Sabtu, 31 Mac 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Usah buat perkara sentuh sensitiviti kaum, agama'

Posted: 31 Mar 2012 02:28 PM PDT

Nasional

NAJIB  sambil diperhatikan Ismail  bersalaman dengan warga FELDA pada Majlis Pemimpin Bersama Warga FELDA di FELDA Triang 3,  Bera, semalam.

NAJIB sambil diperhatikan Ismail bersalaman dengan warga FELDA pada Majlis Pemimpin Bersama Warga FELDA di FELDA Triang 3, Bera, semalam.

BERA: Datuk Seri Najib Razak mahu semua pihak tidak melakukan apa juga perkara yang dilihat boleh menyentuh sensitiviti kaum dan agama di negara ini.

Perdana Menteri berkata, langkah itu satu prinsip perlu dipatuhi dan dihormati semua pihak.

"Apa pun, kita tidak hendak (perkara sentuh sensitiviti kaum dan agama) jadi punca salah faham antara penganut pelbagai agama di negara kita," katanya selepas menghadiri majlis Bersama Peneroka Gugusan Bera di FELDA Triang 3, dekat sini, semalam. Najib berkata demikian sebagai mengulas gesaan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) dalam sebuah portal berita yang merayu Perdana Menteri supaya tidak membenarkan mana-mana pihak menganjurkan seminar yang boleh mengancam penyebaran agama lain di Malaysia.

Jabatan Pelajaran Johor semalam dilaporkan mengadakan seminar berkaitan pengajian Islam kepada guru dengan memfokuskan kepada isu penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam.

Perdana Menteri berkata: "Kita boleh bincang berkenaan soal akidah, tapi tidak boleh tidak sensitif pada pihak lain, sama ada orang Islam kepada bukan Islam, atau orang bukan Islam kepada Islam."

Dalam pada itu, beliau berkata, perkara menyentuh sensitiviti kaum dan agama boleh diselewengkan atau dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.
"Maklum sajalah dekat pilihan raya, semua perkara boleh diseleweng atau dipusingkan menjadi isu politik, sebab itulah kena berhati-hati dalam perkara ini," katanya.

PTPTN diberi dana tambahan RM6 bilion

Posted: 31 Mar 2012 02:25 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN beramah mesra dengan seorang pengunjung Karnival Pengajian Tinggi  Negara 2012, Mohd Hanifudin Ramli, sambil diperhatikan Mohamed Khaled, Saifuddin, serta Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Nor (kanan) di PWTC, semalam.

MUHYIDDIN beramah mesra dengan seorang pengunjung Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012, Mohd Hanifudin Ramli, sambil diperhatikan Mohamed Khaled, Saifuddin, serta Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Nor (kanan) di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM6 bilion kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tempoh dua tahun, mulai tahun ini bagi membiayai pengajian pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata permohonan penambahan dana yang dikemukakan kementeriannya itu diluluskan dalam mesyuarat Kabinet, kelmarin.

"Dana bagi 2012 dan 2013 itu diluluskan kerajaan selepas melihat kepentingan dan relevan PTPTN dalam membiayai pengajian pelajar IPT. "Sehingga 29 Februari lalu, 1.9 juta peminjam menerima pembiayaan PTPTN membabitkan pembayaran RM43.6 bilion," katanya berucap pada majlis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Majlis perasmian penutup karnival itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Khaled berkata, bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat 8.8 peratus kepada 202,339 tempat berbanding 185,966 pada sesi akademik lalu.

Katanya, peningkatan itu merangkumi pertambahan 11 peratus tempat peringkat ijazah iaitu daripada 51,805 kepada 57,492 tempat, manakala kemasukan peringkat diploma, sijil pengajian teknikal dan latihan vokasional (TEVT)-Politeknik serta meningkat 25 peratus daripada 78,780 kepada 99,034.
Beliau berkata, pertambahan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT, terutama bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

"Mulai tahun ini juga, empat universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diberi autonomi dalam pengurusan kemasukan pelajar peringkat Ijazah Pertama," katanya.

Mengenai karnival pula, Khaled berkata, ia berjaya menarik lebih 460,000 pengunjung sepanjang penjelajahannya di seluruh negara.

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Dua pemandu lori ditahan

Posted:

Dua pemandu lori ditahan

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
pengarang@utusan.com.my

ALOR GAJAH 31 Mac - Dua pemandu lori ditahan selepas menghalang dan mempertikaikan tindakan sepasukan polis menahan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan di sebuah kawasan kuari pasir, Parit Melaka di sini Rabu lalu.

Kedua-duanya yang berusia 30 dan 42 tahun itu ditahan dalam operasi pukul 2 petang.

Ketua Operasi Unit Khas Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, semasa melakukan pemeriksaan, kedua-dua lelaki itu enggan memberikan kerjasama.

"Akibat tindakan yang tidak mengendahkan arahan polis itu menyebabkan mereka ditahan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam melakukan tugas," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Khas Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

200 warga Afrika merusuh, cederakan Rela

Posted:

200 warga Afrika merusuh, cederakan Rela

HULU LANGAT 31 Mac - Kira-kira 200 warga Afrika merusuh dan mencederakan sekumpulan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kondominium Venice Hill, Batu 9 di sini hari ini, selepas dikatakan menjadi punca kematian seorang rakan mereka.

Warga Afrika yang kebanyakannya menetap di kondominium itu dikatakan turun beramai-ramai untuk mencari anggota Rela terbabit yang bertugas semasa kejadian kira-kira pukul 1 petang.

Mereka bukan sahaja merosakkan harta benda malah beberapa anggota Rela yang sedang mengawal di kondominium itu turut cedera dipukul.

Malah pondok pengawal yang terletak di pintu masuk kediaman tersebut turut dirosakkan.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, sebelum rusuhan, seorang warga Nigeria cuba mencabul seorang tukang cuci wanita di tingkat 15 di kondominium tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Rasuah: Inspektor dipenjara, denda RM20,000

Posted:

Rasuah: Inspektor dipenjara, denda RM20,000

IPOH 31 Mac - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dihukum penjara setahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menerima rasuah RM1,000, tiga tahun lalu.

Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan Shamsi Norman Latif, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar dipenjara tiga bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Shamsi didakwa secara rasuah meminta suapan RM2,000 daripada Abdul Khalim Abdullah Sani, 56, bagi mengurangkan berat dadah miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Cawangan Narkotik IPD Kuala Kangsar kira-kira pukul 12 tengah hari, 11 Disember 2009.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima rasuah RM1,000 daripada anak lelaki tersebut, Hasnida Abdul Khalim baji tujuan sama di dalam kenderaan di Jalan Dang Selili berhampiran Bank Rakyat Kuala Kangsar pada pukul 1.15 petang hari yang sama.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Tanah untuk Macma - MB

Posted:

Tanah untuk Macma - MB

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 31 Mac - Kerajaan negeri akan menyediakan tapak bagi membolehkan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) membina sebuah masjid bercirikan seni bina Cina di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, masjid yang bakal dibina itu nanti diharap turut dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran dan ruang rehat untuk memudahkan ahli Macma dari seluruh negara berkumpul di Pahang.

"Dalam fikiran saya mungkin boleh gunakan kuarters kerajaan atau mendapatkan tanah yang sesuai pada harga munasabah untuk pembinaan masjid ini," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Macma di sini baru-baru ini.

Hadir sama Presiden Macma Malaysia, Datuk Dr. Mustapha Ma.

Pada majlis tersebut, kerajaan negeri meluluskan geran, masing-masing sebanyak RM30,000 untuk Macma Malaysia dan Macma Pahang.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

IPD Jerantut hargai sumbangan pegawai, anggota

Posted:

IPD Jerantut hargai sumbangan pegawai, anggota


AZID Ismail (kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada Koperal Asnou Endon (dua kanan) sempena sambutan Hari Polis ke-205 peringkat daerah di IPD Cawangan Trafik Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 31 Mac - Seramai 54 pegawai dan anggota polis lain-lain pangkat menerima sijil penghargaan di atas perkhidmatan yang dijalankan sempena sambutan Hari Polis Ke-205 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, sijil tersebut dianugerahkan bagi menghargai jasa pegawai dan anggota yang terlibat dalam menangani jenayah dan kes-kes lain di daerah ini.

"Setiap tahun kita akan memilih pegawai serta anggota yang memberi perkhidmatan yang baik dan hari ini mereka menerima sijil dari saya serta Ketua Polis Negeri.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Media cermin nurani rakyat

Posted:

Media cermin nurani rakyat

Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmatnya dapat kita semua bersama-sama pada malam ini bagi menjayakan Malam Wartawan Malaysia 2012 yang diadakan khusus untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI - Petronas 2011.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Institut Akhbar Malaysia (MPI), selaku pihak penganjur majlis ini, di atas undangan yang dipanjangkan kepada saya, untuk menjadi tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para wartawan yang telah menghasilkan karya-karya kewartawanan yang diiktiraf cemerlang sepanjang tahun lalu.

Usaha mengiktiraf kecemerlangan para pengamal media melalui kerjasama strategik antara MPI dan Petronas ini merupakan satu usaha yang baik dan murni demi meningkatkan mutu kewartawanan itu sendiri. Saya berharap kerjasama dua entiti berlainan bidang ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, melampaui tahun 2014 selepas penajaan Petronas berakhir.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Martabatkan jenama Islam Islam di tangan siapa?

Posted:

Martabatkan jenama Islam Islam di tangan siapa?

DI BANDAR Mostar, Bosnia Herzegovina terdapat mercu tanda berupa sebuah jambatan melengkung yang dibina tanpa tiang pada awal zaman pemerintahan Empayar Islam Osmaniah. Dalam perang penghapusan orang Islam oleh puak Serb pada 90-an, jambatan yang bersejarah itu musnah akibat bedilan bom.

Atas inisiatif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), jambatan yang asalnya dibina oleh arkitek Islam bernama Sinan itu berjaya dibangunkan semula. Sinan yang berketurunan Turki turut membina beberapa masjid tersohor yang menjadi mercu tanda zaman kegemilangan pemerintahan Othmaniah yang berpusat di Turki. Malah Taj Mahal di India yang suatu masa dulu dianggap bangunan tercantik di dunia turut mendapat sentuhan minda dan tangan Sinan.

Jambatan Mostar dari segi rupanya tidaklah sehebat Taj Mahal, tetapi yang mengagumkan jurubina dan jurutera UNESCO semasa pembinaan semula ialah kekukuhannya sekalipun dibina tanpa tiang.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini.

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


11 rakyat malaysia cedera

Posted:

11 rakyat malaysia cedera

11 rakyat malaysia cedera

PASUKAN penyelamat termasuk bomba melakukan kerja memadam api dan menyelamat mangsa di hadapan Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai semalam.


BANGKOK – Seramai lima orang terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hotel semalam di Hatyai semalam, kata beberapa pegawai.

Hatyai yang terletak dalam wilayah Songkhla ialah bandar raya terbesar di selatan Thailand yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kebakaran berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza yang terletak di pusat bandar Hatyai pada pukul 1 petang waktu tempatan (pukul 2 petang waktu Malaysia).

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan memberitahu, letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tingkat satu bangunan 33 tingkat itu.

Katanya, sejumlah 11 rakyat Malaysia yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Hatyai.

Bagaimanapun jelasnya, status kecederaan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

"Pihak kami sedang mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan gas itu. Namun tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Wilayah Songkhla, Grisada Boorach pula memberitahu, empat lelaki dan seorang wanita maut dalam tragedi tersebut, namun identiti masing-masing masih belum dikenalpasti.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PTPTN dapat tambahan RM6 bilion

Posted:

PTPTN dapat tambahan RM6 bilion

PTPTN dapat tambahan RM6 bilion

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah meluluskan penambahan dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM6 bilion bagi tahun ini dan tahun 2013.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, permohonan daripada kementeriannya itu telah diluluskan pada mesyuarat mingguan Kabinet kelmarin memandangkan penting dan relevannya tabung itu bagi membiayai pengajian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Sehingga 29 Februari lepas, seramai 1.9 juta peminjam telah menerima pembiayaan PTPTN berjumlah RM43.6 bilion," katanya di sini semalam.

Mohamed Khaled berkata, bagi sesi akademik 2012/2013, bilangan tempat yang akan ditawarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dijangka meningkat sebanyak 8.8 peratus berbanding sesi akademik lepas iaitu daripada 185,966 tempat kepada 202,339 tempat.

"Peningkatan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam merealisasikan hasrat mengarusperdanakan pengajian TEVT terutamanya bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam negara," katanya.

Dua korban renjatan elektrik

Posted:

Dua korban renjatan elektrik

Dua korban renjatan elektrik

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


ANGGOTA polis dan penduduk kampung mengangkat mayat Rosli dan Mohd. Daishan di Kampung Tengah, Bukit Panau, Tanah Merah malam kelmarin untuk dibawa ke Hospital Tanah Merah.


TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


2 peguam dituduh tipu RM12j

Posted: 30 Mar 2012 02:30 PM PDT

MukaDepan

DINESH ditemani isteri selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 bersabit kes pecah amanah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

DINESH ditemani isteri selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM200,000 bersabit kes pecah amanah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Seleweng tabung amanah Orang Asli beli 27 kondo

KUALA LUMPUR: Dua peguam anak beranak, S Kanawagi dan Dinesh Kanavaji mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas 11 tuduhan pecah amanah dan bersubahat mengeluarkan wang daripada Tabung Amanah `Linggui Valey Orang Asli (Jakuns) Trust' berjumlah RM12 juta, sembilan tahun lalu.

Bagi tuduhan pertama, Kanawagi, 67, didakwa sebagai ejen pemegang amanah dana terbabit dengan curangnya melakukan pecah amanah meluluskan pengeluaran wang RM7 juta bagi pembelian 27 kondominium di Lanai Gurney di sini, untuk kepentingan sendiri serta Syarikat Virgin Properties, antara 14 Julai 2008 hingga 13 Julai 2009. Bagi tuduhan kedua hingga ketiga, dia didakwa membuat dua pindahan telegrafik masing-masing RM328,279.83 dan RM47,933.42 antara 17 Januari 2003 hingga 28 Februari 2004.

Kanawagi juga menghadapi tujuh tuduhan mengeluarkan wang daripada akaun amanah itu RM2.5 juta bermula 2001 hingga 2008.

Bagi tuduhan ke-11, Kanawagi didakwa bertindak bertentangan dengan pemegang amanah mengeluarkan wang daripada tabung sama RM2.2 juta untuk dibayar kepada penama Hamzah Mohamed Tahir, 66.

Sementara itu, anak lelakinya, Dinesh, 34, didakwa bersubahat dengan Kanawagi dalam meluluskan pengeluaran wang dana itu RM7 juta bagi pembelian kondominium untuk kepentingannya serta syarikat Virgin Properties, yang mana tertuduh adalah salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Tetuan Khana & Company, Nombor 3 Jalan Abdullah, Off Jalan Bangsar di sini, dan bagi semua tuduhan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mahmud Abdullah membenarkan kedua-duanya diikat jamin masing-masing RM700,000 dengan dua penjamin dan RM200,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga mengarahkan kedua-duanya menyerahkan pasport antarabangsa serta menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, Manjeet Singh Dhilon manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Farhan Read dan C Vignesh Kumar.

Sehingga jam 4.30 petang semalam, hanya Kanawagi membayar jaminan RM700,000.
Pada 31 Mei 2011, Kanawagi dihukum penjara enam tahun dan didenda RM80,000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas dua tuduhan memalsukan surat kuasa (PA) dan satu tuduhan memberikan keterangan palsu dalam satu prosiding saman pemula, 19 tahun lalu.

Hakim Rosenani Abdul Rahman, membenarkan hukuman penjara itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan rayuan Kanawagi dengan menaikkan jaminan daripada RM200,000 kepada RM400,000.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

annacomel

senyum peguam ini...macam tidak bersalah pulak..dapat dilihat sebelum ini peguam boleh mengenepikan undang-undang..yang bersalah menjadi tidak bersalah..yang tidak bersalah menjadi bersalah kerana kununnya kepintaran mereka.Sepatutnya peguam ini dikenakan hukuman 2 kali ganda berbanding orang awam yang lain.

meow meow

x abez2 pecah amanah..boroi la kau

Roti Planta

Hanya hukuman penjara dan rampas harta sahaja yang boleh menakutkan golongan ini. Jika baling kasut kena penjaran setahun maka hukuman penjara 10-20 tahun sahaja layak untuk mereka. Dikhuatiri nanti pembelit ini bebas dengan denda minima sahaja setelah Hakim dibelit oleh Manjeet Singh.

Ahmad Bin Fadzil

Susah nak cari peguam yang amanah seperti Sulaiman Akhlaken dalam filem P.Ramlee,Tiga Abdul.Wahai Tuan Sidik Sigaraga,Hamba telah menjalankan amanah Tuan Hamba.

RAZALI BIN JEMI

sepatutnya peguam terbabit di hukum dgn hukuman lg keras..klu di india dan china dah mati dah 2 ekor india ni..mentang2 peguam skrg byk bangsa diaorang senang2 nak tipu orang ramai..harap2 mati la diaorang ni kena sumpit oranag asli..kerajan kena tegas dan pantau golongan2 lawyer ni yg mereka bangga konon ye mereka ni org2 pro..tp pro menipu ..


Raja Ashman mangkat akibat asma

Posted: 30 Mar 2012 02:28 PM PDT

MukaDepan

DATIN Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin menabur bunga di makam suaminya, Almarhum Raja Ashman Shah di Makam Diraja Bukit Chandan, semalam.

DATIN Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin menabur bunga di makam suaminya, Almarhum Raja Ashman Shah di Makam Diraja Bukit Chandan, semalam.

KUALA KANGSAR: Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah, 54, mangkat akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kirakira jam 1.30 pagi semalam.

Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Kuala Kangsar dan ditempatkan di ruang khas tingkat dua bangunan Istana Iskandariah, sebelum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman dijalankan selepas Asar.

Bacaan talkin disempurnakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Lebih 1,000 kerabat diraja dan orang kenamaan serta rakyat mula menziarahi jenazah Almarhum sejak jam 11 pagi.

Sultan Azlan Shah mendahului keluarga diraja menjirus air mawar dan menabur bunga di makam anakandanya itu diikuti Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun.

Ini diikuti Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara; Raja Di Hilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan kerabat diraja lain.

Balu baginda Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin dan putera mereka Datuk Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, 20, serta dua puteri, Raja Eminah Alliyah, 18, dan Raja Bainunisa Safia, 17, turut menjirus air mawar dan menabur bunga mawar di makam baginda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menziarahi kira-kira jam 3.40 petang.

Beberapa kenamaan lain kelihatan termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat, diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Baginda anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-Undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-Undang dari Cambridge University pada 1985.

Sepanjang hayat Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd., Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.

Raja Ashman penyokong setia pasukan hoki negara selain aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah

Kosmo Online

Kosmo Online


Basikal: Firdaus ungguli ujian masa individu

Posted:

Basikal: Firdaus ungguli ujian masa individu

Basikal: Firdaus ungguli ujian masa individu

31/03/2012 10:16pm

KANGAR — Pelumba pelapis kebangsaan, Mohd Firdaus Abdul Karim menjuarai acara ujian masa individu Kejohanan Berbasikal Remaja Kebangsaan Sportexcel/MSN/MILO/PKBM/PBNPs bawah umur 17 dan 18 tahun, di sini hari ini.

Pelumba berusia 18 tahun itu mencatat masa 25 minit 53.65 saat bagi menamatkan jarak sejauh 18.4 kilometer untuk menyingkirkan pencabar terdekatnya dari Terengganu, Md Badrul Hakimi Hamid yang mencatat kepantasan 26:21.05s.

Seorang lagi pelumba Terengganu, Muhammad Nadzmi Zakari menduduki tempat ketiga acara itu dengan masa 26:25.07s.

Bagi acara ujian masa individu wanita berumur bawah 17 dan 18 tahun, pelumba Selangor, Nur Farah Ain Amran muncul juara dengan cartatan masa 29:36.15s mmanakala pelumba Melaka, Aimi Iwasaki Muhammad Moritoshi di tangga kedua dengan masa 31:00.44s.

Bagi acara ujian masa individu lelaki bawah 16, pelumba Melaka, Muhammad Naim Suardi muncul juara dengan catatan masa 27:15.97s manakala tempat kedua disandang pelumba Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Muhamad Hisyamudin bin Jaafar dengan masa 27:17.09s.

Pelumba pelapis kebangsaan Nur Jeha Iwani Roslan dari Kedah muncul juara ujian masa individu perempuan bawah 16 dengan mencatat masa 31:18.44s manakala pelumba Kuala Lumpur, Sean Wilsan (31:18.80) di tangga kedua.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Persatuan Berbasikal Negeri Perlis. — BERNAMA

Skuasy Terbuka KL: Nicol lakar hatrik

Posted:

Skuasy Terbuka KL: Nicol lakar hatrik

Skuasy Terbuka KL: Nicol lakar hatrik

31/03/2012 10:14pm



KUALA LUMPUR 31 MAC 2012: Nicol David mencium trofi kejohanan yang dimenangi setelah berjaya menewaskan pemain Hong Kong, Annie Au 11-4, 12-10 dan 11-9 pada Kejohanan CIMB Nicol David KL Open Squash di Berjaya Times Square, Jalan Imbi disini hari ini. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR — Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David membuktikan kejaguhannya di hadapan peminat tempatan apabila merangkul Kejohanan Terbuka KL CIMB Nicol David buat kali kelapan di sini, hari ini.

Nicol, pemain pilihan utama dalam kejohanan yang baru dikitraf oleh Persatuan Skuasy Wanita (WSA) itu, mengetepikan pemain nombor satu Hong Kong, Annie Au 11-4, 12-10, 11-9 dalam masa 36 minit pada perlawanan akhir.

"Menjuarai gelaran ini buat kali kelapan begitu menakjubkan tetapi memenangi kejohanan menggunakan nama sendiri buat pertama kali amat berharga dan istimewa," kata Nicol selepas saingan di Berjaya Times Square di sini.

Tahun ini, Kumpulan CIMB selaku penaja utama, mengubah nama kejohanan itu sempena nama Nicol David sebagai menghargai sumbangan ratu skuasy itu kepada negara.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu membawa pulang hadiah wang tunai US$11,400 (RM34,906) serta piala manakala Annie menerima US$7,800 (RM23,883).

Selepas kejayaan di sini, Nicol akan menyertai Kejohanan Terbuka British dari 13 hingga 20 Mei ini dan tidak akan beraksi pada Kejohanan Berpasukan Asia yang dijadual dari 1 hingga 5 Mei di Kuwait.

"Tahun ini, kejohanan Asia terlalu dekat dengan Terbuka British dan malangnya saya terpaksa berundur kali ini. Saya yakin skuad Malaysia cukup mantap untuk memberi saingan kepada pasukan lain," katanya.

Sementara itu, pada aksi final lelaki, Omar Mossad dari Mesir mengalahkan Adrian Grant dari England 11-6, 12-10, 14-12, 11-6 dan 11-8 dalam tempoh 112 minit untuk meraih gelaran sulung dan kemenangan kedua tahun ini.

"Perlawanan ini memang sengit sekali mulai dari awal lagi. Ia sungguh memenatkan tetapi saya bangga dengan keadaan fizikal yang baik," kata Omar.

Beliau menerima hadiah wang tunai US$8,075 (RM24,725) serta piala manakala Grant, selaku naib juara, membawa pulang US$5,525 (RM16,917). — BERNAMA

Piala Axiata: Leopards tumpas kepada Rajawali

Posted:

Piala Axiata: Leopards tumpas kepada Rajawali

Piala Axiata: Leopards tumpas kepada Rajawali

31/03/2012 10:01pm

KUALA LUMPUR — Skuad badminton Malaysia Leopards seperti diduga gagal menandingi Indonesia Rajawali apabila kecundang 3-0 pada saingan pertama suku akhir Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras, di sini hari ini.

Indonesia Rajawali mengutip mata pertama menerusi pemain ranking ke-16 dunia, Tommy Sugiarto yang mengalahkan Misbun Ramdan Misbun 21-17, 21-16.

Beregu pelapis Indonesia, Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan menyusul selepas itu untuk menambah mata kedua dengan mengatasi gandingan Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat 21-15, 22-20.

Impian negara untuk memperoleh sekurang-kurang satu mata tidak kesampaian apabila perseorangan kedua Leopards, Zulfadli Zulkifli kalah kepada Dynosius Hayum Rumbaka 11-21, 5-21.

Kekalahan skuad pelapis kebangsaan itu bagaimanapun tidak merisaukan jurulatih negara, Hendrawan yang menganggap skuad itu telah mencapai sasarannya untuk mara ke separuh akhir kejohanan.

"Apa yang penting daripada Piala Axiata adalah pendedahan. Di atas kertas, kita memang tidak berpeluang untuk mengalahkan mereka.

"Harap pemain muda kita boleh belajar daripada pengalaman ini," katanya selepas perlawanan itu. — BERNAMA

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Dirasuk 40 kali sehari

Posted: 30 Mar 2012 01:00 PM PDT

KOTA BHARU: "Ketika dirasuk, saya pernah memanjat pokok ubi kayu di belakang rumah seperti kera dan anehnya batang pokok itu tidak patah," kata Suhaini Abdul Aziz, 30, yang menderita terkena sihir sejak Oktober tahun lalu.

Suri rumah itu juga mengakui pernah cuba mencekik anaknya sendiri, terjun tingkap dan berlari keluar meninggalkan rumah selain menyembah barangan berwarna kuning serta meracau dalam bahasa Siam, malah berperwatakan seperti orang tua.

Katanya, masalah misteri itu berlaku selepas 40 hari ibunya meninggal dunia pada Oktober tahun lalu dan selepas berkahwin dengan suami baru sebelum berlarutan sehingga kini.

"Sejak disihir, apabila ada 'benda' memasuki badan, saya hanya mampu bercakap di dalam hati kerana dikunci di dalam, seolah-olah dikawal seseorang," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mani, Kuala Besar, di sini.


Menurutnya, sebelum dirasuk dia boleh merasa beberapa tanda awal sebelum mendakwa ada 'benda' misteri yang akan memasuki tubuhnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Nyawa kalis peluru

Posted: 30 Mar 2012 01:00 PM PDT

TELUK INTAN: Seorang tauke ayam terselamat daripada maut buat kali kedua apabila tembakan dipercayai dilepaskan pembunuh upahan hanya mencederakan pipinya dalam kejadian berhampiran rumahnya di Hutan melintang di sini, awal pagi semalam.

K Sooria Theymudu, 40, sebelum ini pernah cedera di pergelangan tangan ditembak seorang lelaki di hadapan rumahnya di Jalan Feri, Simpang Empat, di sini, pada 20 Oktober tahun lalu. Semalam, dia sekali lagi bernasib baik apabila tembakan dalam serangan mendadak jam 6.30 pagi itu hanya melukakan pipinya walaupun ditembak bertalu-talu oleh penjenayah dari jarak dekat.


Bagaimanapun, serangan semalam meragut nyawa pekerjanya, warga Bangladesh, Md Masum Sheik Md Surat Ali, 30, apabila tembakan mengenai bahu dan perut lelaki itu menyebabkannya maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohd Zaki Harun berkata, kejadian berlaku ketika Sooria dan pekerjanya menaiki van dari rumah ke Taman Seri Bernam di sini, untuk mengambil seorang lagi pekerja yang tinggal di taman berkenaan.


Beliau berkata, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba keluar dari sebuah kereta dan melepaskan tiga das tembakan ketika van dipandu Sooria memasuki taman berkenaan.


"Satu daripada tembakan itu mengenai pipi Sooria manakala dua das lagi tembakan mengenai perut serta baru pekerja warga Bangladesh itu.

"Sebaik melepaskan tembakan suspek melarikan diri dengan kereta. Lelaki Bangladesh itu mati di tempat kejadian manakala Sooria cedera di pipi," katanya.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk dibedah siasat manakala Sooria dirawat di hospital sama.

"Polis kini memburu penjenayah terbabit dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


"Mereka yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintanden Sanusi Salleh di talian 05-6299222 atau balai polis berhampiran," katanya.




Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Siasatan kes remaja perempuan ditemui di Thailand selesai: Polis

Posted: 30 Mar 2012 04:58 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Kes remaja perempuan yang ditemui di Thailand dan mendakwa kononnya diculik sudah selesai, menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Mazlan Othman, berkata siasatan kes itu sudah selesai dan polis kini menunggu maklum balas daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

"Kami sudah serahkan remaja perempuan itu kepada ibunya dan semua lima remaja Myanmar kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). "Mereka sudah menerimanya dan semua sudah selesai," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Sukan Polis Selangor di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Remaja perempuan dan lima remaja Myanmar berusia antara 14 dan 17 tahun itu diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac lalu. - BERNAMA

A380: Kerja naik taraf di KLIA siap

Posted: 30 Mar 2012 04:53 AM PDT

Mutakhir

SEPANG: Kerja-kerja menaik taraf di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kos RM116.8 juta untuk disesuaikan dengan Airbus A380, pesawat komersial terbesar setakat ini, sudah siap.

Kerja-kerja menaik taraf berkenaan termasuk landasan, ruang pesawat bergerak, kekuatan turapan, keperluan perkhidmatan darat, jambatan udara ketiga dan lounge menunggu.

Pengurus Besar KLIA, Mohammad Suhaimi Abdul Mubin, berkata proses pembinaan bermula pada 3 April, 2006 dan siap pada 28 Februari, 2007. "Pesawat A380 memerlukan tiga jambatan udara antipelanggaran untuk penumpang untuk masuk dan keluar daripada pesawat ke atau dari pintu lounge menunggu.

"Pesawat lain biasanya memerlukan dua jambatan udara tetapi bagi pesawat A380 jambatan udara tambahan disediakan untuk penumpang dek atas," katanya kepada pemberita yang meninjau kesediaan lapangan terbang itu hari ini.

Katanya, program latihan dan suai kenal pesawat A380 dijadual diadakan pada Jun depan sebagai persediaan petugas di lapangan terbang dan kakitangan Malaysia Airlines untuk mengendalikan pesawat baru itu.

Lounge menunggu dua dek untuk A380 itu meliputi kawasan seluas 1,600 meter persegi, mempunyai 12 televisyen, sembilan telefon awam dan enam tempat duduk keutamaan untuk orang kelainan upaya.
Lounge menunggu boleh memuatkan 450 hingga 480 penumpang pada satu-satu masa dengan kawasan berasingan untuk ketibaan dan berlepas.

Pesawat A380 diperuntukkan di tiga pintu iaitu C17, C27 and C37.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Malaysia Airlines, Hayati Ali, berkata penyerahan pesawat berkenaan dijangka pada Jun depan manakala penerbangan sulung ke London bermula 1 Julai.

Penyerahan lima lagi pesawat Airbus A380 dijadualkan pada Julai, Ogos, Oktober, Disember depan serta Februari tahun depan. - BERNAMA

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


LTAM hab penerbangan selatan

Posted:

LTAM hab penerbangan selatan

LTAM hab penerbangan selatan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam (lima kanan) bergambar dengan peserta rombongan dari Tanjung Pinang yang menaiki pesawat Sky Aviation di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka, semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 30 Mac - Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam di sini berpotensi sebagai hab penerbangan kawasan selatan khususnya ke Indonesia, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurutnya, usaha untuk menjadikan LTAM sebagai hab penerbangan pelancongan adalah berdasarkan sambutan menggalakkan rakyat Indonesia yang mengunjungi Melaka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata, tumpuan utama adalah dalam sektor pelancongan kesihatan yang menyaksikan kunjungan seramai 80,056 daripada 350,133 orang sepanjang tahun lalu.

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Bandar Permaisuri berubah wajah

Posted:

Bandar Permaisuri berubah wajah

Oleh ADNAN MOHAMAD
utusanterengganu@utusan.com


LOKASI bangunan kedai yang bakal dibina oleh Majlis Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, Terengganu. - UTUSAN/ADNAN MOHAMAD


SETIU 30 Mac - Bandar Permaisuri yang merupakan sebuah pusat pentadbiran utama bagi daerah ini dijangka berubah wajah apabila Majlis Daerah Setiu (MDS) akan membina dua bangunan kedai serta rumah teres bernilai lebih RM11 juta pada tahun ini.

Pelaksanaan tiga projek berkenaan di tiga lokasi sekitar bandar ini mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri, Pusat dan pihak swasta. Ia dilihat akan merancakkan lagi pembangunan daerah Setiu yang turut mendapat perhatian daripada pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan.

Yang Dipertua MDS, Ishamudin Hashim berkata, daripada peruntukan itu, pihaknya akan membina sebuah bangunan dua tingkat yang menempatkan enam unit ruang kedai serta pejabat berhampiran Bank CIMB, di sini yang berharga RM3 juta.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Penderitaan Akmal Izzati terus dapat perhatian

Posted:

Penderitaan Akmal Izzati terus dapat perhatian


Che Azman Sulaiman (kiri) menyerahkan barang-barang sumbangan kepada Che Harun Deris di Kampung Air Tilam Nibong, Tanah Merah, Kelantan, kelmarin.


TANAH MERAH 30 Mac - Penderitaan mangsa ragut, Akmal Izzati Che Harun, 23, dari Kampung Air Tilam Nibong dekat sini, terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Terbaru, syarikat Salem Aziz Textiles tampil menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian iaitu susu, lampin pakai buang, tisu lembap dan kering bernilai kira-kira RM5,000.

Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Cawangan Salem Aziz Textiles Tanah Merah, Che Azman Sulaiman yang memberitahu, bantuan akan diberikan secara berperingkat mengikut keperluan gadis terbabit.

"Barangan yang dihantar pada peringkat pertama ini dianggarkan bernilai RM1,000 untuk kegunaan sebulan. Setelah itu, pihak kami akan menyusul dari sebulan ke sebulan sehingga peruntukan tersebut berjumlah RM5,000.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Program Minda Bersih ubah sikap golongan miskin

Posted:

Program Minda Bersih ubah sikap golongan miskin


IDRIS Jusoh (kanan) memperkatakan sesuatu kepada ahli keluarga yang terpilih di bawah Program Minda Bersih di Kampung Padang Tapong, Besut, Tererngganu, semalam.


BESUT 30 Mac - Usaha mengubah cara berfikir dan bertindak bagi golongan termiskin perlu sentiasa digerakkan supaya mereka serta ahli keluarga dapat menikmati kehidupan lebih baik serta tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, menerusi cara itu golongan miskin juga mampu memiliki keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib mereka sendiri dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

Usaha itu katanya, tidak harus dipertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan yang telah mencuba dengan pelbagai cara untuk mengubah nasib golongan itu, sebaliknya perlu digerakkan secara bersama oleh pihak lain.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.