Sabtu, 29 Januari 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Mati lemas di kolam renang hotel

Posted:

Mati lemas di kolam renang hotel

Mati lemas di kolam renang hotel

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


ANGGOTA polis bertanya sesuatu kepada Mohd. Rosidi mengenai mayat Tan Kaw Liong yang mati lemas di kolam renang sebuah hotel di Alor Setar, kelmarin.


ALOR SETAR 29 Jan. - Sambutan Tahun Baru Cina minggu depan pasti tidak bermakna buat satu keluarga apabila salah seorang daripada anggota keluarganya mati lemas ketika mandi dalam kolam renang di sebuah hotel, di sini semalam.

Mayat mangsa, Tan Kaw Liong, 36, peniaga dari Alor Mengkudu di sini ditemui oleh penyelamat renang hotel tersebut pukul 5.30 petang.

Kaw Liong dikatakan ke kolam tersebut bersama dua lagi anaknya berusia tiga dan enam tahun yang mandi di kolam kanak-kanak bersebelahan.

Menurut ibu mertua mangsa, Ooi Swee Keow, 61, menantunya itu mengadu sakit dada sejak beberapa hari lalu.

"Saya telah menasihatkan dia tidak berenang tetapi dia mahu keluar juga bersama-sama anaknya dan tak disangka jadi begini.

"Ini berita yang sangat menyedihkan kami sekeluarga terutama ketika menjelang Tahun Baru Cina," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Penyelamat renang, Mohd. Rosidi Mohd. Ali, 37, memberitahu, ketika kejadian dia mandi di bilik air bersebelahan kolam sebelum dimaklumkan dua kanak-kanak mengenai seorang lelaki lemas di dalam kolam.

Katanya, dia yang bergegas ke situ mendapati seorang lelaki tenggelam di dasar kolam renang tersebut.

"Saya cuba memberi pertolongan cemas dan menekan dada mangsa tetapi gagal. Saya juga memegang nadi mangsa tetapi mangsa sudah mati," katanya yang sudah empat tahun bekerja di situ.

Mohd. Rosidi mendakwa ketika kejadian ada seorang lagi penyelamat bertugas, namun hairan kerana anak mangsa tidak meminta bantuan petugas tersebut.

Sementara itu, pengurus hotel yang mahu dikenali sebagai Chong memberitahu, mangsa bukan pelanggan di premis tersebut, namun sebelum kejadian mangsa sempat membeli barang di situ.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzman Mohd. Jan berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat lemas.

"Kejadian disedari dua kanak-kanak yang nampak ada orang tidur dalam kolam. Tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Doktor bongkar remaja rahsia kelahiran anak

Posted:

Doktor bongkar remaja rahsia kelahiran anak

Doktor bongkar remaja rahsia kelahiran anak

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Sikap prihatin seorang doktor melaporkan kepada polis tentang keadaan mencurigakan pesakitnya yang menerima rawatan kerana mengalami pendarahan, berjaya membongkar rahsia remaja perempuan itu yang baru melahirkan anak.

Tindakan itu juga membolehkan polis menjejaki tempat tinggal remaja tersebut sebelum menemui mayat seorang bayi perempuan dibungkus dengan kain di dalam almari pakaian.

Remaja berusia 21 tahun itu merupakan pekerja kantin di sebuah kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek pergi ke Jabatan Kecemasan Hospital Selayang untuk menerima rawatan kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Katanya, doktor yang merawatnya bagaimanapun merasa curiga dan mendapati suspek mungkin telah melahirkan anak.

"Berikutan itu, doktor terbabit melaporkannya kepada polis. Polis yang bergegas ke tempat tinggal gadis itu menemui mayat bayi disembunyikan dalam almari pakaian di sebuah bilik pekerja.

"Siasatan turut mendapati suspek melahirkan anak di dalam sebuah tandas di kem PLKN terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui mayat bayi berkenaan yang masih mempunyai uri dan cukup sifat tanpa tanda-tanda kecederaan.

Katanya, suspek yang berasal dari Maran, Pahang, baru bekerja di kantin kem tersebut kerana mengikut kakaknya yang juga pekerja di situ, sebulan lalu.

"Suspek kini ditahan di wad hospital terbabit kerana kehilangan darah dan keadaannya dilaporkan stabil," ujar beliau.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan