Ahad, 30 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Mayat Yagneswaran dibawa pulang malam ini

Posted:

Mayat Yagneswaran dibawa pulang malam ini

Mayat Yagneswaran dibawa pulang malam ini

30/01/2011 8:58pm

JAKARTA — Mayat S. Yagneswaran, pelajar Malaysia yang terkorban dalam nahas jalan raya di Padang, Sumatera Barat, Jumaat lepas dibawa pulang ke Malaysia dari sini petang tadi dengan pesawat Garuda.

Mengiringi mayat itu ialah bapanya, agen pelajar dan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Ludinata Misnum.

Mayat dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada pukul 8.20 malam ini.

Pengarah MSD Indonesia, Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar dan Pegawai Imigresen Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Cengkareng sebelum itu telah menguruskan pemindahan mayat mendiang dari sebuah pesawat lain sejurus tiba dari Padang petang tadi ke pesawat untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Dr. Junaidy berkata, di KLIA, selain para anggota keluarga, pegawai Kementerian Pengajian Tinggi dan Wisma Putra akan turut menunggu ketibaan mayat Yagneswaran sebelum dibawa ke rumah keluarganya di Klang, Selangor. — Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pemantauan berterusan superbug - KK

Posted:

Pemantauan berterusan superbug - KK

Pemantauan berterusan superbug - KK

30/01/2011 8:31pm

KUANTAN — Kementerian Kesihatan tidak pernah leka daripada membuat pemantauan bagi mengesan kes 'superbug' di Malaysia walaupun kes itu tidak lagi dikesan dalam negara sejak September lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata orang ramai sentiasa diingatkan supaya tidak mengambil antibiotik sewenang-wenangnya sehingga memberi kesan kepada sistem pertahanan badan.

"Jika ambil antibiotik sebarangan, bakteria yang ada tidak mati malah lahir bakteria yang lain pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) di sini, hari ini.

Superbug atau nama saintitiknya, NDM-1 (New Delhi metallo-lactamase-1), ialah sejenis enzim yang dikesan mampu memusnahkan hampir semua antibiotik serta menjadikan mereka tidak berkesan melawan penyakit.

Kes superbug pertama dikesan di Malaysia pada September tahun lepas membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun, namun dia sembuh selepas menerima rawatan daripada sebuah hospital. — Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Terkejut terima saman menunggang laju

Posted:

Terkejut terima saman menunggang laju

Terkejut terima saman menunggang laju

30/01/2011 7:03pm

KANGAR – Seorang warga emas, Bakar Ismail, 85, tidak pernah memiliki motosikal berkuasa 500cc tetapi beliau menerima saman kerana menunggang motosikal berkuasa besar itu melebihi had laju di lebuh raya Kuala Lumpur-Seremban pada 30 Julai lepas.

Petani yang hanya memiliki motosikal jenama Honda berkuasa 70cc itu dan telah lama tidak ke Kuala Lumpur bimbang namanya akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa jika tidak membayar saman itu.

Bakar yang menetap di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, dekat sini, berkata, beliau dikehendaki membayar saman itu secepat mungkin atau sebelum 28 Februari ini sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.

Beliau berkata, selepas menerima saman itu, anaknya, Mohd Noor, 47 telah mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis yang kemudian memintanya merayu kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan