Selasa, 25 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Dikhuatiri lemas setelah terjun sungai

Posted:

Dikhuatiri lemas setelah terjun sungai

Dikhuatiri lemas setelah terjun sungai

25/01/2011 10:04pm

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam sungai di Kampung Pulau Bahagia, di sini malam tadi.

Bagaimanapun laporan kehilangan Khairul Hakim Dagang, 20, hanya dibuat pada pukul 3 petang ini di Balai Polis Manir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Ismail Mat Hassan berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh 15 anggota termasuk unit skuba sebaik pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan itu.

Lelaki itu dikatakan berada di tepi sungai itu bersama tiga lagi rakannya dan menurut laporan yang diterima, dia bersama seorang rakan terjun ke dalam sungai itu apabila terkejut dengan kehadiran polis, katanya ketika di temui di tempat kejadian hari ini.

Beliau berkata. pemuda itu dikatakan tidak tahu berenang, manakala rakan-rakannya dapat menyelamatkan diri. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

15 rakyat Iran ditahan, syabu dirampas

Posted:

15 rakyat Iran ditahan, syabu dirampas

15 rakyat Iran ditahan, syabu dirampas

25/01/2011 9:55pm

KUALA LUMPUR – Polis menahan 15 rakyat Iran, dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah, dalam beberapa siri operasi di sekitar Lembah Klang dari 18 Januari hingga Ahad lepas.

Serbuan di beberapa kawasan kediaman turut menemui sebuah makmal mini memproses dadah, dan menghasilkan rampasan dadah jenis Methamphetamine atau syabu sebanyak 78.7 kilogram bernilai RM15.7 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan rakyat Iran berusia lingkungan 20 dan 40 tahun, termasuk dua wanita itu dibuat hasil pemantauan serta risikan berterusan polis selama lima bulan.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, Noor Rashid berkata, pada bulan ini, seramai 32 rakyat Iran ditahan berkaitan jenayah pengedaran dadah yang melibatkan rampasan syabu seberat 115.9 kilogram bernilai kira-kira RM23 juta.

"Kita percaya kemungkinan kesemua mereka merupakan anggota rangkaian sindiket yang sama, dan telah beroperasi lama di dalam negara, dengan tumpuan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

"Dadah itu diseludup dari negara luar dan diproses di negara ini berdasarkan penemuan makmal mini," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

“Dilarang Masuk” guna kamera Canon DSLR

Posted:

"Dilarang Masuk" guna kamera Canon DSLR

"Dilarang Masuk" guna kamera Canon DSLR

25/01/2011 9:51pm

KUALA LUMPUR – Filem tempatan bertajuk "Dilarang Masuk" merupakan filem pertama di Asia yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi kamera Canon DSLR EOS 5D Mark II.

Penerbit bersama filem itu, Esma Daniel berkata, kamera yang mempunyai kemampuan video Digital High Definition (HD) itu mampu memberi kesan khas dan kualiti gambar yang lebih tinggi berbanding kaedah lama yang menggunakan filem seluloid.

"Dengan saiz kamera yang agak kecil berbanding video kamera yang biasa digunakan, ia dapat menjimatkan tempoh pengambaran dan tidak mengganggu pergerakan para pelakon," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran filem tersebut di sini hari ini.

Filem arahan arahan Jeffrey Chiang ini yang berbentuk triler seram mengisahkan mengenai misteri sebuah banglo yang ditumpangi empat sekawan.

Ia dibintangi Esma, Shiqin Kamal, Azma Aizal Yusoof, Isma Hanum Husein dan Munif Isa Badrul.

Esma berkata, mereka membuat keputusan menggunakan kamera berkenaan kerana ia mempunyai ciri-ciri tersendiri dan merupakan salah satu langkah inovatif dalam pembikinan filem. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan