Kosmo Online - Negara |
Posted: 'Saya dikerah seperti hamba'Oleh SHAH NIZAM OMAR SEORANG anggota polis mengambil keterangan daripada kanak-kanak di pusat tahfiz, Lukut, Port Dickson semalam. SHAH ALAM – Seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun. Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari. "Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya. "Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan," ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
Posted: Novel Interlok kekal digunakanKUALA LUMPUR - Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. "Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya dalam satu kenyataan semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
Posted: Setengah jam bertarung nyawaLOKASI bot dinaiki lima nelayan terbalik di Kuala Tok Bali, Pasir Puteh semalam. PASIR PUTEH - Lima nelayan terpaksa berhempas pulas selama setengah jam bagi menyelamatkan diri selepas bot laut dalam yang mereka naiki terbalik dipukul ombak besar ketika cuba memasuki muka muara Kuala Tok Bali di sini semalam. Semasa kejadian pada pukul 8.30 pagi, kelima-lima mangsa terpaksa berpaut pada perut bot yang beberapa kali terbalik dipukul ombak setinggi lima meter ketika bot itu cuba memasuki kuala muara terusan Semerak. "Ketika bot hanyut dibawa ombak menghampiri pantai, saya memberanikan diri terjun berenang ke pantai," kata salah seorang nelayan So Hon Yu, 51, ketika ditemui di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan