Sabtu, 29 Januari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Perlu ganti 'skru karat'

Posted:

Perlu ganti 'skru karat'

Perlu ganti 'skru karat'

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my

pihak yang paling lantang mencanangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ialah pakatan pembangkang yang dilihat tidak sabar-sabar mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada menerusi beberapa manifesto termasuk Pelan 100 Hari yang diuar-uarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pahang tidak terkecuali terlibat dalam agenda pakatan pembangkang untuk ditakluki selepas mereka berjaya menawan negeri yang melahirkan dua Perdana Menteri iaitu Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bagi mereka, latar belakang politik Pahang dan Kedah tidak jauh berbeza. Jika Kedah mempunyai Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pahang juga memiliki Tun Abdul Razak Hussein dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Bezanya, Pahang masih tersenarai sebagai "simpanan tetap" BN, manakala Kedah telah terkeluar daripada senarai tersebut meskipun suatu ketika dahulu negeri Jelapang Padi itu dianggap amat mustahil untuk ditawan parti lawan.

Pada Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) 20 Januari tahun lalu, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abd. Rahman begitu yakin bahawa pakatan pembangkang mampu menguasai kepimpinan kerajaan Pahang dalam PRU-13 nanti.

Keyakinan itu bersandarkan kepada dakwaannya bahawa kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Adnan Yaakob gagal memulihkan ekonomi negeri sehingga terpaksa berhutang.

Beliau mendakwa, keadaan negeri Pahang semakin teruk kebelakangan ini dengan jumlah hutangnya mencecah hampir RM1 bilion, ditambah pula dengan defisit bajet negeri yang memasuki tahun ke-12 berturut-turut.

Pada akhir konvensyen itu, PKR menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk 'menguruskan' hal ehwal peneroka Felda di seluruh negeri ini.

Lantaran itu tertubuhlah Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) yang diketuai Mazlan Aliman yang selama ini menjadi "duri dalam daging" kalangan kaum peneroka di tanah-tanah rancangan di Pahang.

Di samping memperkukuhkan cengkaman politik di bandar utama seperti Kuantan dan Indera Mahkota, tanah-tanah rancangan terus menjadi sasaran pembangkang dengan memutarbelitkan segala fakta berkaitan Felda.

Harapan besar yang sama juga disuarakan oleh dua lagi bos pembangkang di Pahang iaitu Pesuruhjaya Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi DAP negeri, Leong Ngah Ngah.

Malah, mereka meramalkan mampu merampas separuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau 21 kerusi dan lapan kerusi Parlimen pada PRU-13 akan datang.

Pastinya, BN terutama Adnan telah menyedari gerakan yang dijalankan oleh pembangkang sama ada secara terang-terangan atau bawah tanah.

Persoalannya, sudah bersediakah BN dalam mempertahankan sejarahnya di Pahang pada PRU-13 nanti? Apakah persiapan BN negeri?

Mampukah BN Pahang mempertahankan semua kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya akan datang? Terjaminkan BN Pahang walaupun dikatakan mempunyai sokongan yang amat kuat daripada kaum Orang Asli dan peneroka Felda yang dianggap 'talian hayat' buat BN negeri?

Pada pilihan raya 2008 lalu, Pahang dianggap agak terselamat daripada tsunami politik apabila hanya empat daripada 42 kerusi DUN terlepas kepada pembangkang manakala dua daripada 14 kerusi Parlimen ditawan PKR.

Rekod pencapaian tersebut dianggap antara terbaik berbanding negeri-negeri lain yang menyaksikan kemerosotan pada pilihan raya berkenaan.

Meskipun begitu, BN tidak sewajarnya mengambil sikap enteng terhadap keputusan itu kerana kebanyakan kerusi yang dimenangi mempunyai jumlah majoriti yang rendah iaitu di bawah 1,000 undi.

Impian besar pakatan pembangkang untuk menakluk Pahang juga tidak boleh dipandang rendah.

Dalam kes kerusi DUN Jengka pada pilihan raya 2008, wakil rakyatnya, Wan Salman Wan Ismail terpaksa bertarung sengit dengan hanya memperoleh majoriti 586 undi untuk menewaskan pencabarnya, Tuan Ibrahim yang merupakan Naib Presiden Pas.

Jengka yang merupakan tanah rancangan terbesar menyamai keluasan negeri Kedah dan Pulau Pinang merupakan aset penting bagi BN kerana penduduknya seratus peratus orang Melayu.

Di sinilah terletaknya cabaran yang perlu dihadapi BN negeri dalam mempertahankan statusnya sebagai 'simpanan tetap' BN Pusat.

Justeru, Konvensyen BN yang dirasmikan Adnan selaku Pengerusi BN negeri hari ini sewajarnya dijadikan platform untuk menilai semula kekuatan parti itu dalam mengharungi pilihan raya akan datang.

Konvensyen itu juga perlu menjadi medan untuk bermuhasabah bagi memperbaiki segala kelemahan atau ketirisan yang berlaku sepanjang tempoh dua atau tidak tahun kebelakangan ini.

Perkara itu diakui oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Konvensyen BN Pahang 2011, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak bahawa BN yang diwakili parti-parti komponen terutama UMNO, MCA dan MIC perlu diperkasakan lagi.

Selama ini menurut beliau, semua parti komponen terbabit bergerak secara bersendirian dalam melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan.

"UMNO dengan programnya sendiri. MCA dan MIC pun begitu. Mereka tidak menjalankan program atas nama BN sedangkan parti yang memerintah adalah BN.

"Inilah yang hendak kita selaraskan supaya semangat BN tersemat dalam hati setiap anggotanya sama ada dia ahli UMNO, MCA atau MIC," tegasnya.

Sambil menolak andaian bahawa konvensyen itu ada kaitan dengan PRU-13, Tan Mohd. Aminuddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri menjelaskan bahawa ia diadakan bertujuan menentukan hala tuju bagi menarik sokongan golongan muda terhadap BN.

BN tegasnya, perlu menilai semula segala program yang dijalankan termasuk 'Juara Rakyat' sama ada ia mampu diterjemahkan kepada sokongan dalam bentuk undi pada pilihan raya nanti atau sebaliknya.

Jika matlamat itu gagal dicapai, katanya, itu bermakna apa yang dilakukan hanya dianggap syok sendiri dan mungkin boleh membawa padah kepada BN.

Sesungguhnya, BN Pahang perlu mengambil ingatan terhadap apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri pada Konvensyen UMNO Pahang di Bandar Jengka tahun lalu supaya semua 'skru; bolt dan nat' yang longgar dan berkarat digantikan dengan yang baru.

"Mana-mana skru, bolt atau nat yang sudah longgar dan berkarat, tukarkan sahaja. Jangan disimpan lagi," katanya.

Meskipun nadanya bergurau namun mesejnya amat jelas dalam menjamin keutuhan parti itu di bumi Tok Gajah tersebut.

Sebagai anak Pahang yang dilahirkan di Kuala Lipis, Najib sudah tentu tidak mahu melihat Pahang kecundang terutama ketika beliau masih menerajui pentadbiran negara.

Justeru, BN tidak sepatutnya merasa selesa dengan apa yang dilakukan kerana sesuatu yang luar biasa mungkin boleh berlaku sebagaimana yang menimpa Perak, Selangor dan Kedah pada PRU-12 lalu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

5 laluan berisiko di Pahang

Posted:

5 laluan berisiko di Pahang

5 laluan berisiko di Pahang

KUANTAN 29 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti lima laluan berisiko yang akan diberi tumpuan dalam Ops Sikap Ke-23 sempena Tahun Baru Cina yang bermula 26 Januari ini hingga 10 Februari depan.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, laluan tersebut ialah Jalan Kuantan-Segamat, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), Jalan Bentong-Raub-Lipis-sempadan Kelantan dan Jalan Pekan-Rompin.

Menurut beliau, jangkaan itu dibuat berdasarkan operasi sama sebelum ini menyaksikan pertambahan jumlah kenderaan di laluan terbabit secara mendadak pada musim tersebut.

Beliau berkata, secara tidak langsung ia mengundang peningkatan kadar kemalangan termasuk kemalangan maut.

"Di samping itu, 30 lokasi berisiko di seluruh negeri ini turut diberi keutamaan dalam operasi itu. Seramai 500 anggota polis trafik termasuk dari setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan bertugas dalam operasi berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ops Sikap Ke-23 peringkat Kontinjen Pahang di Plaza Tol Gambang, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Cawangan Khas Pahang, Datuk Riduan Hashim; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran; Ketua Trafik negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim dan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Pahang, Datuk Baharudin Mohd. Yusop.

Dalam pada itu Fatimah berkata, bagi melancarkan lalu lintas sepanjang musim perayaan ini, pihaknya akan menutup laluan utama dan dilencongkan ke laluan lain.

Menurutnya, lencongan itu melibatkan beberapa lokasi sepanjang Jalan Kuala Lumpur-Kelantan terutama d daerah Bentong, Raub dan Lipis.

"Antara lencongan atau laluan alternatif yang terlibat termasuk Jalan Simpang KalangDong-Benta-Lipis, RaubCheroh-Tersang-Sungai Koyan dan Karak-Mempaga-Lembah Bilut," katanya.

Jelasnya, laluan alternatif itu dibuka bagi mengelak kesesakan teruk di bandar Bentong, Raub dan Lipis.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan