Isnin, 31 Januari 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


BN tambah majoriti

Posted: 30 Jan 2011 09:03 AM PST

MukaDepan

Pengundi meningkat 50 peratus

LABIS: Barisan Nasional (BN) bukan saja berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil DUN itu semalam, malah berjaya menambah majoriti undi hampir 50 peratus berbanding Pilihan Raya Umum 2008.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim, 39, menewaskan calon PAS, Normala Sudirman, 38, apabila memperoleh 6,699 undi, mengatasi bekas guru itu yang mendapat 2,992 undi dengan majoriti 3,707. Sejumlah 67 peratus daripada 14,753 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandang daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. Daripada jumlah undi semalam, 142 undi ditolak.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Sulaiman menang dengan kelebihan 2,492 undi, mengatasi Md Saim Siran, juga daripada PAS. Sulaiman memperoleh 6,367 undi, manakala Saim mendapat 3,875 undi.

Proses mengundi di 12 pusat pengundian dengan 33 saluran, semalam berlangsung dalam keadaan hujan lebat yang menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami banjir sehingga pengundi terpaksa dibawa ke pusat mengundi menggunakan bot dan kenderaan berat.

Bagi undi pos, Mohd Azahar yang juga Ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, di sini juga jauh mengatasi Normala apabila memperoleh 115 daripada 119 kertas undi yang dikeluarkan dengan calon PAS berkenaan hanya mendapat tiga undi, manakala satu kertas undi ditolak.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Mohd Asri Amir, mengumumkan keputusan pilihan raya kecil berkenaan di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, kira-kira jam 10 malam tadi.

Ia disambut dengan sorakan penyokong BN yang memenuhi kawasan dewan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Pengerusi BN serta Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Tenang.

Turut hadir, beberapa pemimpin parti komponen BN dan UMNO, termasuk Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, manakala Normala dan pemimpin utama PAS tidak kelihatan.

Mereka bagaimanapun terpaksa menunggu kira-kira dua jam untuk mengetahui keputusan rasmi selepas peti undi dari beberapa kawasan yang teruk terjejas akibat banjir, lewat tiba. SPR sebelum ini menjangka keputusan dapat diumumkan selewat-lewatnya jam 8 malam.

Suasana di sekitar Dewan Serbaguna juga dipenuhi penyokong BN, manakala perkarangan Majlis Jamek Labis yang pada mulanya dijangka menjadi tempat berkumpul penyokong pakatan pembangkang, lengang.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ramzamanapt

keputusan bn menang menunjukan ada pemulihan untuk parti itu dalam menangani hati rakyat. Rakyat tidak mahu apapun cuma mereka inginkan perhatian setiap masaalah yang diajukan.Rakyat tidak hairan wakil rakyat atau pemimpin berkereta besar, rumah besar dan sgala yang besar dan itu membuatkan mereka meluat sahaja. Tetapi sekiranya wakil rakyat berubah sikap..turun kebawah mengambil pendekatan sama-sama merasa susah senang tiada masaalah..untuk mereka memilih..ini tidak dah menang --batang hidungpun tak nampak..waulahualam..

mohdairzam

Tahniah BN!... Orang Johor memang bijak memilih... Jangan sekali2 memperjudikan tempoh sepenggal untuk memporakperandakan pentadbiran negeri....

zairizanz

Berkalung-kalung Tahniah BN,. Pelik!! kenapa masih ada lagi orang mengundi Pakatan Pembangkang?

sahibullah zahidi

Alhamdulillah.Syukur dan tahniah kepada YB Mohd Azahar yang telah memenangi kerusi DUN Tenang.Keputusan ini semestinya memberi satu petanda sokongan kepada BN dan pentadbiran YAB Dato'Seri Najib selaku Perdana Menteri Malaysia semakin teguh dan jitu.Syabas PM.Pentadbiran berjiwa rakyat yang Dato'Seri perkenal dan praktikkan ternyata telah banyak memberi kesedaran kepada rakyat malaysia.
Tiada apa yang kita mahukan sebagai rakyat Malaysia,melainkan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.Tiada lagi orang mempertikaikan ini,kecuali manusia yang sentiasa hidup dalam ketidakpuasan,yakni manusia yang tidak pandai bersyukur.Mereka tidak menghargai keamanan dan kesejahteraan.Mereka mengkyayalkan sesuatu yang lebih tetapi kabur dan tidak menentu.Pembangkang dikala ini sudah tidak ketentuan.Mereka tiada lagi perjuangan yang berobjektif.Yang jelas perjuangan mereka berteraskan skop yang sempit,tidak memandang kepada yang global dan lebih jauh.Lebih mementingkan kroni tertentu dan bersifat peribadi,tidak nasional.Untuk sekadar menanam tebu di bibir mulut dan menghangat kecek di kedai kopi mudah saja,tetapi untuk merancang dan melaksanakan sesuatu agenda itu agar realistik dan diterima umum yang susahnya.
Tahniah sekali lagi kepada YB Mohd Azahar.Berkhidmatlah dengan nawaitu yang diredhai Allah untuk agama,bangsa dan negara.

SUHANI LANGKAWI

TAHNIAH!!!HIDUP UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA...

DINO

Tahniah dari rakyat. tunaikan amanah dengan penuh Tanggungjawab untuk semua. syabas

ismail bin Hj. Hassan

Tahniah Barisan Nasional,kerana mengekalkan kerusi di Tenang.

Tenangku sayang

Salam.. Diharapkan Tok AI dapat menyelesaikan masalah isu banjir dengan segera.. Majukan pembangunan di Tenang dan paling penting jaga maruah keluarga Tok Ai..

zie

bgs BN..kekalkan momentum untk kesejahteraan ekonomi n negara..pulun habis Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan