Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 25 Jan 2011 09:25 AM PST PUTRAJAYA: Gejala demam denggi di seluruh negara semakin menuntut kerjasama orang ramai bagi memeranginya apabila kadar kes demam denggi semakin meningkat selari dengan peningkatan kes yang membabitkan kematian pada tahun lalu. Kebimbangan itu dibuktikan dengan peningkatan kes demam denggi dari 46,171 kes membabitkan 134 kematian pada tahun lalu berbanding 41,486 kes dengan 88 kematian pada 2009 Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar), berkata peningkatan jumlah kes dan tambahan 46 kematian pada tahun lalu memang membimbangkan. Beliau berkata, berdasarkan perangkaan, 10 negeri turut mencatatkan peningkatan kes kematian pada tahun lalu dan ia membabitkan Kelantan sebanyak 10 kematian; Johor (9), Melaka dan Sarawak (7) dan Pulau Pinang (6).
Pertandingan itu membabitkan peserta dari 100 sekolah menengah yang ditugaskan melakukan pemeriksaan terhadap 100,000 rumah di tempat mereka di samping menasihati orang ramai mengenai bahaya nyamuk aedes. "Bagi kematian kes denggi pula, sebanyak 15 daripada 134 kematian membabitkan pelajar iaitu tujuh kematian membabitkan pelajar sekolah menengah dan lapan kematian bagi pelajar sekolah rendah," katanya. |
Penagih, pencuri motosikal dicekup Posted: 25 Jan 2011 09:19 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 36 individu membabitkan pelbagai kesalahan termasuk penagih dadah dan curi motosikal ditahan dalam Operasi Pembersihan di dua lokasi berasingan di sini, petang kelmarin. Operasi dilakukan sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di Jalan San Peng dan Jalan Petaling itu turut mengeluarkan 72 saman trafik terhadap pengguna jalan raya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan