Kosmo Online - Negara |
Posted: Paksa anak yatim cari danaOleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI ANGGOTA penguat kuasa menyiasat penghuni sebuah pusat tahfiz di Port Dickson semalam manakala gambar kecil ialah anggota kerja pusat tersebut. PORT DICKSON – Setelah sekian lama bebas mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja miskin serta yatim piatu seramai 83 orang supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari, sebuah pusat tahfiz di sini diserbu pihak berkuasa kelmarin. Serbuan ke atas pusat yang terletak di Ambang Kota, Lukut itu dibuat selepas orang ramai mengadu tidak tahan lagi melihat pelajar terbabit dipaksa menjual peralatan ibadah, buku, minyak angin dan kismis tanpa sebarang upah. Ketika pengusaha pusat tahfiz itu lena tidur, kanak-kanak terbabit terpaksa tidur beralaskan lantai simen setelah kepenatan 'bekerja' atas alasan ia adalah sebahagian kurikulum keusahawanan pusat tahfiz tersebut. Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata, siasatan mendapati kanak-kanak tersebut dibawa dengan kenderaan ke beberapa lokasi sekitar Port Dickson, Seremban, Nilai dan lain-lain tempat untuk menjual barangan tanpa sebarang upah. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
Lanun akan dibicara dengan adil Posted: Lanun akan dibicara dengan adil
KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) berkata tujuh orang lanun yang ditahan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Teluk Aden Jumaat lepas akan dilayan seperti kes jenayah lain di mana siasatan dan perbicaraan yang adil akan dijalankan. Beliau berkata, kes itu kini masih pada peringkat siasatan dan rakyat diminta tidak membuat andaian melulu. "Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji kertas siasatan sebelum memulakan dakwaan kes kesalahan jenayah ini," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam. Katanya, pada peringkat sekarang, pejabatnya tidak terbabit dalam siasatan atau mengarahkan jabatan penguat kuasa untuk melakukan siasatan dan pejabatnya akan mengkaji sama ada wujud kes untuk mendakwa mereka. Walaupun beliau mengakui ia adalah kes pertama dikendalikan oleh jabatannya, katanya, undang-undang sekarang boleh dikendalikan dengan semua kesalahan yang didakwa dilakukan oleh lanun. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
Posted: Mohd. Azahar cabar Pas lebih gentlemanOleh NASRI JAMALUDIN AZAHAR (duduk tiga dari kiri) berbual dengan mangsa banjir di Balai Raya Kampung Lembah Sakti, Labis semalam. LABIS – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim mencabar Pas supaya lebih gentleman ketika berkempen dan bukannya menabur fitnah dengan memburukkan peribadi seseorang. Ia ekoran fitnah terbaru yang disebarkan oleh blog-blog pro- pembangkang kononnya beliau pernah terbabit dengan kes maksiat sebelum ini. Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut, Mohd. Azahar berkata, beliau memang menjangka Pas akan memperbanyakkan serangan peribadi kerana semua pihak sedar parti berkenaan sudah kering idea. "Ini semua fitnah... 'Gentlemanlah', kenapa hendak menabur fitnah semata-mata untuk meraih undi, tawarkanlah apa khidmat terbaik yang mampu Pas lakukan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan