Jumaat, 28 Januari 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Warga asing sempat lari

Posted: 27 Jan 2011 09:47 AM PST

AMPANG: Bagai berjaya menghidu kehadiran pihak berkuasa menyebabkan pendatang tanpa izin sempat melarikan diri lebih awal dan mengunci pintu rumah kongsi mereka di sebuah tapak pembinaan di Andaman Ukay, dekat sini, ketika diserbu anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 1 pagi itu, polis bersama 112 anggota dan pegawai imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menyerbu rumah kongsi berkenaan, namun hanya segelintir penghuni yang ada manakala yang lainnya dipercayai sudah melarikan diri.


Dianggarkan, lebih 200 pendatang warga Indonesia menghuni rumah kongsi berkenaan, tetapi dalam operasi itu hanya 36 orang termasuk lapan wanita dan lima kanak-kanak ditahan untuk siasatan.

Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner, Amiruddin Jamaluddin berkata, Ops Nyah Khas berkenaan dijalankan selepas kegiatan pecah rumah semakin menjadi-jadi di sekitar Ampang sehingga menimbulkan kegusaran penduduk.


"Kawasan sekitar Ampang yang dikelilingi hutan dan berbukit menjadi sarang pendatang tanpa izin melakukan jenayah bersembunyi supaya tidak ditangkap.


"Buat masa ini, kita akan meneruskan operasi di sekitar tapak pembinaan yang menjadi tempat tinggal mereka dalam usaha membanteras kegiatan pecah rumah seterusnya menjamin keselamatan penduduk sekitarnya," katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan, awal pagi semalam. Beliau berkata, orang awam diminta menyalurkan maklumat jika mengetahui lokasi pendatang asing berkumpul supaya dapat membantu polis menahan mereka.

"Selain itu, kita juga akan membuat perjumpaan dengan pemaju bagi mengenal pasti mereka mengambil pekerja yang sah dan setakat ini mereka memberikan kerjasama yang baik.


"Pemaju yang belum berberbuat sedemikian diminta tampil memberi kerjasama supaya dapat membanteras kegiatan pecah rumah di kawasan Ampang," katanya.

Katanya, semua warga Indonesia yang ditahan itu dibawa ke IPD Ampang untuk siasatan lanjut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Panggung Anniversary saji pelbagai persembahan percuma

Posted: 27 Jan 2011 09:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Orang ramai bakal disajikan pelbagai persembahan muzikal menarik termasuk genre rock, indie, nasyid, bakat kanak-kanak selain tradisional secara percuma di Panggung Anniversary yang akan dirasmikan dalam masa terdekat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, tarikh perasmian belum diumumkan, namun tidak menolak kemungkinan bakal dilakukan dalam masa terdekat sejurus menerima maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Katanya, sebelum ini, persembahan tradisional dan klasik saja menghiasi panggung berkenaan dan permulaan baru itu dianggap bertujuan menarik kedatangan setiap lapisan masyarakat. Beliau berkata, perubahan itu dilihat strategik bagi mempromosikan panggung terbabit yang tidak beroperasi hampir dua tahun berikutan proses naik taraf. "Lebih menarik, orang ramai yang ingin mengadakan persembahan tanpa mengira konsep muzik, boleh membuat permohonan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) secara percuma," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan