Jumaat, 28 Januari 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Tol LPT, KL-Karak kekal

Posted:

Tol LPT, KL-Karak kekal

Tol LPT, KL-Karak kekal


KEPUTUSAN mengekalkan kadar tol Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan LPT pasti melegakan lebih 200,000 pengguna setiap hari.


PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan penstrukturan kadar tol yang menyaksikan kadar sedia ada untuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 kekal untuk selama lima tahun atau sehingga 2016.

Keputusan itu juga melibatkan penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur yang dijangka berakhir pada Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, asas penstrukturan itu adalah untuk mengurangkan beban rakyat.

"Saya telah meminta para pemegang konsesi tol untuk mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing, ini sejajar dengan semangat 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan'.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

3 maut, kereta terjunam tali air

Posted:

3 maut, kereta terjunam tali air

3 maut, kereta terjunam tali air

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my


INILAH tempat tiga sekeluarga mati lemas selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke dalam tali air di Kilometer 31, Jalan Pekan-Batu Balik, Pekan semalam.


PEKAN – Tiga sekeluarga termasuk sepasang suami isteri terbunuh selepas kereta Datsun 120Y dinaiki mereka terbabas ke dalam sebuah tali air ketika mengelak daripada melanggar sebuah motosikal di Kilometer 31, Jalan Pekan-Batu Balik dekat Kampung Pulau Rumput, Pekan semalam.

Tiga mangsa yang terkorban ialah Maarof Mat Sham, 73, bersama isterinya, warga Indonesia mempunyai taraf penduduk tetap dikenali sebagai Karinah, 55, dan anak saudara pasangan itu hanya dikenali sebagai Mahmud, 36.

Hasil bedah siasat mendapati ketiga-tiga mangsa itu terkorban di tempat kejadian akibat lemas di dalam tali air sedalam lima meter.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 8 pagi ketika tiga mangsa itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Pulau Rumput menuju ke bandar Pekan manakala motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah Pekan menuju ke Sekolah Teknik Muadzam Shah.

"Sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi seorang remaja gagal memotong sebuah traktor diekori menyebabkan ia bergesel dengan traktor itu sebelum motosikal itu terjatuh ke laluan bertentangan.

"Kereta dipandu Mahmud cuba membrek daripada melanggar motosikal terbabit menyebabkan kereta itu terbabas ke kanan jalan lalu terjunam ke dalam tali air dengan keadaan keempat-empat tayar kereta terbabit berada di atas," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Murid dirotan hingga terkencing

Posted:

Murid dirotan hingga terkencing

Murid dirotan hingga terkencing


KESAN dirotan pada belakang badan Wan Mohd. Faris.


KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun empat trauma untuk pergi ke sekolah selepas mendakwa dia dirotan oleh seorang guru selepas menghantar kertas ujian di sebuah sekolah di Kuala Besut di sini pada Rabu lalu.

Semasa kejadian, Wan Mohd. Faris Wan Zukri, 10, mendakwa dia baru menghantar kertas ujian kertas pendidikan Islam sebelum dikejutkan dengan tindakan guru lelaki itu yang tanpa sebab telah merotan badannya secara tiba-tiba.

Tindakan guru itu menyebabkan dia terkencing di dalam kelas kerana menahan kesakitan.

"Waktu kejadian, cikgu itu bagi kertas ujian dan selepas saya hantar kertas ujian pada cikgu, saya jenguk kawan saya untuk tengok apa yang dia buat.

"Tiba-tiba cikgu datang terus rotan belakang badan saya. Selepas itu cikgu tanya sakit tak. Belum sempat saya jawab dia rotan saya sekali lagi," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan