Khamis, 27 Januari 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat

Posted: 27 Jan 2011 07:20 PM PST

Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONERamai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah.

Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Paling ramai

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin.

Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONENik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

"Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

"Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

"Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.

Tiada wang

Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan.

NONE"Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,"katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Najib desak Saudi siasat pemberi dana Anwar

Posted: 27 Jan 2011 06:45 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.

azlanNajib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.

"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama dihapuskan] adalah tanpa asas," kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.

Tidak terkejut

Dalam reaksi segera, Anwar berkata tindakan itu menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum, yang dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada tahun 2012.

NONE"Saya tidak terkejut bahawa perdana menteri akan pergi sejauh luar negara, bukan untuk tujuan menarik pelaburan asing, tetapi sanggup singgah untuk memfitnah saya," kata Anwar mengulas laporan CNN itu.

Katanya, Najib begitu gentar dengan Pakatan Rakyat sehinggakan tidak berani menyahut cabarannya untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar ekonomi negara.

"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato' Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.

Najib takut

azlanMenurut Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib.

"Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan."

Anwar sebelum ini telah dituduh oleh musuh-musuhnya mempunyai hubungan dengan badan pemikir Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpangkalan di Amerika. Pertubuhan itu juga dengan pertubuhan Muslim Brotherhood atau Muslim Ikhwanul yang didakwa membiayai rangkaian pengganas di seluruh dunia.

Anwar pernah menjadi ahli lembaga pengarah IIIT. Pertubuhan ini pernah diserbu dan digelidah oleh oleh FBI pada tahun 2002 kerana disyaki membiayai rangkaian pengganas, tetapi tidak ada dakwaan yang dikenakan ke atas mereka.

al qaeda fighterMenurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

"Ia juga mendapati bahawa al-Qaeda danTaliban masih boleh menggunakan Arab Saudi untuk penggalangan dana, walau pelbagai tindakan diambil bagi menyekat aliran tunai berkenaan."

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan