktur ayat.
Sementara itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz, berkata kira-kira 396,000 buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan akan dicetak bermula minggu pertama Februari. Apabila buku teks cetakan baru itu sudah diedarkan ke semua sekolah kebangsaan, katanya, buku teks sedia ada yang mengandungi kesalahan akan ditarik balik dan dilupuskan. Ditanya mengenai punca kesalahan dalam buku teks itu, beliau menyifatkannya sebagai kesilapan manusia yang terlepas pandang kerana ia tetap berlaku walaupun sudah disaring panel penilai DBP dan Kementerian Pelajaran. Justeru, tiada tindakan akan diambil terhadap penulis dan editor buku teks itu kerana kesalahan berkenaan tidak dapat diletakkan sepenuhnya kepada mana-mana pihak.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan