Isnin, 31 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Penoreh mampu hidup mewah

Posted:

Penoreh mampu hidup mewah

Penoreh mampu hidup mewah

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my

JELI 30 Jan. - Suatu ketika dahulu, penoreh getah mungkin hanya dapat memasang angan-angan untuk memiliki set televisyen mewah atau barangan elektrik mahal lain.

Ini kerana, dengan pendapatan sebagai penoreh getah yang tidak seberapa menyebabkan mereka terutama anak-anak hanya mampu menyimpan angan-angan itu.

Bagaimanapun, ibarat pepatah, langit tidak selalunya mendung, begitulah nasib penoreh getah yang kini mampu memiliki bukan sahaja set televisyen mewah, tetapi juga pelbagai barangan atau perkakasan elektrik mahal lain apabila harga komoditi tersebut terus melonjak di pasaran dunia.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa rumah penoreh getah di daerah ini mendapati, ada di kalangan mereka sudah mampu memiliki barangan elektrik dan peralatan rumah yang mahal kerana mereka kini memperoleh pendapatan melebihi RM2,000 sebulan.

Perkara itu diakui seorang penoreh, Abdul Aziz Ismail, 52, yang sebelum ini dia hidup dalam serba kekurangan dan kenaikan harga getah di pasaran dunia membawa sinar dalam kehidupannya sekeluarga.

Abdul Aziz berkata, dia sangat bersyukur kerana kenaikan harga getah membolehkan ahli keluarganya menikmati kehidupan lebih baik.

"Selain membeli peralatan elektrik canggih secara tunai, saya juga boleh menyimpan wang dan membeli makanan yang lebih," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jelawang, dekat sini semalam.

Menurutnya, sebelum ini, dia sekeluarga sering mengalami masalah kekurangan wang disebabkan harga getah yang begitu rendah di pasaran.

Bagaimanapun, katanya, ibarat mimpi, dia kini mampu memperoleh pendapatan RM2,000 hasil jualan susu getah yang ditoreh hanya selama seminggu di kebun getah seluas sehektar miliknya.

Seorang lagi penoreh getah, Mohd. Razali Zakaria, 55, berkata, dia bersyukur dengan kenaikan harga getah di pasaran membolehkannya sekeluarga menikmati kehidupan jauh lebih baik berbanding beberapa tahun lalu.

"Kini saya tidak terlalu runsing memikirkan wang perbelanjaan persekolahan anak-anak. Begitu juga untuk membeli barangan dapur, peralatan elektrik dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Abd. Razak Ismail menasihatkan penoreh supaya berjimat cermat ketika harga getah masih menunjukkan peningkatan di pasaran.

Beliau berkata, tidak salah penoreh getah untuk berbelanja tetapi biarlah berhemah dan tidak boros dan membeli barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.

"Penoreh getah seharusnya turut memikirkan masa depan anak-anak mereka dengan membuat simpanan atau melabur.

"Ini kerana, harga getah berkemungkinan akan turun pada suatu masa nanti. Pada ketika itu, kita menyesal sekiranya tidak membuat simpanan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pengunjung kawasan bebas cukai cedera jatuh longkang

Posted:

Pengunjung kawasan bebas cukai cedera jatuh longkang

Pengunjung kawasan bebas cukai cedera jatuh longkang


Yusri Ismail melihat longkang yang menyebabkan dia terjatuh di bandar Rantau Panjang, baru-baru ini.


RANTAU PANJANG 30 Jan. - Hasrat seorang lelaki untuk membeli-belah di kawasan bebas cukai di pekan ini, berakhir dengan tragedi apabila mangsa terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang apabila mangsa, Yusri Ismail, 39, dari Kuala Lumpur terpijak kayu penutup longkang yang sudah rosak.

Katanya, sebelum insiden itu, dia berdiri di atas penutup longkang berkenaan untuk membuka pintu kenderaan yang diletakkan berhampiran.

"Waktu itu, saya baru lepas membeli-belah bersama keluarga di kawasan bebas cukai tersebut.

"Saya letakkan kereta berhampiran longkang itu kerana sukar untuk dapatkan tempat meletak kenderaan yang terhad dan pengunjung pula ramai.

"Sebaik sahaja memijak, saya terus jatuh ke dalam longkang terbabit," katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Kata Yusri, dia bernasib baik kerana ketika itu air longkang berkenaan cetek dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Saya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk keluar dari longkang dengan dibantu ahli keluarga," katanya.

Yusri yang kesal dengan insiden menimpa dirinya, meminta pihak berkenaan mengambil langkah segera membaiki penutup longkang tersebut.

Seorang pengunjung, Silati Mohamed, 48, dari Pengkalan Chepa berkata, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana boleh memberi imej buruk kepada kawasan yang menjadi tumpuan pelancong itu.

"Ia boleh memalukan negeri Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Pihak berkuasa wajar baiki mana-mana penutup longkang yang rosak dan tidak menunggu insiden seperti ini berlaku," katanya.

Seorang peniaga, Azizi Ismail, 29, mendakwa, kerosakan penutup longkang itu yang berlarutan sejak sekian lama boleh mengundang kecelakaan terutama kepada pejalan kaki pada waktu malam.

"Akibat kelemahan pihak berkuasa tempatan membaiki penutup longkang yang rosak itu, apa yang dibimbangi telah berlaku.

"Pihak berkuasa sepatutnya membaiki segera mana-mana penutup longkang yang rosak di kawasan bebas cukai itu bagi mengelak kejadian itu berulang," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

YPM hargai 500 pelajar cemerlang UPSR, PMR

Posted:

YPM hargai 500 pelajar cemerlang UPSR, PMR

YPM hargai 500 pelajar cemerlang UPSR, PMR


Mohd . Fauzi Ismail (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar di SK Mulong 2, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 30 Jan. - Lebih 500 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari kawasan Parlimen Kubang Kerian menerima sumbangan daripada Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

Sumbangan disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd. Fauzi Ismail pada program Juara Rakyat Parlimen Kubang Kerian di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2, di sini semalam.

Turut hadir, Pengurus Unit Pembiayaan Pendidikan Rendah Menengah YPM, Puarsuha Ab. Razak.

Mohd. Fauzi ketika berucap pada majlis tersebut berkata, pihaknya bekerjasama dengan YPM untuk merangka pelbagai program bagi membantu pelajar cemerlang di kawasan Parlimen tersebut.

Katanya, pelajar cemerlang perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi memastikan mereka dapat mengekalkan pencapaian dan mencipta kejayaan lebih besar pada masa depan.

"Saya sedang berbincang dengan Pengerusi YPM, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan untuk merangka beberapa program khusus di kawasan ini untuk membantu pelajar cemerlang.

"Pelajar ini perlu terus diberi bimbingan supaya mereka dapat menempuh cabaran pada masa depan dan saya berharap sumbangan ini akan memberi perangsang kepada mereka untuk berusaha dengan lebih gigih," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa juga harus sedar bahawa Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai kemudahan terutama dalam bidang pendidikan untuk membantu anak-anak mereka.

Sementara itu, Puarsuha berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian serius dalam bidang pendidikan sebagai salah satu usaha untuk membantu kerajaan menyediakan modal insan yang cemerlang.

"Program tersebut pernah diadakan di beberapa kawasan sebelum ini dan kita terus memberi sumbangan kepada pelajar cemerlang sebagai salah satu usaha untuk menghargai mereka," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan