Jumaat, 28 Januari 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kilang VCD, DVD haram diserbu

Posted:

Kilang VCD, DVD haram diserbu

Kilang VCD, DVD haram diserbu

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


FAHMI Kasim (kanan) melihat sebahagian peralatan proses DVD haram dalam "Operasi Gerak Gempur Cetak Rompak" di kawasan Industri Kecil D' Ambang Kota, Port Dickson, kelmarin.


TELOK KEMANG 27 Jan. - Kegiatan sebuah kilang mencetak cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) yang beroperasi secara haram di Ambang Kota, Lukut sejak tiga bulan lalu lumpuh apabila ia diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.20 petang, pihak berkuasa merampas dua mesin pengeluar cakera optik dan mesin pencetak yang dianggarkan berjumlah RM6 juta.

Ketua Pasukan Petugas Khas Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Fahmi Kasim memberitahu, dalam serbuan itu juga, pihaknya turut merampas sejumlah 300 keping VCD dan DVD yang baru diproses di premis berkenaan.

"Serbuan petang ini dilakukan hasil intipan pihak kami dan juga maklumat daripada orang awam yang mencurigai kegiatan di premis tersebut.

"Hasil siasatan awal, kilang tersebut beroperasi di kawasan yang agak tersorok untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu semalam.

Fahmi berkata, dalam serbuan tersebut, pihaknya menahan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 31 hingga 65 tahun yang bekerja di premis berkenaan.

Kata beliau, siasatan lanjut mendapati kilang tersebut tidak mencetak VCD dan DVD dengan jumlah yang banyak tetapi berdasarkan permintaan sahaja.

"Kilang itu hanya mencetak cakera optik berdasarkan permintaan pasaran iaitu filem-filem yang mendapat sambutan hebat di pawagam sahaja.

"Kita percaya dalam sehari, kilang ini mencetak sekitar 10,000 keping VCD dan DVD serta hanya aktif beroperasi pada sebelah malam," jelasnya.

Tambah beliau, bagi mengawasi kegiatan mereka agar tidak dihidu oleh pihak berkuasa, premis itu dilengkapi dengan tujuh kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah berjaga-jaga.

Semua VCD dan DVD yang dicetak ini dipercayai diedarkan untuk pasaran Lembah Klang dan juga negeri ini, katanya.

Sehubungan itu, kata Fahmi, pihaknya akan mengesan pemilik kilang terbabit selain mendapatkan maklumat daripada ketiga-tiga pekerja yang ditahan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Cakera Optik 2000 dan jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman denda RM250,000 atau penjara tiga tahun.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

43 notis kesalahan merokok tempat awam

Posted:

43 notis kesalahan merokok tempat awam

43 notis kesalahan merokok tempat awam

SEREMBAN 27 Jan. - Jabatan Kesihatan negeri telah mengeluarkan 43 notis di bawah Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 kepada beberapa individu supaya hadir ke mahkamah kerana kesalahan merokok di tempat awam.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zailan Adnan berkata, notis itu dikeluarkan selepas pihaknya bersama agensi lain mengadakan operasi penguatkuasaan peraturan berkenaan di 23 kawasan sasaran di sekitar daerah ini, Isnin lalu.

''Operasi ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penambahan zon larangan merokok di tempat awam seperti kaki lima kompleks beli-belah dan di kawasan tempat latihan khidmat negara.

''Pemantauan akan terus dilakukan bagi mendidik masyarakat supaya menghormati orang lain dan tidak merokok di kawasan yang dilarang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zailan, operasi yang dijalankan itu melibatkan kawasan di stesen bas Terminal One, stesen kereta api, Hospital Tuanku Ja'afar, Kompleks Mahkamah Seremban 2, Hospital Mawar, Wisma Persekutuan, bangunan Majlis Perbandaran Seremban, Jusco Seremban 2, beberapa restoran dan kedai makan.

''Selain notis yang diberikan, jabatan ini juga mengedarkan sebanyak 95 risalah mengenai tambahan kawasan larangan merokok.

''Ini termasuklah perlunya diletakkan tanda larangan merokok di premis dan kesan serta bahaya akibat merokok ini demi kepentingan masyarakat," ujar Zailan.

Operasi yang bermula 8.30 pagi dan berakhir pukul 2 petang pada Isnin lalu itu turut melibatkan anggota polis.

''Masyarakat perlu memainkan peranan untuk membantu jabatan ini bagi mencapai matlamat agar kawasan larangan merokok ini bebas daripada aktiviti tersebut," tegasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pusat Saudara Baru tegakkan syiar Islam

Posted:

Pusat Saudara Baru tegakkan syiar Islam

Pusat Saudara Baru tegakkan syiar Islam


KOMPLEKS Pusat Saudara Baru yang bercirikan reka bentuk dari Tanah Besar China yang menjadi pusat kegiatan ilmu saudara baru di Rahang.


SEREMBAN 27 Jan. - Syiar Islam di negeri ini terus dijulang apabila Pusat Saudara Baru di Rahang dekat sini bakal memberikan nafas baru buat mereka yang memeluk agama Islam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kompleks kegiatan saudara baru yang menelan kos RM7.7 juta itu akan dilengkapi ruang solat, perpustakaan dan pusat siber.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menjelaskan, kompleks itu akan dijadikan sebagai salah satu pusat kecemerlangan dakwah Islamiah bagi saudara baru di negara ini.

"Pembinaan kompleks ini nanti akan menjadi sebagai satu tempat yang akan digunakan sebaik mungkin dan akan diuruskan oleh MAINS Holding.

"Kita juga akan menempatkan pegawai khas bagi mengatur dan menyusun segala aktiviti serta program supaya ia dapat dijalankan dengan sebaik mungkin," katanya selepas majlis penyerahan kunci Pusat Saudara Baru di Rahang dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Dr. Sohaimi Mohd. Salleh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Mufti negeri, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad serta Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Ir. Dr. Roslan Md. Taha.

Mohamad juga memberitahu, antara pengisian yang akan dilakukan termasuk sesi ceramah, membaca khutbah selain mengadakan kelas-kelas agama bagi tujuan memantapkan lagi kefahaman saudara baru terhadap agama Islam.

Kata beliau, ia sekali gus memberikan kemudahan bagi saudara baru bagi menjadikan kompleks itu sebagai pusat percambahan ilmu bagi berkongsi maklumat selain bertukar-tukar pandangan mengenai ajaran Islam.

"Kita melihat mereka ini tiada tempat yang baik untuk berbincang dan berbual serta bertemu mengenai Islam.

"Oleh kerana itu kita akan membawa para pendakwah Islam untuk melaksanakan pelbagai program meliputi sesi ceramah serta kelas agama kepada mereka," kata beliau.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan