Harian Metro: Setempat |
Posted: 28 Jan 2011 09:55 AM PST AMPANG: Satu sindiket pengedaran dadah di daerah ini dikesan berselindung di sebalik penjualan cakera padat digital (DVD) dan video cakera padat (VCD) untuk mengedar dadah kepada penagih, sejak tiga bulan lalu. Bagaimanapun, hasil maklumat orang awam, tujuh lelaki dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah berkenaan ditahan dalam tiga siri tangkapan berasingan di sebuah pangsapuri di Pandan Jaya, Rabu lalu.
Difahamkan, nilai rampasan dadah dan barangan berkaitan mencecah lebih RM258,000 termasuk dua kereta.
Beliau berkata, empat suspek itu bekerja sebagai buruh dan penjual cakera padat (CD) dan polis tidak menolak kemungkinan menjadikan pekerjaan menjual DVD dan VCD untuk menjalankan urusan pengedaran dadah.
"Ketika penahanan suspek yang bekerja sebagai buruh kira-kira jam 4.30 petang itu, polis merampas ketamin seberat 512 gram bernilai RM25,600 yang disorok dalam bekas makanan dan minuman," katanya.
|
Polis nafi ada kes culik budak di Puchong Posted: 28 Jan 2011 09:47 AM PST KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam adalah palsu. "PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diuar-uarkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.
SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan