Ahad, 23 Januari 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Usaha KWPKB wujudkan persekitaran hijau dan segar

Posted:

Usaha KWPKB wujudkan persekitaran hijau dan segar

Usaha KWPKB wujudkan persekitaran hijau dan segar

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Bakarudin Othman (tiga dari kiri) mencuba dram yang diperbuat daripada tong sampah oleh ahli-ahli Yayasan Anak Warisan Alam pada majlis pelancaran Kempen 10,000 Ekspresi Kuala Lumpur Hijau, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) akan menanam sebatang pokok bagi setiap bayi yang dilahirkan di ibu negara sebagai tambahan usaha mewujudkan persekitaran yang lebih hijau.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) kementerian itu, Datuk Bakarudin Othman berkata, langkah tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini merupakan salah satu cara bagi merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan hutan dalam bandar.

Katanya, mengikut statistik tahun lepas, kira-kira 50,000 bayi dilahirkan di Kuala Lumpur, yang bermakna jumlah pokok yang sama dapat ditanam jika program itu sudah dilaksanakan.

"Kita akan cuba tanam pokok dengan mengambil kira jumlah kelahiran bayi pada tahun ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 10,000 Ekspresi Kuala Lumpur Hijau di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Hotel Federal, Simon Leong dan Presiden Yayasan Anak Warisan (YAWA), Khadijah Abdul Rahman.

Kempen dua bulan itu bertujuan mengumpul dana YAWA menerusi derma daripada orang ramai yang mengambil bahagian dalam melukis dan menulis di atas kanvas setinggi 1.5 meter dan selebar lima meter mengenai pandangan mereka terhadap alam sekitar, yang akan ditempatkan di kawasan tumpuan awam termasuk pusat beli-belah.

Bakaruddin berkata, pada tahun lepas, sebanyak 37,000 batang pokok terdiri daripada kempas, merawan, siput jantan dan tembusu ditanam di kawasan berhampiran Jalan Semarak serta di Taman Bukit Kiara.

Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan badan korporat atau syarikat swasta yang berhasrat mengadakan kempen menanam pokok supaya mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memastikan kawasan yang terlibat sesuai dan tidak bertindih dengan kawasan yang telah dikenal pasti untuk pembangunan.

"Usaha ini juga seiring wawasan Kuala Lumpur untuk mempunyai taman-taman dan rangkaian kawasan hijau yang berkualiti dan senang dikunjungi.

"Ia bukan sahaja menggalakkan aktiviti rekreasi tetapi juga pembelajaran dan penjanaan semula ekonomi yang akan membantu Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang menarik dan sesuai untuk didiami dan bekerja," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

200 terima sumbangan Tahun Baru Cina

Posted:

200 terima sumbangan Tahun Baru Cina

200 terima sumbangan Tahun Baru Cina


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (berdiri di tengah) dan Nafesah Raja Nong Chik menyampaikan angpau sempena Tahun Baru Cina kepada warga emas di Taman Seri Sentosa, semalam. - utusan/Wahidah Zainal


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Sebanyak 200 orang warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pelbagai kaum dari kawasan Lembah Pantai menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina hari ini.

Sumbangan disampaikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Setiap penerima mendapat ang pau sebanyak RM88 dan juga hamper yang diharap membolehkan golongan tersebut menyambut perayaan tersebut tidak lama lagi dengan lebih ceria.

"Sumbangan ini bertepatan dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina anjuran MCA Bahagian Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa di sini hari ini.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Nafesah Raja Nong Chik dan Pengerusi MCA Bahagian Lembah Pantai, Datuk Dr. Lim Chee Shin.

Sebelum itu, Raja Nong Chik melakukan lawatan mesra dan berjumpa dengan rakyat di Pasar Taman Seri Sentosa.

Semasa lawatannya itu, beliau turut mengagihkan buah limau mandarin kepada orang ramai.

Dalam pada itu, beliau menyatakan rasa gembira kerana 85 peratus daripada penerima sumbangan pada majlis tersebut merupakan pengundi berdaftar bagi Parlimen Lembah Pantai.

"Pengundi daripada kaum Cina di kawasan Parlimen ini telah meningkat sebanyak 1,000 orang iaitu 15,000 pengundi berbanding 14,000 pengundi berdaftar pada tahun 2008 lalu," katanya.

Tambahnya, adalah penting untuk menjaga kebajikan mereka yang selama ini telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sementara itu, beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 29 Januari di Dataran Merdeka.

Katanya, acara istimewa pada sambutan tersebut ialah pelancaran lagu baru Wilayah Persekutuan yang telah dipersetujui oleh Kabinet.

"Tajuk lagu tersebut adalah sama seperti lagu lama iaitu 'Maju dan Sejahtera', namun lirik dan iramanya diubah.

"Pelbagai acara menarik akan diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang akan bermula pada 28 Januari termasuk pengedaran bendera di plaza tol Lebuh Raya Pantai Baru (NPE)," ujarnya.

Acara kemuncak sambutan Hari Wilayah Persekutuan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan majlis penutup di Labuan pada 26 Februari.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Doktor parah dihempap pintu masuk pusat beli-belah

Posted:

Doktor parah dihempap pintu masuk pusat beli-belah

Doktor parah dihempap pintu masuk pusat beli-belah


Seorang doktor (duduk) tercedera akibat serpihan kaca pecah terkena kaki di KLCC , Kuala Lumpur, semalam. - ChinA Press


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Hasrat seorang doktor untuk membeli-belah di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara hari ini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia cedera parah dihempap oleh pintu masuk premis itu yang tiba-tiba jatuh.

Kejadian pukul 2.15 petang itu mengakibatkan mangsa, Dr. Chew Bee Dee, 33, cedera parah di bahagian kaki akibat terkena serpihan kaca yang pecah.

Menurut rakan lelaki Bee Dee, Dr. Chuah Bee Loh, insiden itu berlaku ketika mereka baru hendak memasuki pusat beli belah tersebut selepas meletakkan keretanya di tingkat bawah.

Katanya, sebaik sahaja memasuki bangunan tersebut Bee Dee cuba untuk menutup pintu itu yang dilihatnya terbuka.

"Namun, malang tidak berbau apabila tiba-tiba pintu tersebut menghempap kepala Bee Dee dan pecah mengakibatkan kaki mangsa terkena serpihan kaca.

"Saya cuba meminta bantuan dari pihak pengurusan namun mereka lambat datang dan bertindak walaupun mengetahui insiden itu.

"Mujurlah ada orang ramai yang sudi membantu kami dan menghubungi pihak ambulans," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, selepas kira-kira setengah jam kemudian, barulah pihak pengurusan muncul namun malangnya mereka menunjukkan reaksi negatif.

"Mereka lebih risau pintu yang telah pecah itu berbanding kemalangan dan kecederaan teruk yang dialami rakan saya," ujarnya.

Chuah memberitahu, lebih dikesalkan, pihak pengurusan premis enggan bertanggungjawab membiayai kos perubatan Bee Dee sedangkan ia berlaku disebabkan kecuaian mereka.

"Mereka cuai di dalam memastikan kemudahan bangunan tersebut selamat digunakan oleh orang awam.

"Malah mereka lebih mementingkan prosedur menunggu keputusan pihak atasan berbanding keselamatan orang awam," ujarnya lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan