Berita Harian: Nasional |
Situasi 'menang-menang' penyelesaian isu Interlok Posted: 27 Jan 2011 12:02 PM PST Nasional Mohamed Maliki KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak memberi reaksi berbeza terhadap keputusan Kementerian Pelajaran semalam untuk mengekalkan novel Interlok sebagai teks komponen sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS), tetapi dengan pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyokong langkah itu yang disifatkan sebagai pertimbangan sama rata atau 'menang-menang' kepada semua pihak terbabit. Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata kerajaan pasti sudah meneliti dan mengambil kira semua aspek penting berkaitan isu berkenaan sebelum mengambil keputusan itu."Justeru, semua pihak harus menyokong dan memberi mandat kepada panel bebas yang dilantik untuk melaksanakan tugas membuat pindaan bersesuaian bagi memastikan isu ini tidak berpanjangan," katanya ketika dihubungi di sini. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, turut menyokong langkah kementerian bagi mengelak pembaziran wang kerana perlu menerbitkan teks baru untuk KOMSAS. Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz juga menyambut baik penyelesaian yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri itu.
Ketua Dua GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata pertubuhan itu akan menghantar empat wakil menduduki panel khas itu untuk memberi penjelasan kepada sebarang salah faham atau salah sangka itu. Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, pula berkata, jika Interlok dirasakan tidak sesuai, batalkan saja penggunaan novel itu dan ganti dengan novel lain. Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz, berkata persatuan itu tidak bersetuju dengan pindaan yang hendak dilakukan terhadap kandungan Interlok yang berusia 40 tahun itu. Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad, berkata tidak ada asas kukuh terhadap dakwaan bahawa novel itu menghina orang India seperti yang sudah dibincangkan dalam banyak dialog dilakukan pelbagai pihak. Isteri Abdullah, Datin Siti Saroja Basri, berkata sebarang pindaan terhadap novel itu perlu diserahkan kepada penulis untuk dipersetujui terlebih dulu. Sementara itu, Presiden MIC, Datuk G Palanivel mahu panel bebas yang diwujudkan bagi mengkaji pindaan itu meneliti apa yang disunting bagi mengelakkan sebarang pertikaian.
|
Najib jumpa semua menteri nilai KPI Posted: 27 Jan 2011 12:01 PM PST Nasional PM mahu kesinambungan sistem penyampaianKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengadakan pertemuan tertutup dengan semua jemaah menteri di kediaman rasminya di Putrajaya bagi menilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap menteri dan kementerian masing-masing sepanjang tahun lalu. Pada pertemuan itu, Perdana Menteri mahu meneruskan pelaksanaan KPI selaras gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Sesi taklimat yang bermula jam 10 pagi itu diikuti dengan pecahan kluster apabila beberapa menteri diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung pencapaian kementerian lain. Seterusnya, Perdana Menteri membuat kesimpulan dan memberi pandangan mengenai setiap kementerian sebelum majlis diakhiri dengan minum petang.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang dihubungi berkata pertemuan itu membolehkan setiap menteri berkongsi maklumat mengenai pencapaian KPI kementerian masing-masing. "Pada masa sama, ia boleh membantu memperbaiki kelemahan apabila kita mengamalkan budaya keterbukaan," katanya. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perjumpaan itu boleh mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan membabitkan kementerian berlainan dengan mewujudkan kerjasama bagi memastikan kesinambungan dalam sistem penyampaian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata sesi pertemuan itu membolehkan menteri bertukar-tukar fikiran atau memberi pandangan masing-masing. "Saya misalnya mencadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya menyediakan ruang untuk surau dalam bangunan di kawasan pembangunan baru di bandar raya untuk menyelesaikan masalah kekurangan tanah untuk pembinaan masjid," katanya ketika dihubungi. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula berkata, pertemuan itu berlangsung dalam suasana persahabatan, selain mendapat nasihat panel antarabangsa yang berpengaruh. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan