Jumaat, 28 Januari 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Budak 14 tahun yang didakwa mencabul fail semakan terhadap keputusan majistret

Posted: 27 Jan 2011 11:46 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang budak lelaki berumur 14 tahun, yang gagal membayar wang jaminan selepas didakwa mencabul kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, hari ini menfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Juvana yang menolak permohonannya bagi mengurangkan jaminan.

Permohonan itu difailkan melalui peguamnya P.Uthayakumar di Mahkamah Tinggi Jenayah di sini hari ini.


Dalam permohonan itu, Uthayakumar mendakwa Majistret Mahkamah Juvana menolak permohonannya untuk mengurangkan wang jaminan dari RM1,700 kepada RM300 bagi membebaskan budak itu sementara perbicaraan kes itu selesai.

Beliau berkata, budak itu dipenjarakan sejak 10 November tahun lalu di Asrama Sentosa Sentul selepas gagal membayar wang jaminan itu kerana ibu budak itu yang bekerja sebagai tukang sapu hanya mendapat gaji RM450 sebulan.


Uthayakumar mendakwa keputusan Majistret yang menolak permohonannya bagi mengurangkan wang jaminan sehingga budak itu diletakkan di asrama itu menyebabkan wujudnya ketidakadilan terhadap budak itu kerana perbicaraan kes mungkin akan mengambil masa setahun atau dua tahun lagi.


Uthayakumar mendakwa sehingga 26 Januari lalu kes itu masih di peringkat sebutan.

Dalam permohonannya, Uthayakumar antara lain mahu Mahkamah Tinggi melepaskan tanpa membebaskan budak itu daripada asrama itu mengikut Seksyen 173(g) Kanun Acara Jenayah atau di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.


Pada 10 November tahun lalu, budak lelaki itu dari Pelabuhan Klang, didakwa mencabul kehormatan budak berumur lapan tahun di kolam renang di Pantai Hill Park Condominium, di sini pada 3 Ogos, tahun lalu. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan umum penstrukturan tol kurangkan beban rakyat

Posted: 27 Jan 2011 11:43 PM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penstrukturan itu membabitkan tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. Katanya, ia juga membabitkan penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur, yang dijangka pada Mei tahun ini.


"Sejajar dengan semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi tol mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak besar kepada rakyat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan