Kosmo Online |
- Liga M: USM FC sasar empat tempat teratas
- Ramai tertipu walau pun amaran dikeluarkan
- Mati lemas, kereta terjatuh ke dalam sungai
Liga M: USM FC sasar empat tempat teratas Posted: Ruang
|
Ramai tertipu walau pun amaran dikeluarkan Posted: Ramai tertipu walau pun amaran dikeluarkan28/01/2011 8:02pm KUALA LUMPUR – Semakin ramai rakyat Malaysia terperangkap dalam kes penipuan kewangan seperti penipuan bomoh, tilik nasib dan sebagainya meski pun amaran dari pihak penguasa kerap dikeluarkan. Walau pun modus operandi kes-kes itu hampir serupa dan selalu dihebahkan kepada orang awam, masih ramai yang tertipu dan terperangkap dengan sindiket berkenaan. Antara kes penipuan yang terkenal ialah melibatkan kes penipuan Peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4) melalui sistem pesanan ringkas (SMS), kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Buku Panduan "AWAS: Penipuan Kewangan". BNM, melalui buku panduan itu, telah mendedahkan beberapa jenis modus operandi sindiket penipuan kewangan dalam usahanya membasmi jenayah berkenaan. Usaha itu adalah penting memandangkan terdapat pelbagai jenis skim kewangan secara haram dan penipuan kewangan di mana modus operandinya sentiasa berubah-ubah untuk terus memperdayakan orang ramai. – Bernama |
Mati lemas, kereta terjatuh ke dalam sungai Posted: Mati lemas, kereta terjatuh ke dalam sungai28/01/2011 7:58pm SANDAKAN – Seorang lelaki dilaporkan mati lemas selepas kereta yang dinaikinya terjatuh ke dalam anak sungai di sebuah ladang sawit di Batu 14, Jalan Taman Jalil Alip di sini hari ini. Adami Madi, 55, mati lemas dipercayai terperangkap di dalam kereta pacuan empat roda itu. Anaknya yang berusia 20-an dan pemandu kenderaan berkenaan terselamat dalam kemalangan 11.30 pagi itu. Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Apandi Mahmood, ketiga-tiga mereka sedang dalam perjalanan keluar dari sebuah ladang selepas mengambil buah kelapa sawit. "Pemandu kereta itu dilaporkan tidak dapat melihat anak sungai di tepi jalan yang telah dinaiki air banjir, menyebabkan kereta itu terjatuh ke dalam anak sungai. "Anak mangsa dan pemandu kereta berjaya keluar menerusi tingkap kereta," katanya. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan