Khamis, 27 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


4 beradik lari dari rumah dirawat di HSNZ

Posted:

4 beradik lari dari rumah dirawat di HSNZ

4 beradik lari dari rumah dirawat di HSNZ

27/01/2011 6:47pm

KUALA TERENGGANU – Empat beradik yang melarikan diri dari rumah mereka di Kampung Saujana, Setiu, setelah mendakwa tidak tahan dengan sikap panas baran bapa, kini dirawat di Hospital Sultan Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Setiu, ASP Idris Mohamad berkata, kanak-kanak yang berumur antara tujuh dan 14 tahun itu, kini diberikan rawatan dan kaunseling di HSNZ setelah mengalami trauma dengan apa yang berlaku.

Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini, beliau berkata, pihaknya masih belum dapat memastikan bila kanak-kanak itu akan dibenarkan keluar dari hospital.

Semalam, empat beradik berkenaan terdiri daripada kakak sulung yang berusia 14 tahun, dua adik perempuan (10 dan lapan tahun) serta seorang adik lelaki, 7, ditemui oleh seorang pesara di tepi jalan, kira-kira 7 kilometer dari rumah mereka. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Culik kanak-kanak: Wanita Thai dipenjara

Posted:

Culik kanak-kanak: Wanita Thai dipenjara

Culik kanak-kanak: Wanita Thai dipenjara

27/01/2011 6:45pm

KUANTAN – Seorang wanita warga Thailand dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas menukar pengakuan kepada bersalah menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun dua bulan pada Disember tahun lepas.

Majistret Adibah Abdul Kadir mengarahkan tertuduh yang hanya dikenali sebagai Peesa, 38, menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Pada 10 Januari lepas, tertuduh didakwa menculik kanak-kanak tersebut daripada penjagaan sah ibunya di depan sebuah kedai di Kampung Seri Fajar, Gambang, dekat sini pada 5 petang 27 Disember tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pengedar eramin 5 RM15,000 ditahan

Posted:

Pengedar eramin 5 RM15,000 ditahan

Pengedar eramin 5 RM15,000 ditahan

27/01/2011 6:22pm

BUTTERWORTH – Polis menahan seorang pengedar dadah dan merampas dadah jenis eramin 5 bernilai RM15,000 dalam satu operasi cegah jenayah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi ini.

Pegawai Turus Kereta Peronda Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang, C/Insp Rohizat Hamid berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan oleh pasukan elit MPV Evo dalam operasi yang bermula dari pukul 12.30 malam hingga 3 pagi ini.

"Lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu dalam perjalanan menghantar bekalan dadah berkenaan ke sebuah pusat hiburan di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki itu aktif mengedar dadah di sekitar pusat hiburan di Pulau Pinang sejak setahun lepas, dan dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan