Rabu, 26 Januari 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


‘Geng Piramid tumpas’

Posted:

'Geng Piramid tumpas'

'Geng Piramid tumpas'


Ahmad Johari Shahabuddin menunjukkan rangka motosikal curi yang dibuang di Tasik Bukit Kebok dekat Kampung Sentosa, Maran, Pahang, semalam.


MARAN 26 Jan. – Tindakan bodoh sekumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Geng Piramid' mencuri motosikal dalam kawasan perumahan polis di Temerloh membawa padah apabila mereka ditahan pada 8 Ja nuari lalu.

Tindakan berani mati empat ahli geng itu yang masing-masing berusia 18 tahun turut membawa kepada penangkapan lima lagi ahli kumpu lan yang berumur 17 hingga 26 tahun di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supri tendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, sepasukan polis yang men dapat maklumat mengenai kejadian curi tersebut bergegas ke tempat ke jadian di Perumahan Kakitangan Po lis Temerloh Jaya dan berjaya me nahan empat suspek kira-kira pukul 11 malam.

"Hasil tangkapan itu, polis kemudian menahan lima lagi lelaki di percayai ahli kumpulan sama di se kitar daerah ini dalam operasi yang diadakan dari 8 Januari hingga 12 Januari lalu.

"Hasil soal siasat, suspek kemudian menunjukkan lokasi tempat mereka membuang rangka motosikal curi iai tu di Tasik Bukit Kebok berdekatan Kampung Sentosa di sini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini hari ini.

Ahmad Johari memberitahu, se lepas mendapat maklumat itu, ang gota polis marin daripada Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 3 Kemaman menyelam di tasik itu pada 18 Januari lalu.

"Hasilnya, polis menemui 18 rang ka, tiga enjin dan dua ekzos mo tosikal curi yang dibuang oleh sus pek. Antara motosikal yang dikenal pasti ialah Yamaha 125Z, Yamaha RXZ, Yamaha SS, Honda EX5 dan Honda Wave," jelasnya.

Menurut beliau, dengan tertum pasnya geng itu, polis berjaya menyelesaikan 15 kes kecurian moto sikal di sekitar Pahang dan Selangor.

Kumpulan ini, katanya, dikatakan aktif sejak tahun lalu iaitu dengan menumpukan kawasan masjid dan pusat beli-belah sebagai kawasan jenayah mereka," ujarnya.

Ahmad Johari memberitahu, suspek dipercayai mempunyai 'master key' yang diubahsuai untuk digu nakan bagi membuka suis motosi kal.

"Modus operandi kumpulan ini dengan meleraikan komponen motosikal untuk dijual sebelum me lupuskan rangka motosikal dan lain-lain komponen ke dalam tasik.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lanun boleh didakwa jika cukup bukti - Peguam Negara

Posted:

Lanun boleh didakwa jika cukup bukti - Peguam Negara

Lanun boleh didakwa jika cukup bukti - Peguam Negara

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Pendakwaan terhadap tujuh warga Somalia yang ditahan selepas merampas kapal dagang MT Bunga Laurel di Teluk Aden di perairan Teluk Aden, Somalia boleh dilakukan sekiranya terdapat bukti yang mencukupi.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, kes itu akan dilayan seperti kes jenayah lain iaitu diberikan siasatan dan perbicaraan yang adil.

Bagaimanapun rakyat Malaysia, kata beliau, diminta tidak membuat andaian melulu kerana kes itu masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Abdul Gani menegaskan bahawa beliau tidak akan masuk campur dalam siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.

"Sebelum sebarang pendakwaan dilakukan, Jabatan Peguam Negara perlu mengkaji kertas siasatan terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi mewakili Tun Zaki Tun Azmi yang dinamakan sebagai responden dalam satu permohonan yang dikemukakan oleh peguam Karpal Singh untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman membabitkan Ketua Hakim Negara itu.

Pada 22 Januari lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan membawa tujuh lanun warga Somalia yang merampas kapal dagang MT Bunga Laurel di Teluk Aden untuk didakwa mengikut undang-undang negara ini.

Bagaimanapun ujar beliau, langkah itu bergantung kepada penilaian perundangan antarabangsa terlebih dahulu.

Awal pagi Khamis lalu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelamatkan 23 krew dan merampas semula kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun di perairan teluk tersebut.

Dalam kejadian itu, tujuh lanun warga Somalia berjaya ditahan dengan tiga daripadanya cedera selepas berbalas tembakan dengan Pasukan Komando Laut (Paskal) TLDM.

Misi menyelamat tersebut dilakukan dengan sokongan kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas), Bunga Mas 5 dan sebuah helikopter jenis Fennec milik TLDM.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan