Sabtu, 29 Januari 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Dilema anak Orang Asli Jempol

Posted:

Dilema anak Orang Asli Jempol

Dilema anak Orang Asli Jempol

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
Foto ABD RAZAK AID
utusanN9@utusan.com.my


Kanak- kanak dan remaja di kalangan Orang Asli banyak menghabiskan waktu dengan berbual dan bermain di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Cherbang, Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 28 Jan. - Umur Suhaidi sudah 10 tahun, tetapi kanak-kanak Orang Asli dari suku kaum Semelai dari Kampung Sungai Cherbang di sini masih tidak bersekolah.

Bukan kerana faktor tiadanya kemudahan pendidikan, tetapi kesedaran di kalangan masyarakat Orang Asli terhadap kepentingan menimba ilmu masih lagi bercelaru.

Ini kerana ada di antara mereka masih mahu mengekalkan cara hidup lama dan tinggal jauh di pedalaman kerana sifat semulajadi mereka yang pemalu dan sensitif terhadap dunia luar.

Kata Suhaidi, dia tidak pernah bersekolah, mahupun memasuki tadika dan mula menoreh getah ketika usianya 9 tahun.

''Bukan tidak mahu ke sekolah. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa tidak disuruh ke sekolah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Sungai Cherbang di sini baru-baru ini.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia akan menerima upah sebanyak RM30 sehari dan duit itu disimpan.

''Duit banyak pun, bukannya kami selalu ke bandar. Duduk di kampung ini lebih seronok, macam-macam ada. Boleh berburu," katanya.

Suhaidi adalah antara 112 penduduk yang menetap di kampung berkenaan dan masih mengamalkan fahaman animisme dan tidak mempunyai sebarang agama.

''Biasanya, saya akan menghabiskan masa dengan memancing, main bola dan mencari tupai untuk dimakan," katanya.

Ditanya sama ada dia boleh mengira, menulis dan membaca, Suhaidi cuma menggelengkan kepala tetapi dia mampu mengikut aktiviti berbentuk pendidikan dengan baik, jika ada pihak yang memberi tunjuk ajar kepadanya.

''Kalau orang suruh tulis, bolehlah saya ikut. Kalau eja nama pun, bolehlah saya tulis, tapi tidak cantiklah tulisannya," katanya.

Tambahnya, dia suka menonton televisyen tetapi gambaran yang diperoleh menerusi siaran yang dipaparkan tidak dapat dibayangkan secara total kerana dia tidak pernah melihat secara dekat bentuk bangunan Parlimen, Muzium Negara, Tugu Negara, apatah lagi Putrajaya.

''Mahu juga, kalau ada yang sudi membawa kami semua keluar melancong ke tempat menarik di Kuala Lumpur," katanya yang gemar makan nasi goreng.

Sementara itu, rakan-rakannya, Suhaidi Napsah, Minah, Habsah Samsuri, Shukri Sharif dan Reza Amat yang tidak mampu menyatakan umur sebenarnya cuma tersenyum dan ketawa apabila diajukan soalan 'satu campur satu berapa?'.

Dengan pantas Minah menjawab, 'satu'. Penulis sekadar mengangguk dan tersenyum serta menunjukkan dua jari telunjuk yang disatukan sambil menyebut 'satu campur satu, jawapannya dua'.

Kesemua mereka kemudiannya ketawa dan bertepuk tangan kerana jawapan Minah sudah dibetulkan dan penulis pun mengatakan, Minah 'kamu sudah pandai'.

Menurut Shukri, dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis.

Apabila dipanggil, Shukri terus menghilangkan diri kerana pemalu dan akan hanya menghampiri penulis apabila buku nota dibuka sekali lagi.

Ketika itu, penulis akan melukis wajah anak-anak Orang Asli di kampung berkenaan, nyata mereka juga meminati lukisan dan bangga apabila lukisan kartun yang terdapat pada buku itu seperti wajah mereka.

''Saya suka kartun. Saya suka tengok Ben10, Ultraman dan main bola," kata Reza.

Menurut Reza, sekolah di situ jauh iaitu di Lui Barat dan kalau menaiki motosikal perjalanan lebih kurang hampir sejam.

''Tak apalah, esok kami pandailah. Sekarang pun, kami tahu macam mana memburu haiwan liar," katanya.

Kesemua mereka ditemui Utusan Malaysia yang menyertai program bersama siswa Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (Inspeka) di kampung berkenaan baru-baru ini.

Ia turut disertai pengarah program, Mejar Azhar Kamarudin serta pegawai siswa Inspeka, Mejar Mohd. Hisyam Ismail; Mejar Hairil Abd. Hamid dan Mejar Shamsul Akma Ismail.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Anak kami lebih suka berkebun daripada bersekolah'

Posted:

'Anak kami lebih suka berkebun daripada bersekolah'

'Anak kami lebih suka berkebun daripada bersekolah'


Anak- anak di kalangan Orang Asli memerlukan kawasan serta tempat permainan kanak-kanak di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Cherbang, Jempol.


JEMPOL 28 Jan. - Penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Cherbang di sini tidak menolak pendidikan untuk anak-anak mereka supaya menjadi insan berjaya pada masa hadapan.

Tok Batin kampung berkenaan, Johari Apu, 72, berkata, terpulanglah kepada ibu bapa masing-masing sama ada mahu menghantar anak mereka bersekolah atau membantu mereka melakukan kerja di kebun dan ladang.

''Saya tidak nafikan, memang ramai anak-anak di kampung ini tidak bersekolah, tidak tahu menulis mahupun membaca.

''Di kampung ini, bukan ada kelas tadika kekal seperti di bandar. Kami hidup sederhana dan kalau ada yang datang sesekali, mereka akan memberi tunjuk ajar pelajaran yang mudah kepada anak-anak kami," katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Sungai Cherbang di sini baru-baru ini.

Kata Johari, kebun dan ladang getah di situ banyak yang perlu diusahakan, sedangkan bilangan penduduk tidak ramai.

''Anak-anak juga tidak pentingkan pelajaran kerana mereka boleh mendapatkan pendapatan hasil kerja di kebun," katanya yang telah 33 tahun memegang amanah sebagai Tok Batin di kampung berkenaan.

Dia juga menjelaskan, faktor sekolah yang jauh serta kurangnya kehadiran orang luar di kampung berkenaan menyebabkan rasa menyendiri di kalangan anak-anak mereka begitu menebal.

''Anak kami jarang sekali melihat suasana luar dari kampung ini.

''Kalau ke Kuala Lumpur memang jauh sekali. Mereka hanya didedahkan dengan perihal luar menerusi kaca televisyen yang terdapat di beberapa rumah di kampung ini.

''Di situlah mereka tahu Kuala Lumpur, Putrajaya dan sebahagian pemimpin seperti Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri di sini," kata Johari.

Sebab itulah dia mengharapkan supaya kanak-kanak di Kampung Sungai Cherbang dibawa melawat ke Muzium Negara dan tempat menarik lainnya agar minda mereka terbuka dan minat untuk bersekolah, walaupun kedudukannya yang jauh itu.

Johari juga berterima kasih dengan kehadiran siswa Institut Pegawai Kanan Tentera Darat (Inspeka) di kampung berkenaan lebih-lebih lagi bermalam di situ.

''Ini merupakan kali pertama 'orang luar' bermalam di kampung ini. Saya terharu," katanya.

Dia mengakui faktor kesihatan dan kebersihan di kampung itu bukan perkara yang diutamakan dan dengan kehadiran pasukan perubatan dari anggota tentera ini, ia sedikit sebanyak dapat memberi nasihat perihal penjagaan kesihatan ini.

''Mahu ke klinik di bandar, jaraknya sampai 32 kilometer. Kalau ada anak buah yang isterinya mahu bersalin, terpaksalah kami panggil ambulans. Macam mana nak bawa naik motor," ujarnya yang mempunyai 12 orang anak yang berusia dari 11 hingga 38 tahun.

Apa pun Johari memberi jaminan bahawa usaha menggalakkan pendidikan di kalangan anak-anak mereka di kampung itu akan diperhebatkan supaya tidak tercicir dalam arus pembangunan yang kian pesat ketika ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Trend buang bayi depan hospital

Posted:

Trend buang bayi depan hospital

Trend buang bayi depan hospital

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Zainab Nasir melawat bayi perempuan malang berusia dua hari yang ditemui terbiar oleh seorang anggota tentera di tempat letak kereta di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 28 Jan. - Sudah ada kecenderungan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bayi di kawasan hospital dan perbuatan itu perlu dibendung segera sebelum ia menjadi nanah dalam masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat Negeri Sembilan, Datuk Zainab Nasir berkata, kes meninggalkan bayi di atas bonet kereta seperti yang berlaku di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini malam Selasa lalu merupakan kes pertama yang berlaku di negeri ini.

Jelas beliau, berdasarkan pemerhatian kes-kes sebelum ini, kebanyakan bayi yang ditemui di tempat pembuangan sampah dan kawasan-kawasan lain.

''Kita kesal apabila kes pembuangan bayi ini dilihat semakin menjadi-jadi dalam masyarakat walaupun pihak kerajaan telah melakukan pendekatan terbaik bagi membendung masalah ini.

''Saya ingin nyatakan kepada mereka, kalau rasa mereka tidak inginkan bayi itu, tinggalkan ditempat yang sesuai dan selamat termasuklah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya selepas melawat bayi berkenaan di HTJ di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah HTJ, Dr. Jaafar Che Mat ketika ditemui berkata, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan akan diserahkan kepada pihak JKM negeri dalam tempoh dua minggu lagi untuk tindakan selanjutnya.

''Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meninggalkan bayi tersebut di hospital ini.

''Namun, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hospital ini, imej individu terbabit turut gagal diperoleh ekoran kualiti rakaman tidak begitu jelas," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, memberitahu, siasatan lanjut mengenai kes berkenaan masih dijalankan bagi mengesan suspek yang terlibat.

''Pihak kami tidak menolak kemungkinan bahawa bayi perempuan itu baru sahaja ditinggalkan di situ sebelum ditemui seorang anggota tentera.

''Pada masa sama kita juga sedang giat melakukan pemeriksaan di klinik-klinik dan bidan kampung dalam usaha untuk menjejaki ibu kepada bayi yang ditinggalkan itu," katanya.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 8.15 malam kelmarin, seorang anggota tentera terkejut selepas menemui seorang bayi perempuan di kawasan tempat letak kereta hospital berkenaan.

Bayi yang ditemui berbalut dengan kain batik selain lengkap berpakaian beserta surah Yassin kemudiannya dihantar ke Wad Kecemasan sebelum menerima rawatan susulan di Wad Rawatan Khas Bayi di hospital yang sama.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan