Utusan Online - Muka Hadapan |
- Tiada kenaikan tol 5 tahun
- Kenaikan nilai Ringgit cermin kekukuhan ekonomi negara
- Tol Taman Connaught tamat Mei ini
Posted: Tiada kenaikan tol 5 tahunOleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA 28 Jan. - Kerajaan mengumumkan tidak ada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1. Khabar gembira itu diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berdasarkan cadangan penstrukturan tol untuk mengurangkan beban rakyat. Berikutan itu, Perdana Menteri berkata, tempoh konsesi lebuh raya-lebuh raya berkenaan tidak akan dilanjutkan dan kerajaan tidak memberikan pampasan untuk semakan tol yang tertunggak. "Atas semangat 1Malaysia, yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat. "Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak yang besar kepada rakyat. "Berdasarkan cadangan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang dicadangkan bakal dimiliki oleh dua orang ahli korporat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini. Kumpulan MTD adalah syarikat konsesi kedua-dua lebuh raya berkenaan. Menurut Najib, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mengkaji semula kos sara hidup termasuk soal belanja pengangkutan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat. Justeru, kata beliau, semakan semula kos pengangkutan perlu dilaksanakan dengan berhemah dan betul demi masa depan negara. Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membuat keputusan secara tiba-tiba terhadap setiap cadangan penstrukturan tol sebaliknya ia melalui proses tertentu. "(Antaranya) kita minta pihak konsesi supaya cuba mengekalkan kadar tol untuk tempoh tertentu, kurangkan atau hapuskan (terus). Dan mereka buat pelbagai cadangan kepada pihak kerajaan dan yang mana kita boleh terima, kita terima dan kita jalankan dulu. "Bagi isu lain, kita masih dalam pertimbangan dan fikirkan cadangan yang boleh dikemukakan kepada Kabinet," katanya. Mengulas lanjut, Najib berkata, beliau mempunyai banyak lagi pengumuman yang akan menyusul serta memberi khabar gembira kepada rakyat. "Satu persatulah, saya ada banyak lagi pengumuman selepas ini, jangan bimbang, ia mengejutkan," jelas Perdana Menteri. | ||
Kenaikan nilai Ringgit cermin kekukuhan ekonomi negara Posted: Kenaikan nilai Ringgit cermin kekukuhan ekonomi negaraPUTRAJAYA 28 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenaikan nilai Ringgit sejak Disember lalu mencerminkan asas fundamental negara yang kukuh. Perdana Menteri berkata, ini kerana pengukuhan sesuatu mata wang mencerminkan kedudukan yang kuat bagi sesebuah negara. ''Untuk mata wang Ringgit, ia masih lagi pada paras yang boleh diuruskan dan yang penting sekali ia perlu berdasarkan kepada fundamental yang kuat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Ringgit yang kini berada pada paras RM3.053 sedolar, mengukuh 2.8 peratus sejak Disember lepas. Kenaikan atau pengukuhan sesuatu mata wang dibimbangi akan menjejaskan eksport sesebuah negara. Najib yang juga Menteri Kewangan memberitahu, pada masa ini kerajaan masih dapat menangani sebarang kenaikan Ringgit. Beliau menambah, secara keseluruhannya kenaikan tersebut menguntungkan ekonomi negara. ''Namun kerajaan masih memantau keadaan sama ada terdapat industri yang merasakan mereka tidak berdaya saing akibat pengukuhan mata wang Ringgit itu. ''Pada umumnya setakat ini tidak ada yang membangkitkan masalah tersebut," katanya. | ||
Tol Taman Connaught tamat Mei ini Posted: Tol Taman Connaught tamat Mei iniPUTRAJAYA 28 Jan. - Kerajaan hari ini mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur yang dijangka berkuat kuasa Mei ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia adalah penutupan lebih awal dari tempoh yang sepatutnya pada 2018 lanjutan daripada cadangan pengambilalihan aset-aset konsesi tersebut. "Ini bermakna, pengguna lebuh raya tersebut tidak perlu lagi membayar tol. "Saya difahamkan inisiatif penutupan awal tol ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuh raya tersebut. "Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaian berhemah dalam isu tol," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini. Menurut Perdana Menteri, penstrukturan tol selepas semakan semula kos pengangkutan dilakukan sebagai satu cara mengurangkan bebanan rakyat. "Saya juga ingin menyeru agar inisiatif sebegini dapat dicontohi oleh syarikat pemegang konsesi yang lain demi kepentingan rakyat," katanya. METRAMAC adalah pemegang konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan