Ahad, 30 Januari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Pusat selidik ekologi terbesar dunia

Posted:

Pusat selidik ekologi terbesar dunia

Pusat selidik ekologi terbesar dunia

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak melambai tangan sewaktu menyeberangi Jambatan Maliau bersama Musa Aman sewaktu melawat Kem Kesedaran Alam Sekitar di kawasan pemuliharaan Lembangan Maliau, Sabah, semalam.


TAWAU 29 Jan. - Lembangan Maliau akan menjadi pusat penyelidikan ekologi terbesar dunia hasil penubuhan Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau dan pelancaran program penyelidikan di kawasan hutan pemuliharaan terkenal itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan kedua-dua projek di kawasan hutan perlindungan yang juga dikenali sebagai 'The Lost World' (Dunia yang hilang) Sabah itu membuktikan komitmen negara dalam memulihara alam sekitar dan menguruskan hutan secara mapan.

"Projek penyelidikan selama 10 tahun itu bertujuan mengkaji kesan alam sekitar daripada aktiviti pengubahsuaian hutan seperti pembalakan dan pembangunan ladang dari kawasan hutan," katanya ketika merasmikan pusat kajian itu yang terletak kira-kira empat jam perjalanan dari sini.

Katanya, projek penyelidikan dikenali sebagai Kestabilan Ekosistem Hutan Yang Berubah (SAFE) itu melibatkan kerjasama antara Yayasan Sime Darby dengan saintis dari Program Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara Royal Society, United Kingdom.

Dalam lawatan pendek hari ini, Najib yang menjadi Perdana Menteri pertama melawat kawasan itu juga sempat meluangkan masa menaiki 'skybridge' atau laluan kanopi merentasi Sungai Maliau di Kem Belian yang terletak tidak jauh dari sini.

Najib berkata, Lembangan Maliau akan memainkan peranan penting dalam penyelidikan tersebut kerana ia mengandungi flora dan fauna unik serta beberapa spesies haiwan dilindungi.

"Hanya 25 peratus daripada kawasan hutan Lembangan Maliau yang terdiri daripada kawasan seluas 58,000 hektar telah diteroka setakat ini melalui ekspedisi-ekspedisi yang dijalankan pada 1986, 1996, 2001 dan 2005.

"Difahamkan jumlah air terjun yang terdapat di kawasan ini melebihi di Semenanjung Malaysia dan setakat ini 40 daripadanya telah ditemui," katanya.

Beliau berkata, kelebihan lembangan itu menjadikan ia sebagai kawasan yang sangat sesuai untuk menjalankan penyelidikan jangka panjang memandangkan Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang mempunyai mega biodiversiti di dunia.

Katanya, penghargaan kepada ciri-ciri unik, kepelbagaian dan nilai yang ditawarkan oleh hutan hujan tropika negara, kita mesti melindungi sistem dan sumber alam ini selaras dengan Konvensyen Kepelbagaian Biologi.

"Hasil penyelidikan projek ini bukan sahaja akan memberi faedah kepada ahli akademik tetapi juga kesan kepada negara, industri kelapa sawit, Kumpulan Sime Darby dan masyarakat melalui kesedaran awam, pembinaan keupayaan, peluang pekerjaan dan faedah ekonomi masyarakat setempat," katanya.

Katanya, setakat ini tiada kajian menyeluruh dijalankan dalam mengenal pasti kesan penebangan hutan kepada hidupan liar, kualiti air, kestabilan tanah, suhu dan sebagainya.

"Sehubungan itu, kajian ini akan menjadi penyumbang utama kepada kita untuk memahami bagaimana biodiversiti boleh dilindungi dan diuruskan dengan baik di kawasan perladangan yang dibangunkan," katanya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, projek SAFE juga akan melibatkan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan Imperial College.

Katanya, Lembangan Maliau yang terletak di selatan negeri itu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan dikategorikan sebagai Hutan Simpan Perlindungan Kelas 1, iaitu ia tidak boleh diteroka kini dan juga masa depan.

Pusat Pembelajaran Lembangan Maliau mula dibina pada Oktober 1999 dan siap pada September 2003. Syarikat IKEA menjadi penyumbang utama kepada pembangunan pusat kajian ini.

yang menyumbang pembinaan kem satelit, jambatan dan laluan, menara tinjau dan jambatan gantung Maliau.

Pengerusi Yayasan Sime Darby, Tun Musa Hitam pula berkata, sumbangan sebanyak RM30 juta oleh yayasan untuk projek itu membuktikan syarikat perladangan di Malaysia bertanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar di sebalik usaha pembukaan ladang-ladang baru.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

WP petunjuk pembangunan negara - TPM

Posted:

WP petunjuk pembangunan negara - TPM

WP petunjuk pembangunan negara - TPM

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bertekad untuk terus meningkatkan usaha demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara termasuk di Wilayah Persekutuan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi menzahirkan Malaysia sebagai sebuah negara bersatu, maju dan dihormati di persada antarabangsa dengan menjadikan pencapaian Wilayah Persekutuan sebagai petunjuknya.

Di samping itu katanya, warga Wilayah Persekutuan juga selama ini berjaya memperkukuhkan ciri-ciri kemakmuran sebagai sebuah masyarakat metropolitan yang harmoni dan dihormati di seluruh dunia.

"Di sinilah, tidak kira sama ada tuan-tuan dan puan-puan tinggal di Kuala Lumpur, Putrajaya mahupun Labuan, dengan komposisi pelbagai latar belakang, bangsa dan agama serta status sosial dan ekonomi, berjaya mempamerkan gagasan dan falsafah 1Malaysia yang sebenarnya.

"Justeru, Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang paling sejahtera di dunia dengan menduduki tangga ke-22 di peringkat global dan kedua di Asia mengatasi Jepun dan Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Melancarkan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, jemaah menteri dan timbalan menteri serta duta dan pesuruhjaya tinggi asing.

Tahun ini Kuala Lumpur mencapai usia 37 tahun; Labuan (27) manakala Putrajaya berusia 10 tahun.

Muhyiddin menambah, kerajaan akan terus merancang pelbagai program yang mempunyai daya keberhasilan tinggi (outcome driven) pada tahun ini demi kepentingan rakyat.

"Kita sedar bahawa Wilayah Persekutuan perlu menjadi model atau contoh terbaik pembangunan Malaysia.

"Beberapa Projek Permulaan (EPP) Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berindeks tinggi di bawah Greater KL/Klang Valley akan menjadi tumpuan kerajaan di Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 2011," ujarnya.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut melancarkan lagu baru rasmi Wilayah Persekutuan bertajuk Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera.

Sementara itu, Raja Nong Chik memberitahu, kira-kira 7,000 peserta daripada 88 kontinjen mengambil bahagian dalam perbarisan Hari Wilayah Persekutuan kali ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

24,652 lagi terima wang ihsan

Posted:

24,652 lagi terima wang ihsan

24,652 lagi terima wang ihsan

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


HAMPIR 4,000 mangsa banjir hadir bagi mendapatkan wang ihsan daripada Kerajaan Persekutuan di Anak Bukit, Alor Setar, semalam. -mingguan/Kamal Basir


ALOR SETAR 29 Jan. - Sebanyak 24,652 lagi mangsa banjir di negeri ini akan menerima bantuan wang ihsan yang mula diagihkan hari ini sehingga bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, agihan wang tunai sebanyak RM500 setiap keluarga itu akan diadakan secara berperingkat bermula di kawasan Parlimen ini dan diikuti kawasan lain yang terlibat banjir.

"Hari ini bermula fasa kedua untuk mangsa-mangsa banjir yang terjejas kediaman mereka tetapi tidak berpindah ke pusat-pusat pemindahan. Kita akan agihkan wang ini secara berperingkat di daerah-daerah terbabit sehingga selesai pada bulan depan.

"Fasa pertama pengagihan melibatkan mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan dan 14,928 keluarga sudah menerima wang masing-masing pada bulan lepas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian wang ihsan banjir kepada 3,900 keluarga bagi kawasan Parlimen Alor Setar di Anak Bukit di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.

Menurut Ahmad Bashah, pengagihan seterusnya melibatkan mangsa di Kuala Kedah pada esok bertempat di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kedah dan Pokok Sena pada 31 Januari di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung.

"Jadi, janganlah dengar khabar angin semuanya akan dibayar hari ini. Kita akan bayar mengikut jadual kerana jumlah mangsa yang terlibat agak tinggi, jadi mustahil boleh diagihkan dalam satu hari," katanya.

Mengulas tentang kelewatan pengagihan fasa kedua tersebut katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) terpaksa membuat penyemakan semula secara terperinci bagi mengelakkan berlaku sebarang pertindihan dan memastikan hanya mangsa yang layak menerima wang tersebut.

"Kita mahu wang ini sampai kepada mereka yang benar-benar layak kerana ada juga mereka yang mengambil kesempatan menipu dengan mendaftar lebih daripada satu nama untuk satu keluarga.

"Proses pemutihan ini berjalan lancar jadi hari ini kita tunaikan janji untuk agihkan semuanya," katanya lagi.

Menurutnya, dijangkakan keseluruhan 39,580 mangsa banjir seluruh negeri ini akan menerima agihan wang ihsan tersebut yang berjumlah RM19.8 juta.

"Jika ada lagi mangsa banjir yang tercicir selepas keseluruhan mangsa yang sudah berdaftar ini memperoleh wang ihsan, kita akan kaji lagi untuk memastikan semua mangsa mendapat pembelaan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan