Isnin, 31 Januari 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


21 remaja bawah umur asyik berhibur ditahan

Posted: 30 Jan 2011 09:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 21 remaja bawah umur ditahan polis dalam satu serbuan di tiga pusat hiburan di Jalan Doraisamy, di sini awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, polis memeriksa hampir 100 pelanggan di premis berkenaan sebelum menahan semua remaja berkenaan.


Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata dalam serbuan itu, 21 remaja termasuk 13 perempuan ditahan manakala 12 pelanggan positif dadah jenis methaphetamine dan amphhetamine.

Menurutnya, siasatan mendapati, ada di kalangan remaja terbabit masih bersekolah dan dipercayai sering ke pusat hiburan berkenaan pada setiap hujung minggu untuk berhibur.


Katanya, semua remaja itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan sebelum penjaga atau ibu bapa mereka dihubungi bagi mengambil semua mereka.


Beliau berkata, dalam serbuan itu juga pihaknya mendapati premis berkenaan mempunyai lesen hiburan, namun gagal mematuhi peraturan melarang pengunjung bawah umur mengunjunginya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Adu polis anak curi wang

Posted: 30 Jan 2011 09:35 AM PST

AMPANG: Bukan saja kuat berjudi, malah suka mencuri. Itu yang dilakukan seorang anak yang gemar bermain mesin judi dan mencuri wang bapanya sehingga memaksa warga emas terbabit membuat laporan polis, Jumaat lalu.

Difahamkan, warga emas terbabit pada mulanya meletakkan wang tunai kira-kira RM300 dalam saku baju yang kemudian digantung dalam bilik tidurnya, namun terkejut apabila mendapati ia hilang selepas bangun daripada tidur di rumah mereka di Kampung Tasik Permai, di sini.


Menurut sumber, kerana tidak berpuas hati dan mengesyaki anak lelakinya yang berusia lingkungan 20-an itu mencuri wangnya, mangsa membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu.

"Mangsa mengesyaki anaknya itu mengambil wang berkenaan kerana terdesak akibat ketagihan mahu bermain judi malah sebelum ini wang yang disimpan pernah hilang," katanya.


Beliau berkata, mangsa memperoleh wang berkenaan dengan mencari besi buruk sebelum menjualnya di kedai barang lusuh. "Mangsa tidak mengesyaki wang terbabit dicuri orang lain kerana tiada tanda rumahnya diceroboh," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan