Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 22 Jan 2011 02:14 PM PST [unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun. |
| Posted: 22 Jan 2011 01:47 PM PST MukaDepan CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin bersama calon PAS, Normala Sudirman serta suami, Makrof Abd Mutalib selepas proses penamaan calon DUN Tenang, semalam. Turut kelihatan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Pengerusi BN berkata, majoriti itu bukan mustahil diperoleh kerana pada 2004, BN menang di Tenang dengan majoriti 5,517 undi, sebelum merosot pada 2,492 pada 2008. "Asasnya, (majoriti 5,000 undi) pernah dapat dulu, kini menjadi cabaran kepada kita untuk bekerja mencapai sasaran. Ia menjadi KPI (Petunjuk Prestasi Utama) untuk semua ahli parti bekerja ke arah itu. "Di Tenang, nampaknya semangat jentera kita sangat tinggi, saya berharap jentera parti mula bergerak sepenuhnya ke setiap kawasan yang sudah kita susun."Kewibawaan calon dipilih kepemimpinan parti berbekalkan kelayakan cukup baik dengan kriteria, dikenali semua pengundi dan tiada masalah perwatakan atau peribadi serta Tenang adalah kampungnya. "Dengan sokongan jentera, mereka dapat membantu pengundi membuat keputusan memilih Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon BN menerusi mandat pada pilihan raya kecil ini," katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis (MDL) semalam. Terdahulu, Muhyiddin mengetuai perarakan sejauh kira-kira satu kilometer disertai kira-kira 10,000 penyokong bagi mengiringi Mohd Azahar, 39, menyerahkan borang pencalonan. "Sudah ada tanda perubahan sentimen sokongan di kalangan pengundi di sini dengan Johor yang selama ini kubu kuat UMNO, disokong dengan kerajaan negeri yang efektif, tiada isu besar sejak sebulan lalu. "Selain calon baik yang memberi kelebihan, BN juga mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengundi Cina hasil gerak kerja MCA dan GERAKAN," katanya yang turut meminta seluruh jentera BN tidak mengambil mudah saingan PAS. "Setiap ahli dan pemimpin perlu anggap ini cabaran besar kerana kita mahu lihat proses pemulihan dan transformasi yang dibawa Presiden parti kita diterima baik masyarakat khususnya pengundi di sini. "Kita tidak boleh diam diri, kalau mereka (pembangkang) tabur fitnah dan pembohongan, kita bertanggungjawab memberi penjelasan. Janji 100 hari mereka juga tidak boleh dipandang rendah sebab kadang-kadang apa yang ditawarkan mereka menarik sehingga ada pihak yakin boleh didapati. "Namun, saya ingin mengingatkan juga pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, mereka janji banyak perkara seperti di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, mereka sebut bulan dan matahari tetapi akhirnya itu tidak berlaku. Itu harus jadi perkiraan di kalangan pengundi supaya mereka tidak mudah terpedaya terhadap apa juga tawaran pembangkang," katanya. Katanya, 15 pilihan raya kecil yang dihadapi BN sejak 2008 termasuk yang bakal berlangsung di Merlimau, Melaka, selepas ini, turut menjadi rahmat dalam menentukan pemulihan sokongan kepada BN. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan