Isnin, 31 Januari 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Johor: Pantau 'jalan sakaratulmaut'

Posted: 30 Jan 2011 01:27 AM PST

Wilayah

 KILOMETER 6 Jalan Endau-Mersing antara 'jalan sakaratulmaut' yang  dipantau JPJ  sempena sambutan Tahun Baru Cina.

KILOMETER 6 Jalan Endau-Mersing antara 'jalan sakaratulmaut' yang dipantau JPJ sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Anggota JPJ awasi 13 laluan selama sebulan sempena perayaan

JOHOR BAHRU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor akan meningkatkan pemantauan di 13 jalan dikenali sebagai 'jalan sakaratulmaut' di semua daerah di negeri ini bagi mengurangkan jumlah kematian sempena sambutan Tahun Baru Cina, minggu ini.

Antara lokasi itu ialah di Kilometer 9 hingga Kilometer 11 Jalan Johor Bahru-Air Hitam; Kilometer 56 hingga 63 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat; Kilometer 2 Jalan Bakri dari Muar ke Yong Peng; Kilometer 10 Rawang dari Muar ke Segamat; Kilometer 135 Lebuh raya Utara Selatan; Kilometer 37 hingga 48 Jalan Mersing-Kota Tinggi dan Kilometer 6 Jalan Endau-Mersing. Bagi menjayakan pemantauan itu, seramai 205 pegawai dan anggota penguat kuasa JPJ akan dikerah mengawasi jalan terbabit selama sebulan sejak Jumaat lalu hingga 20 Februari ini.

Pengarah JPJ Negeri Johor, Khairul Anwar Bachok berkata, penguatkuasaan 24 jam itu dijalankan bagi meminimumkan operasi statik iaitu sekatan jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

"Kami akan menunjukkan kehadiran kami khasnya di lokasi kerap berlaku kemalangan maut, ia secara tidak langsung memberi ingatan kepada pemandu supaya mematuhi peraturan jalan raya.

"Kaedah ini diharap dapat mengurangkan jumlah kemalangan dan korban di jalan raya yang kerap berlaku kemalangan maut terutamanya pada musim perayaan," katanya pada sidang media 'Ops Tahun Baru Cina 2011' di Ibu Pejabat JPJ Negeri Johor di sini, baru-baru ini.
Khairul berkata, 25 kematian direkodkan sepanjang Tahun Baru Cina tahun lalu dan 36 pada 2009 dengan pihaknya berharap jumlah kematian pada tahun ini dapat dikurangkan sebanyak 10 peratus.

"Berikutan itu, pengguna jalan raya khasnya penunggang dan pembonceng motosikal dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika dalam perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Kita juga menjangkakan kesesakan bakal berlaku di jalan utama di pekan kecil serta kampung berikutan pertambahan jumlah kenderaan," katanya.

Untuk sebarang maklumat, beliau berkata orang ramai boleh menghubungi bilik operasi JPJ Negeri Johor di talian 07-3543544.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Wilayah: Motel seks

Posted: 30 Jan 2011 01:23 AM PST

Wilayah

 PEGAWAI JAIK  menyiasat dokumen peribadi pasangan  dicekup berkhalwat di sebuah hotel murah di Bukit Pinang.

PEGAWAI JAIK menyiasat dokumen peribadi pasangan dicekup berkhalwat di sebuah hotel murah di Bukit Pinang.

JAIK tahan tiga pasangan di premis Jalan Bukit Pinang

ALOR SETAR: Sebuah motel yang terletak di hujung kampung yang menawarkan harga serendah RM80 semalam untuk setiap bilik menjadi lokasi pilihan pasangan 'bercinta' untuk melempiaskan nafsu sejak beberapa tahun lalu.

Kegiatan itu didedahkan Bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang menyerbu motel di Jalan Bukit Pinang, dekat sini dan menahan tiga pasangan termasuk tiga penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tengah malam kelmarin. Dalam serbuan pada kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, penjaga motel yang berusia awal 20-an dikatakan terkejut apabila melihat sepasukan 15 anggota penguatkuasa JAIK membuat pemeriksaan di situ.

Hasil siasatan mendapati penjaga motel itu memberi jaminan kepada pelanggannya yang beliau akan menghantar SMS jika ada serbuan JAIK untuk membolehkan mereka melarikan diri sebagai tarikan untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan ke motel itu kerana ia dikategorikan 'selamat'.

Bagaimanapun, kelmarin, penjaga motel itu terpaksa akur dengan memberi kerjasama dan mengetuk bilik pelanggannya yang disyaki melakukan maksiat itu. Motel itu mempunyai 15 bilik membabitkan tiga blok.

Ketua Operasi JAIK, Mat Nasir Md Dali, berkata pihaknya yang menerima maklumat berhubung kegiatan itu membuat serbuan di motel itu dan menahan tiga pasangan berusia 19 hingga 33 tahun di tiga bilik sewa di motel itu.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan, ketiga-tiga pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah atau suami isteri menyebabkan timbul syak mereka melakukan maksiat.

"Kita sudah banyak kali menerima aduan berhubung kegiatan maksiat di motel itu sejak beberapa tahun lalu, tetapi kita perlu menjalankan siasatan menyeluruh termasuk membuat rondaan serta risikan maklumat dan membuat pengesahan berhubung aduan itu terlebih dulu sebelum membuat serbuan.

"Hasil serbuan kita menemui tiga pasangan terbabit di bilik berasingan dan percaya lebih ramai pelanggan menyewa di situ setiap malam disebabkan lokasinya yang jauh daripada pandangan orang ramai dan terletak di hujung kampung," katanya.

Mat Nasir berkata, berdasarkan siasatan kebanyakan mereka yang dicekup itu berasal di sekitar negeri ini dan ada di kalangan mereka mengaku sudah beberapa kali datang ke motel itu untuk melakukan maksiat bersama pasangan masing-masing.

Semua pasangan yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Kepala Batas, di sini untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat JAIK untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga masing-masing.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Mat Nasir berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang pengadu, motel itu kerap disewakan untuk pasangan Islam yang belum berkahwin terutama penuntut universiti dan pelajar sekolah kerana jalan masuk ke situ gelap gelita dan sudah lama beroperasi.

"Disebabkan banyak hotel dan motel murah di sekitar bandaraya ini diserbu JAIK, lokasi ini menjadi pilihan utama pasangan remaja untuk melakukan maksiat kerana ia terletak di kawasan yang terpencil dan tidak diketahui ramai," katanya.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan