Utusan Online - Kota |
RM12 juta naik taraf Hospital Pusrawi Posted: RM12 juta naik taraf Hospital Pusrawi
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Kerja-kerja menaik taraf Hospital Pusrawi yang sedang giat dilakukan bakal menyaksikan jumlah katil di hospital itu ditambah kepada 236 berbanding 189 yang sedia ada. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, selain itu beberapa kemudahan lain turut dibina antaranya Unit Fisioterapi dan Rehabilitasi, wad eksklusif, pusat dialisis dan dewan serbaguna. Katanya, projek menaik taraf itu yang melibatkan kos RM12 juta dijangka siap pada pertengahan tahun ini. ''Usaha ini dilakukan bagi memenuhi permintaan rawatan yang meningkat sejajar dengan penambahan doktor dan kepakaran yang ada di Hospital Pusrawi. ''Ini juga membolehkan Hospital Pusrawi menawarkan kepakaran baru seperti rawatan bedah saraf kepada pelanggannya yang mana rawatan ini masih terhad,'' katanya. Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau perkembangan pembinaan dan pengubahsuaian aras lapan dan sembilan Hospital Pusrawi di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr. Muhammad Yamin Ismail dan Pengerusi Hospital Pusrawi Sdn. Bhd., Datuk Abdul Aziz Hassan. Sementara itu katanya, wad eksklusif yang dibina di aras lapan akan menempatkan 17 bilik dengan layanan eksklusif kepada pelanggan sejajar dengan objektif hospital yang bukan sahaja menumpukan kepada rawatan tetapi juga layanan. "Pusat Dialisis Pusrawi juga akan ditempatkan di aras lapan dan mampu memberikan rawatan kepada 20 pesakit pada satu masa. ''Hal ini bagi mengatasi masalah pesakit terpaksa menunggu bagi mendapatkan temujanji dan membolehkan lebih ramai pesakit menjalankan rawatan di sini," katanya. Tambah beliau, pembinaan dewan serbaguna di aras sembilan bagi menyediakan ruang kepada pelanggan menghadiri aktiviti seperti ceramah kesihatan dan kelas antenatal. Katanya, Unit Fisioterapi dan Rehabilitasi yang ditempatkan di aras sembilan bukan sahaja menawarkan perkhidmatan fisioterapi tetapi merangkumi rawatan terapi pekerjaan. | ||
Posted: Hilang mata pencarianOleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
AMPANG 31 Jan. - Seramai 16 peniaga warga emas di pangsapuri Pandan Perdana 700 di sini kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan gerai mereka baru-baru ini. Mereka yang sedih dengan apa yang berlaku itu menyifatkan tindakan MPAJ itu seolah-olah bertujuan menganiaya peniaga dan penduduk di pangsapuri itu. Secara tidak langsung, kata mereka, tindakan itu telah menyentap punca pendapatan peniaga yang rata-rata sudah 12 tahun menjalankan perniagaan. Seorang peniaga yang menjalankan perniagaan kedai makan, Ali Hasyhim, 67, berkata, tindakan MPAJ itu boleh dianggap keterlaluan kerana tidak mengambil kira latar belakang peniaga yang terlibat. Katanya, sudah 12 tahun dia menjalankan perniagaan di situ dan kini dia sudah kehilangan punca pendapatan bagi menampung kehidupan dia sekeluarga. "Mengapa MPAJ harus mengganggu peniaga di sini padahal kami bukanya mengganggu sesiapa pun, malah hasil perniagaan kami juga tidak seberapa. "Biarlah kami menjalankan perniagaan seperti biasa, kerana inilah satu-satunya sumber pendapatan utama semua peniaga yang terlibat," katanya. Dia juga mempersoalkan alasan mengganggu penduduk sebagai punca gerai di situ dirobohkan kerana sebahagian besar pelanggan gerai itu adalah penduduk di kawasan tersebut. Ahmad Sulong pula berkata, gerai-gerai itu tidak terletak di tepi jalan yang mungkin boleh mengganggu kelancaran lalu-lintas, sebaliknya semua gerai terletak di dalam kawasan pangsapuri. Malah, ujarnya, penduduk juga selesa dengan kewujudan gerai-gerai itu kerana menawarkan harga makanan dan minuman yang lebih murah berbanding di kawasan lain. Seorang lagi peniaga, M. Govinda, 46, berkata, tindakan MPAJ merobohkan kedai runcitnya menyebabkan dia kerugian hampir RM15,000. Katanya, dia sangat kesal dengan tindakan MPAJ itu kerana melalui perniagaan kedai runcit itu, dia dapat menyara anak-anaknya yang masih bersekolah. "Biarlah kami menjalankan perniagaan seperti biasa kerana sudah 12 tahun kami berada di sini dan tiada penduduk yang membantah," katanya. Katanya, walaupun peniaga terlibat ditawarkan berniaga satu kawasan lain berhampiran pangsapuri itu tetapi kadar sewa yang ditawarkan sangat tinggi. "Peniaga dikenakan sewa sebanyak RM430 sebulan dan jumlah itu memang tidak mampu dibayarkan oleh peniaga kerana keuntungan kami tidak besar, sekadar cukup untuk menampung keluarga sahaja," katanya. G. Moorty, 28, pula berkata, sudah dua kali dia membuat rayuan kepada MPAJ dan wakil rakyat kawasan itu, namun tidak pernah dilayan. "Tiba-tiba MPAJ datang dan terus roboh gerai-gerai peniaga di sini tanpa ada sebarang notis. "Tidak cukup dengan itu, barang-barang perniagaan dan duit semuanya dirampas dan sehingga kini masih belum dipulangkan lagi," jelasnya. "Tindakan ini sangat kejam dan saya sangat kecewa dengan MPAJ yang langsung tidak membela nasib peniaga kecil seperti kami," katanya. Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad menjelaskan, tindakan merobohkan gerai-gerai itu adalah disebabkan pemilik gerai di situ mengingkari notis untuk berpindah ke penempatan semula gerai di lokasi berhampiran. Katanya, operasi tersebut juga dijalankan kerana pihaknya sudah mendapat aduan daripada penduduk yang tidak bersetuju gerai-gerai dibina di bawah rumah mereka sejak 2003 lagi. | ||
Nasib peniaga akan dibela - UMNO Pandan Posted: Nasib peniaga akan dibela - UMNO PandanPeniaga berhimpun bagi membantah tindakan MPAJ merobohkan gerai mereka yang didakwa tanpa notis di pangsapuri Pandan Perdana 700, Ampang, baru-baru ini. KUALA LUMPUR 31 Jan. - UMNO Bahagian Pandan akan membantu peniaga warga emas di Pangsapuri Pandan Perdana 700 di sini yang gerai mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), baru-baru ini. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd. Iszeham Hamid berkata, pihaknya akan sentiasa memberi sokongan kepada peniaga yang dianiaya oleh tindakan pihak berkuasa tempatan itu. Katanya, beliau akan mengambil tindakan segera iaitu menghantar surat untuk berbincang dengan Yang Dipertua MPAJ untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. "Diharap melalui perbincangan itu nanti, satu keputusan akan dapat dicapai untuk membantu para peniaga di situ yang rata-ratanya hidup dalam serba kekurangan. "Kita tidak akan lepas tangan dan melihat sahaja para peniaga berkenaan ditindas oleh mana-mana pihak," katanya. Beliau berkata, pihaknya juga terkilan dengan tindakan MPAJ yang tidak memberikan masa secukupnya serta berbincang dengan peniaga sebelum tindakan meroboh diambil. Soalnya sekarang, ujarnya, di mana peniaga di situ mahu mencari rezeki kerana kebanyakannya mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil pendapatan perniagaan itu sahaja. Katanya, dakwaan yang menyatakan gerai-gerai itu menyusahkan penduduk juga dianggap hanya sekadar alasan kerana hasil pemantauan pihaknya, gerai itu dilihat tidak mengganggu sesiapa. "Malah kewujudan gerai-gerai tersebut juga tidak menganggu lalu lintas dikawasan tersebut," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan