Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Jan 2011 10:36 AM PST GOMBAK: Tindakan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyamar sebagai penumpang dalam sebuah bas ekspres dari Bukit Jalil ke Kuantan mengesan empat kesalahan dilakukan pemandu bas itu dalam Operasi Bersepadu Musim Perayaan Tahun Baru Cina, semalam. Pemandu terbabit yang tidak menyedari setiap tindak tanduknya diperhatikan leka berbual menggunakan telefon bimbit ketika memandu tanpa menggunakan alat bebas tangan.
Lebih membahayakan, dia menukar lorong secara tergesa-gesa tanpa memberi isyarat sehingga membahayakan nyawa penumpang dan pemandu kenderaan lain.
Menurutnya, setakat ini, 240 anggota JPJ ditempatkan di 32 terminal bas utama di seluruh negara.
"Penyamaran anggota JPJ sebagai penumpang turut diadakan bagi memerhati dan mencatatkan kesalahan lalu lintas dilakukan mereka," katanya ketika hadir melancarkan operasi berkenaan.
|
Ibu kaget anak balik tadika ‘ditawan’ Posted: 25 Jan 2011 10:35 AM PST KUALA LUMPUR: Pengalaman ngeri terpaksa ditempuh seorang ibu apabila anaknya yang berusia enam tahun menjadi 'tawanan' seorang daripada dua lelaki bersenjatakan parang ketika dia baru menjejakkan kaki di depan rumahnya di Taman Melawati, dekat sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita berusia 40-an itu baru menjemput anaknya pulang dari tadika dan sejurus tiba di depan rumah, dua lelaki menunggang motosikal terus meluru ke arah keretanya.
"Penjenayah terbabit mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga miliknya. Mangsa yang ketakutan hanya mengikut arahan itu.
"Mendengar jeritan itu dua lelaki terbabit mula panik sebelum kelam-kabut meninggalkan lokasi kejadian," katanya.
"Mangsa tidak dapat mengecam penjenayah itu kerana mereka memakai kaca mata hitam dan juga topi keledar berpenutup penuh.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan