Selasa, 25 Januari 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


PUSPAKOM tawar pemeriksaan percuma kenderaan persendirian

Posted: 25 Jan 2011 02:17 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM)menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Pemeriksaan percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-HICOM ini bermula 24 Januari sehingga 28 Januari.

Pemeriksaan itu merangkumi pemeriksaan asap, brek, gantungan dan gelincir sisi untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan adalah optimal. "Pemeriksaan ini adalah secara sukarela dan kami menawarkan kepakaran kami untuk memastikan kenderaan anda selamat dan layak dipandu semasa musim perayaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemeriksaan percuma ini, sila hubungi talian bebas tol PUSPAKOM di 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Boleh lapor taktik kotor kempen Tenang kepada SPR

Posted: 25 Jan 2011 01:23 AM PST

Mutakhir

LABIS: Parti bertanding dan pengundi yang mengesan penggunaan taktik kotor yang menyalahi undang-undang pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, boleh melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah SPR Johor, Othman Noh, berkata mereka boleh membuat laporan di bilik gerakan SPR di Pejabat Daerah dan Tanah Labis di sini dan juga kepada pasukan pemantau kempen pilihan raya itu.

"Terdapat tiga pasukan pemantau kempen pilihan raya yang menaiki kenderaan SPR yang bergerak ke seluruh kawasan DUN Tenang, bersama pasukan ini ialah wakil daripada parti bertanding," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan pengundi membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat bukti pembangkang menggunakan taktik kotor yang menyalahi undang-undang seperti mengambil kad pengenalan pengundi.

Othman berkata, sejak hari penamaan calon Sabtu lalu, pihaknya tidak menerima aduan daripada mana-mana pihak mengenai perkara itu, bagaimanapun laporan boleh dibuat kepada polis.

Mengulas larangan pemasangan bendera parti yang tidak bertanding di kawasan DUN Tenang, beliau berkata, SPR dengan kerjasama Majlis Daerah Labis akan menurunkan bendera itu jika parti terbabit enggan mematuhi arahan.

"Hanya parti bertanding yang membayar deposit RM3,000 untuk berkempen dibenar memasang bendera mereka," katanya yang meminta semua pihak mematuhi undang-undang berkaitan pilihan raya.
Beliau berkata, setakat ini, walaupun kebanyakan parti mematuhi larangan itu, ada sedikit saja yang menunggu masa untuk diturunkan.

Pilihan raya kecil itu pada 30 Januari ini membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.

Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan