Sabtu, 29 Januari 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pas parti sesumpah - Muhyiddin

Posted:

Pas parti sesumpah - Muhyiddin

Pas parti sesumpah - Muhyiddin

LABIS 29 Jan. - Pendirian Pas yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan kepentingan politik membuktikan parti yang kononnya berjuang atas dasar Islam itu adalah parti sesumpah.

Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyifatkan Pas sebuah parti oportunis kerana sering kali memperalatkan agama Islam demi kepentingan politik.

"Pas ini parti sesumpah... Hari ini merah, esok hijau, lusa kuning... Mereka berubah-ubah mengikut keadaan, sebab itu fatwa Pas berbeza-beza mengikut kepentingan politik," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rayuan pucuk pimpinan Pas supaya pengundi Cina memberi sokongan kepada parti itu sedangkan, dahulu UMNO dikafirkan oleh mereka kerana bekerjasama dengan MCA.

Sementara itu, Muhyiddin yakin pengundi termasuk masyarakat Cina akan memilih calon BN pada hari pengundian esok.

Menurut beliau, keyakinan itu berdasarkan bahasa tubuh ditunjukkan para pengundi sepanjang lapan hari jentera BN berkempen.

Tambahnya, selain itu, keyakinan tersebut berdasarkan kenyataan terbuka pemimpin masyarakat setempat bahawa mereka akan membantu Mohd. Azahar untuk menang dengan majoriti lebih besar.

"Kita semua (jentera BN) sudah berkerja kuat dan saya yakin pengundi di sini akan memilih calon kita. Mohd. Azahar sendiri pun berusaha keras sejak dari hari penamaan lagi," katanya.

Mengulas mengenai pengundi Cina yang dilihat masih belum benar-benar kembali kepada BN, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mengakui hakikat bahawa kerajaan masih memerlukan sedikit masa lagi untuk menyakinkan masyarakat Tionghua supaya menyokong BN.

Muhyiddin berkata, masyarakat Cina bukan kaum yang emosional sebaliknya, mereka adalah golongan pengundi yang rasional serta praktikal dan situasi itu menuntut pendekatan baru oleh kerajaan bagi meraih kembali sokongan kaum tersebut.

"Tapi di Tenang ini kita sudah dapat melihat perubahan yang lebih positif dan saya yakin dengan pelbagai langkah yang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri, pengundi Cina sudah memahami dan menghayati perjuangan BN," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

TPM: Bukti Anwar tidak hargai orang India

Posted:

TPM: Bukti Anwar tidak hargai orang India

TPM: Bukti Anwar tidak hargai orang India

LABIS 29 Jan. - Tan Sri Muhyiddin berkata, tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan, keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bukti masyarakat India tidak dihargai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu melambangkan manifestasi kekecewaan Gobalakrishnan yang mewakili masyarakat India kerana kaum tersebut tidak diberi banyak peranan oleh Anwar dalam PKR, meskipun sebelum ini menjanjikan segala-galanya.

Sambil mengulangi PKR adalah 'Parti Kian Runtuh', beliau berkata, tindakan bekas Naib Presiden PKR itu juga gambaran bahawa perjuangan parti tersebut tidak lagi mendapat dokongan daripada para pemimpin serta rakyat keseluruhannya.

"Pastinya Gobalakrishnan kecewa dengan Anwar kerana dia berasa tertipu, masyarakat India pun sebenarnya tidak diberi apa-apa tempat dalam pimpinan PKR, apa yang Anwar janji kepada masyarakat India semuanya tak dipenuhi," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Air Panas di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Gobalakrishnan hari ini yang mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas berkuat kuasa serta merta.

Ketika mengulas lanjut mengenainya, Muhyiddin berkata:

"Ini petanda yang tidak baik. Seharusnya apa yang berlaku dalam PKR ini menjadi iktibar kepada semua pihak khususnya kepada mereka yang masih percaya kononnya Anwar penyelamat hanya kerana slogan Selamatkan Malaysia yang dibawa oleh pembangkang.

"Apa yang Anwar selamatkan? Nak selamatkan negara? Parti sendiri pun caca-merba dan penuh masalah dan ini semua adalah lambang kegagalan pembangkang yang sepatutnya membuka mata seluruh rakyat Malaysia," jelasnya.

Ditanya apakah Anwar patut melepaskan jawatan selaku ketua pembangkang kerana semakin ramai wakil rakyat PKR hilang kepercayaan terhadap beliau, Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu terpulang kepada Anwar untuk membuat keputusan.

Dalam perkembangan berasingan, Timbalan Perdana Menteri menafikan tuduhan tidak berasas Anwar semasa berceramah di Tenang kononnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar negara bukan untuk mencari pelabur sebaliknya bagi memfitnah negara sendiri.

Menurutnya, Perdana Menteri tidak pernah sekali pun memburukkan negara sendiri tetapi Anwar sanggup menemui pemimpin Yahudi di Amerika Syarikat demi memfitnah kerajaan malah sanggup menjadi pengkhianat kepada Malaysia apabila berterusan menghina negara.

"Anwar sebenarnya yang sudah lama buat kerja memfitnah negara, dia pergi ke luar negara dengan membawa cerita-cerita pembohongan besar dan menuduh perkara yang tidak benar," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan