Sabtu, 29 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Tunjuk perasaan di Mesir: Rakyat Malaysia selamat

Posted:

Tunjuk perasaan di Mesir: Rakyat Malaysia selamat

Tunjuk perasaan di Mesir: Rakyat Malaysia selamat

29/01/2011 4:59pm

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar kini menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata sehingga kini tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

"Mereka dilaporkan selamat," kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Wisma Putra juga berkata Kedutaan Besar Malaysia dan agensi kerajaan yang berkaitan di Kaherah sentiasa memantau perkembangan terkini di sana.

Mereka juga sudah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan Petronas, supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan, kata kenyataan itu.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Peniaga lemas di kolam renang hotel

Posted:

Peniaga lemas di kolam renang hotel

Peniaga lemas di kolam renang hotel

29/01/2011 4:12pm

ALOR SETAR - Seorang peniaga kedai perkakasan mati lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di sini, kira-kira 5.40 petang semalam.

Tan Kaw Liang, 36, dari Taman Padi Emas, Alor Mengkudu di sini, telah pergi ke kolam renang Hotel ASRC di Lebuhraya Darul Aman itu bersama dua anaknya yang berusia tiga dan enam tahun.

Ketika kejadian, kedua-dua anak mangsa mandi di kolam renang kanak-kanak.

Ibu mertua mangsa, Ooi Swee Keow, 61, berkata setiap minggu Kaw Liang bersama keluarganya akan ke kolam renang itu untuk mandi.

Bagaimanapun, pada hari kejadian, Swee Keow berkata, anaknya (isteri mangsa) tidak turut serta kerana terpaksa bekerja.

"Minggu depan sudah nak raya (Tahun Baru Cina), semua persiapan sudah buat. Tapi bila sudah berlaku perkara ini, sambutan raya pun sudah tidak bermakna," katanya yang mendakwa perenang keselamatan tidak ada untuk memantau keadaan di kolam renang itu ketika kejadian.

Perenang keselamatan Mohd Rosidi Mohd Ali, 37, pula berkata beliau sedang mandi di bilik air apabila diberitahu dua orang kanak-kanak bahawa ada orang "tidur" dalam kolam renang dewasa.

"Saya terus pergi ke kolam itu yang terletak bersebelahan dengan bilik mandi, dan terlihat ada lelaki tenggelam di dasar kolam.

"Saya terus terjun dan cuba selamatkan lelaki itu dengan membuat CPR dan tekan dada mangsa," katanya yang memberitahu kolam tersebut mempunyai kedalaman antara tiga hingga tujuh kaki. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman

Posted:


Ruang

Legasi 111 tahun Kampung Baru

MENITI sejarah penubuhan Kampung Baru, ia sebenarnya mula dibuka sejak tahun 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa. Lagi...

Infiniti

Teknologi dekatkan pemimpin dengan rakyat

LAMAN interaktif sosial Twitter kini semakin hangat menjadi pilihan pengguna apabila selain selebriti, para pemimpin dilihat menggunakannya sebagai medan perdebatan pelbagai isu secara langsung dengan rakyat termasuk mengumpul sebanyak mungkin pengikut. Lagi...

Kesihatan

Kuasa tanduk seladang

RAWATAN urut tradisional merupakan amalan turun-temurun di kebanyakan negara di Asia malah kemampuan teknik itu kini mulai diterima di negara Barat berikutan keberkesanannya yang diiktiraf sains perubatan moden. Lagi...

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan