Rabu, 26 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


27 pegawai bomba naik pangkat

Posted:

27 pegawai bomba naik pangkat

27 pegawai bomba naik pangkat

Oleh FAUZI MOHD
pengarang@utusan.com.my


Md. Salleh Sarbini (duduk tujuh dari kanan) bergambar bersama pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat pada program Perhimpunan Tahunan dan Pemakaian Tanda Pangkat di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri, Kuala Terengganu, semalam. - utusan/Fauzi Mohd


KUALA TERENGGANU 25 Jan. - Seramai 27 pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini dinaikkan pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan I, II dan Pegawai Bomba Tertinggi.

Azmi Salleh merupakan pegawai tunggal dinaikkan pangkat kepada Pegawai Bomba Tertinggi diikuti 10 pegawai ke pangkat Pegawai Bomba Kanan I.

Antaranya ialah Zailani Hussin, Mat Zakri Che Long, Wan Nadris Wan Mohamad, Azhar Noh, Rajalee Abd. Rahman, Rozali Hussin, Roslan Jalil dan Mohd. Zazuli Badru.

Seramai 16 lagi dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Bomba Kanan II, termasuklah Aluwi Musa, Othman Abu Bakar, Kamaruzaman Md. Ali, Nadzir Musa, Sahruddin Mohamed, Ramli Sidek dan Ayob Mamat.

Pengarah jabatan itu, Md. Salleh Sarbini berkata, kenaikan pangkat tersebut diharap dapat mengatasi masalah kekurangan pegawai di peringkat negeri sekali gus memantapkan lagi operasi kebombaan dan penyelamatan di negeri ini.

"Anugerah serta pemberian pangkat ini merupakan satu insentif yang diberi kepada mana-mana pegawai bomba yang bertugas dalam jabatan serta telah menunjukkan prestasi kerja dan khidmat yang cemerlang," katanya.

Beliau berucap pada Perhimpunan Tahunan dan Pemakaian Tanda Pangkat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para pegawai sedia ada untuk sentiasa merebut peluang yang ditawarkan oleh jabatan.

Jelasnya, ia akan memantapkan ilmu kebombaan, sejajar dengan visi jabatan dalam menjadikan sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang bertaraf dunia.

Pada majlis itu juga, pegawai dari Bahagian Keselamatan Kebakaran, Mustafa Abd. Hadi turut menerima penghargaan kerana terpilih mewakili JBPM ke World Firefighters Games, di Daegu, Korea tahun lalu.

Mustafa memenangi pingat emas dalam acara badminton beregu lelaki pada kejohanan itu dan terdahulu telah menyertai pertandingan yang sama di Australia pada 2007 dan England pada tahun berikutnya.

Md. Salleh juga turut merakamkan penghargaan kepada JBPM negeri kerana telah menjuarai pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan tahun lalu.

"Kemenangan ini sedikit sebanyak menaikkan imej JBPM negeri serta sebagai pembakar semangat untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kumpulan Aman Damai muncul juara debat USM

Posted:

Kumpulan Aman Damai muncul juara debat USM

Kumpulan Aman Damai muncul juara debat USM

KOTA BHARU 25 Jan. - Kumpulan Aman Damai muncul juara Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) 2011 yang berlangsung di Auditorium Pembangunan Siswa, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, di sini kelmarin.

Kumpulan itu yang bertindak selaku pembangkang dengan tajuk perbahasan, Penghayatan Kelestarian Bukan Retorik diwakili oleh Azimah Ashaari, Nurul Hasanah Ismail dan Affiqka Humaira Abdullah yang turut terpilih sebagai pendebat terbaik.

Naib juara disandang oleh Persatuan Pelajar Tanpa Asrama (Petas) yang diwakili oleh Mohamad Saifudin Mohamad Salleh, Khairol Azhar Abd. Jalil dan Muhamad Muchlis Maghribi.

Seramai 52 mahasiswa mewakili 10 desasiswa USM menyertai pertandingan itu anjuran Majlis Penggawa Desa Siswa universiti berkenaan dan dikendalikan oleh Desasiswa Nurani Kampus Kesihatan.

Pertandingan tersebut berlangsung selama tiga hari dan hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Ab. Razak.

Dalam ucapannya, Dzulkiffli berkata, beliau mengharapkan agar semua pemenang terus memupuk bakat masing-masing dalam bidang tersebut kerana mereka berpotensi untuk berdebat di peringkat yang lebih tinggi.

"Usaha itu penting kerana kemenangan yang diperoleh memastikan USM sebagai Universiti Apex, berjaya melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin pada masa hadapan," katanya.

Menurut beliau, kejayaan pelajar-pelajar USM juga akan membantu membentuk golongan cerdik pandai dan anggota masyarakat yang seimbang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Polis tahan empat lelaki, rampas empat motosikal curi

Posted:

Polis tahan empat lelaki, rampas empat motosikal curi

Polis tahan empat lelaki, rampas empat motosikal curi

KOTA BHARU 25 Jan. - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket curi motosikal yang bergiat aktif di daerah ini sejak awal tahun ini dengan tertangkapnya empat lelaki dan merampas empat buah motosikal dalam Ops Bersepadu, Jumaat lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, turut dirampas adalah pelbagai jenis komponen motosikal telah dileraikan untuk dijual dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM42,000.

Katanya, semua suspek merupakan lelaki tempatan yang berasal dari Melor dan berusia 19 hingga 47 tahun.

"Melalui maklumat yang kita terima, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah daerah membuat serbuan dan berjaya menahan salah seorang suspek di hadapan sebuah pasar raya di Kok Lanas, Ketereh.

"Siasatan terhadap suspek membawa kita kepada penemuan pelbagai komponen motosikal curi itu di sebuah rumah di Melor serta tiga lagi suspek lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azham berkata, hasil tangkapan tersebut, polis percaya berjaya menyelesaikan 14 kes curi motosikal yang dilaporkan berlaku di sekitar daerah ini sejak awal tahun ini.

Katanya, empat buah motosikal yang dirampas dan belum dileraikan adalah jenis Honda EX5, Yamaha 125Z dan dua motosikal jenis Honda C70.

Menurut beliau, kesemua suspek kini direman sehingga 28 Januari ini dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Azham mengakui jenayah tersebut kerap berlaku di daerah ini dan menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah keselamatan.

"Penjenayah-penjenayah kini arif dengan pelbagai jenis peralatan untuk membuka kunci. Oleh itu saya nasihatkan orang ramai agar menggunakan lebih banyak kunci sewaktu meninggalkan motosikal.

"Kalau meletakkan motosikal secara berkumpulan lebih baik gunakan rantai dan kunci sekali gus kerana ia akan menyukarkan penjenayah," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan