Ahad, 30 Januari 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Keputusan tidak rasmi: Felda Tenang - BN 954, PAS 160

Posted: 30 Jan 2011 02:41 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Keputusan tidak rasmi: Felda Tenang - BN memperoleh 954 undi, PAS 160 undi.

BN dahului PAS bagi undi pos di Tenang

Posted: 30 Jan 2011 02:35 AM PST

Mutakhir

LABIS: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman, bagi undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini hari ini, demikian diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil itu, Md Asri Amir.

Katanya daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi.

Beliau turut mengumumkan satu kertas undi pos ditolak. Pengumuman dibuat di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini petang ini.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan