Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 23 Jan 2011 02:18 PM PST Wilayah Orang ramai masih bebas menggunakan kenderaan pelbagai permukaan (ATV) di Pantai Batu Feringghi walaupun menyalahi undang-undang. GEORGETOWN: Walaupun larangan ke atas dua jenis sukan pantai iaitu buggy atau kenderaan pelbagai permukaan (ATV) dan menunggang kuda di Batu Feringghi dikuatkuasakan sejak Oktober lalu, bagi menjamin keselamatan pengunjung pantai terutama pelancong asing, namun aktiviti berkenaan tetap beroperasi sehingga kini. Tinjauan Berita Harian mendapati kebanyakan operator sukan terbabit menjalankan perniagaan apabila ketiadaan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) iaitu sebelum jam 10 pagi dan selepas jam 6 petang. Mereka mengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan ketika penguat kuasa tidak bertugas, bertukar giliran kerja atau selesai bertugas di kawasan terbabit. Apabila penguat kuasa melakukan rondaan ataupun berada di kawasan berhampiran, tiada sebarang aktiviti berlaku, malah tanda ditinggalkan sukan terbabit juga tidak kelihatan, seolah-olah mereka mengetahui gerak-geri penguat kuasa.Menguatkan dakwaan itu adalah pendedahan Pengarah Komunikasi Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa, Suleiman Tunku Abdul Rahman yang mengambil gambar sukan pantai itu beroperasi secara haram bagi membuktikan ada operator degil mengikut peraturan. Beliau mahu kerajaan negeri menyelesaikan perkara itu dan melaksanakan peraturan lebih cekap supaya tiada sebarang tidak diingini berlaku sehingga menjejaskan nama baik Batu Feringghi dan Pulau Pinang. "Tindakan merampas tetapi masih boleh dituntut apabila denda dibayar dilihat tidak mampu mengekang kegiatan ini, kerana denda dikenakan tidak begitu tinggi," katanya.
|
| Posted: 23 Jan 2011 02:17 PM PST Wilayah Ibu bapa pelajar SMK Maxwell kesal siling perpustakaan dibiar reputKUALA LUMPUR: Bukan hendak menyalahkan pengurusan sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran negeri, tetapi sesuatu perlu dilakukan bagi memastikan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maxwell di sini, boleh menggunakan semula perpustakaan mereka dengan selesa. Ini berikutan siling perpustakaan itu yang runtuh Oktober lalu, iaitu selepas hampir tiga bulan berlalu, belum dibaiki walaupun sesi persekolahan 2011 bermula 3 Januari lalu. Tepuk dada tanya selera...daripada tiga pihak terbabit, siapakah yang bertanggungjawab untuk meluluskan peruntukan dan membaiki siling terbabit yang runtuh seluas 2x2 meter persegi. Ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit sering bertanya sesama mereka, sampai bila masalah kecil itu akan berlarutan sehingga boleh menjejaskan pembelajaran anak mereka.Walaupun perpustakaan itu dipindahkan ke kelas berhampiran buat sementara waktu, ia bukan tempat yang sesuai dan praktikal untuk pelajar kerana keadaannya yang sempit dan hanya boleh menampung sekitar 20 pengunjung dalam satu masa. Seorang bapa yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas dimaklumkan oleh anaknya yang mengatakan perpustakaan ditutup akibat siling runtuh. Beliau berkata, kejadian itu dikatakan berpunca daripada serangan anai-anai hingga mengakibatkan siling itu reput.
"Saya kesal siling perpustakaan itu belum dibaiki. Ia merugikan pelajar kerana mereka tidak dapat menggunakan kemudahan di perpustakaan itu untuk belajar atau membuat rujukan," katanya kepada Sentral di sini, kelmarin. Pendapat itu turut disokong seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmah yang berkata, beliau juga berharap supaya tindakan segera dapat diambil untuk membaiki siling perpustakaan berkenaan. "Jika dibiarkan berlarutan dikhuatiri akan menyebabkan anai-anai bermaharajalela dan mengakibatkan lebih banyak kejadian siling runtuh berlaku di sekolah itu. "Nasib baik masih awal tahun dan tiada peperiksaan penting. Bagaimanapun, pelajar tetap rugi jika kemudahan perpustakaan itu tidak dapat digunakan segera. "Saya harap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya membaiki kemudahan itu demi keselesaan pelajar. Takkan kerosakan sekecil itu perlu mengambil masa lama untuk membaikinya," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan